Tips penjagaan kanta lekap dan kanta lekap yang best dipakai !!!

*Please baca sampai habis sebab ada contact lens free untuk korang ;)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berdasarkan tajuk di atas, aku dah lama nak cerita tips-tips berkaitan mata iaitu cara penggunaan kanta lekap. Demikian itu, penggunaan kanta lekap ini kadang-kadang sangat meremehkan pada seseorang namun aku yakin apabila seseorang yang telah biasa memakai kanta lekap dia tidak merasakan hal ini adalah remeh. Anggap sahaja ianya sebahagian daripada kebersihan diri.


Aku adalah seorang pengguna cermin mata dan aku masih ingat lagi pengalaman pertama memakai kanta lekap. Yup, sangat susah,sangat pedih dan sangat remeh. Mana taknya, orang lain pakai senang je, aku kemain sampai berair-air mata,haha. Aku sedar,time tu aku pakai yang unbrand punya,kahkahkahkah... Tahu abah aku ni,konfem dia marah. 


Lama-kelamaan,setelah sudah biasa dengan pemakaian kanta lekap ini aku semakin senang untuk menguruskan diri terutama sebelum dan selepas pemakaian kanta lekap. Antara tips penjagaan kanta lekap dan mata adalah:-

  1. Pastikan kanta lekap itu bersesuaian dengan mata anda
  2. Kebersihan tangan hendaklah dijaga samada semasa memakai kanta lekap atau semasa menanggalkan kanta lekap
  3. Penggunaan eye mo dibenarkan untuk menjaga kelembapan mata.
  4. Tempoh penggunaan kanta lekap hendaklah tidak melebihi 8 jam (paling minimum)
  5. Tidak sesuai digunakan semasa anda mandi/berenang/tidur.
  6. Kanta lekap ini tidak boleh dikongsi dengan orang lain.
  7. Bersihkan bekas kanta lekap dengan solution yang diberikan dan janganlah sesekali membasuh bekas kanta lekap atau tertinggal sedikit air paip di dalam bekas kanta lekap kerana PH air paip tidak sesuai digunakan untuk kanta lekap.
  8. Pemakaian kanta lekap ini sering kali terdedah dengan cahaya matahari,oleh itu penggunaan cermin mata hitam sangat digalakkan.
  9. Pastikan memakai kanta lekap dahulu sebelum mekap.

Antara 9 tips ini, aku rasa tiada 1 pun yang remeh kecuali kita pandai menguruskannya,hihi..Bila ingat pengalaman pertama aku memakai kanta lekap ini sangatlah kelakar dan agak scary jugalah sebenarnya. Mana taknya, aku sebagai pembonceng dan kebetulan haritu first day pakai kanta lekap,haaaa..jangan tunggu lagi..hampir-hampir nak jatuh ke bawah (dalam) mata. huwarrrrrrrrrrr... Mungkin angin yang kuat kot,adoiii... 


Tips penjagaan kanta lekap dah cerita, aku nak tanya. Apa pengalaman pertama korang bila first time pakai kanta lekap? Adakah seperti aku? dan aku yakin,rata-rata yang memakai kanta lekap ni pasti merah dan berair pada mulanya kan?hehe..Aku pun macam tu jugak, last-last aku jumpa satu produk ni.. Memang best dan mula-mula pakai pun tak rasa janggal kerana tak tebal seperti biasa. 



Produk apa?

Jawapannya adalah.............................







HORIEN EYE SECRET!!!!!!!




Terus jadikan stock berbulan-bulan,haha... Oh power aku takde lah tinggi sangat,200 jerrrr..tapi tulah..bila imej tak sampai ke retina dengan baiknya maka,terpaksalah aku memakai spek dan kali ini aku kembali memakai kanta lekap,hikk... at least dapat jugak hilangkan kesan belang di hidung akibat pemakaian spek mata kan?muahahahahhaha....





Horien Eye Secret 
38% 1 Day Color Lenses
Color: Black
Material: Polymacon
Water Content: 38% (can lower the speed of water loss: keep the lens moisture and decrease the dryness feeling after long time wearing)
BC: 8.6mm
Diameter: 14mm
Power:0.00, -1.00 ~ 10.00 (-1.00~ -6.0,one power
for every 0.25; -6.00 above,one power for every 0.50)
Color for Daily Color Lenses : Black & Brown
Color for Monthly Color Lenses : Black,Broen,Gray,Coco,Purple & Blue




Inilah hasilnya apabila memakai kanta lekap,mihmihmihmihmih...




Fyi, bila refer gambar atas ni je...jangan keliru kenapa Horien Eye Secret Color Lenses ni ada 2 kotak yang berlainan which is the white box and the black box.

White Box : Daily Color Lenses
Black Box : Monthly Color Lenses


Apa yang aku suka dengan Horien Eye Secret Color Lenses ini adalah perubahan warna lens mengikut baju,style,mood atau rambut. Powerkan?hihi...Dengan pengguna teknologi BMW korang tak perlu risau kerana teknologi ini 'Safe,Clear & Beautiful' . Paints won't contact ur eye directly dan ini selamat untuk memakai beberapa jam yang panjang (depend ur eyes) . 

No Color Additives Peeling Off   |  With unique formula and manufacturing methods,the color additives are wrapped by HEMA. This technique ensures the color additvies will not leach out and provides wearing comfort.


The more details about Horien Eye Secret Color : http://www.eyesecret.com.my/#!/color-lenses









Korang,selepas pakai WAJIBLAH kita membersihkan kanta lekap dengan solution seperti gambar di atas. Selama aku pakai kanta lekap ini, tak pernah lagi mata aku meragam berair la,gatal la... Yang aku pakai adalah Eye Secret Multi-Purpose Solution. So far, aku sangat selesa dengan solution ni. Multi-Purpose Solution ini adalah untuk kanta lekap silicone hydrogel dan kanta lekap lembut.


Kelebihan apabila menggunakan Eye Secret Multi-purpose Solution adalah membersih,rekondisi,membilas,membasmi dan penyimpanan. Dengan penggunaan solution ini,aku yakin,korang akan dapat cegah mata dari kemerahan,berair dan pedih.

Details Eye Secret Multi-Purpose Solution:-
  • Mengandungi ejen pelembapan Sodium Hyalurinate dan HPMC adalah satu sistem penyelenggaraan yang boleh memastikan kanta lekap bersih dan lembap untuk pemakaian selesa.
Totally, aku sangat puas hati bila Horien Eye-Secret aku share ni sangat sesuai untuk aku. Jika anda berminat untuk membeli kanta lekap sebagai hadiah hantaran ke,perkahwinan ke bolehlah hubungi di SHOPHorien Eye. Atau bagi yang nak collect sendiri boleh la ke cawangan-cawangan horien eye yang terdekat. Aku rasa korang patut try produk ni sebab .

SAFE,CLEAR AND BEAUTIFUL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Selamat berkanta lekap dan jangan lupa tips penjagaan kanta lekap tu k?
Facebook: https://www.facebook.com/HorienOpticMalaysia
Website: http://www.eyesecret.com.my/

Hanya ada di tempat-tempat tertentu . Boleh rujuk store location di: https://www.facebook.com/HorienOpticMalaysia/app_190322544333196



Jangan lupa pergi ke website www.eyesecret.com.my dan isi details di bahagian form serta isikan nama penuh Mek Onie (Siti Auni Afifah Bt Ghazali) pada bahagian komen tersebut tu,mana tahu anda berpeluang menang contact lens yang super selesa ini,hehe

Salam sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com



14 ulasan:

  1. teringin nak pakai tapi selalu seram tengok bila org tengah pakai, apatah lagi pakai sendiri T.T

    BalasPadam
  2. Dulu rajin guna tp remeh & cikna pun xckp rajin so skunk ni pki spek je,huhuu....;-)

    BalasPadam
  3. Onieee, selama Miza hidup sampai ke saat ni kan sekali pun tak pernah pakai contact lens walaupun pernah ada keinginan nak pakai tapi dalam masa yang sama ada sikit perasaan takut T_T

    BalasPadam
  4. Onie.. sy pernah beli.. hampir2 nak pakai dah.. tapi adik2 kat rumah bg cerita seram pasal lens.. terus takut.. hahah

    BalasPadam
  5. mek onie, hang snap pic guna kamera apa eh? cun betul gambar.. pm pm bole? ;D

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum onie, wahhhh.. macam nak try je. hehe tapi dah lama tak check power mata. adehhhh

    BalasPadam
  7. Pengalaman yaya, kena urut betul² bagi losen air tu semua meresap kalau tak rasa kering je nanti. huhu. Nice sharing mek onie. Btw, ghindu.

    BalasPadam
  8. mcm best je mcm best je....dah hantar pun form tu heheheh

    BalasPadam
  9. wow! kak onie kalau kai contact lens mmg meletop!!

    BalasPadam
  10. Tips-tips penjagaan kanta lekap atau kanta sentuh yang berguna. Penggunaan kanta lekap mempunyai risiko yang tersendiri sehingga boleh menyebabkan mata buta. Bagi mengelak komplikasi begini, si pemakai harus berdisiplin dengan cara-cara penggunaan yang betul.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..