Produk Citra Mulia Kosmetik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Okay, aku taknak cerita panjang..cumanya start entri yang ni aku akan gunakan hashtag #mekoniesembangproduk,tak kira di instagram. Mana tahu nanti ada yang nak pakai dan usha-usha produkkan. Seronok jugak bila cerita produk-produk yang ada dalam Malaysia ni. Tapi entri kali ni bukan produk dari Malaysia tau uols..Produk ni datang dari Indonesia,tapi dorang dah ada company kat kl ni haaa...


Bila cakap produk dari Indonesia semua seram nak pakai, tapi produk ni korang toksah la risau sebab setiap produk memang ada kelulusan KKM cik kak cik abang. Kali ni produk ini datangnya dari Citra Mulia Kosmetik Sdn Bhd. Banyak gak ah produk dorang tu. 






Antara produk dari Citra Mulia Kosmetik ini adalah Milano Ashley, The Face dan Dr.Herbal.
Haaaa,ambik kau.. So, aku akan ceritakan la apa yang ada kat produk ni dan kelebihan serta keburukan produk ini. Actually, semua produk tak perfect dan berkesan. Keburukannya adalah mungkin produk yang korang pakai tu tak sesuai dengan muka masing-masingkan. Actually,susah nak dapatkan produk yang betul-betul ngam dengan muka kita ni melainkan produk tu harganya ribu-riban,tu pun nasiblah kan,kikiki...






Harga: RM18.50

Hand & Body Moisturiser

Kelebihan:-

- Memastikan kulit lembap setiap hari
- Menjadikan kulit berseri setiap hari
- Mengandungi banyak protein,mineral dan vitamin


Komen aku:-

- Murah
- Tahan lama sebab banyak
- Wangi gila! 
- Tapi bila aku pakai kulit jadi kering,mungkin tak sesuai dengan kulit aku.


Sesuai digunakan oleh kakak dan abang dan lotion ni adalah paling laris dijual ^__^






Harga: RM99.90

Whitening AB Cream

Kelebihan:-

- Mencerahkan dan memutihkan kulit muka 
- Mengembalikan kulit wajah dari kusam
- Menghilangkan flek-flek, jerawat dan noda hitam
- Menghilangkan tompok yang disebabkan oleh sinaran uv
- Menjaga keanjalan kulit wajah
- Mengatasi liang besar dan bekas jerawat sehingga wajah kembali menjadi mulus dan halus
- Menghilangkan kedutan pada wajah
- Menghaluskan dan memberi kelembapan semulajadi bagi wajah


Cara Penggunaan:

- Bersihkan kulit muka
- Sapukan THE FACE GEL SERUM
- Sapukan krim secukupnya pada muka
- Krim A untuk pagi dan krim B untuk malam





Krim A: kiri
Krim B: kanan

Komen aku:

- Agak mahal juga bagi aku
- Bekas senang dibawa kemana sahaja
- Disediakan sudu
- Bau krim A sangat kuat bagi aku,maybe sebab bahan dia daripada herba :)
- 100% diperbuat daripada bahan herbal
- Muka flawless baq hang! Best gak krim A dia :D
- First impression tengok produk ni, apa dia krim A dan krim B ni,haha.. tapi bila baca info yang diberikan krim A adalah untuk pagi dan krim B adalah untuk malam.



Pun diluluskan oleh KKM,so no worries acik-acik, selamat digunakan.



Harga: RM69.90

Kelebihan Night Gel Serum & Day Gel Serum:

- Mengurangkan bekas-bekas jerawat
- Memutihkan kulit wajah
- Menghilangkan flek hitam
- Mencerahkan warna kulit
- Meratakan warna kulit
- Mengecilkan liang roma
- Menghaluskan dan mengenyalkan kulit


Cara Penggunaan:

- Bersihkan wajah
- Sapukan serum dimuka.
- Tepuk atau usap muka supaya serum dapat meresap pada kulit wajah.
- Barulah boleh sapu Dr.herbal atas tadi :D



See? Circular ring bebeh,lawa kot! geram taknak usik serum tu,wuwuwuwuw..

Komen aku:

- Best pakai 
-Tak melekit
- Cepat meresap
- Packaging sangatlah mewah








Macamana nak pakai produk ni? Silalah tatap video aku yang tak seberapa itu, Semoga anda terhibur,haha... dan sorry kualiti video agak teruk T_T


Kesimpulannya:-
  • Langkah 1: Sapukan The Face pada wajah korang
  • Langkah 2: Tunggu sekejap supaya serum tadi betul-betul meresap pada muka dan sapukan pula Dr.Herbal mengikut waktu pagi/malam
  • Langkah 3: Siap dan jom ke wayang dulu ! hihi :D



Untuk sebarang pertanyaan atau order:

Contact No: +603- 6274 6881 / +603- 6273 1669



p/s: streamyx problem gila ! Nak online nak blogging pun susah,masuk ni 6 kali dah aku buat report,huwarrrrrrrrrrrrrrrr T_T

18 ulasan:

  1. Balasan
    1. weh....first time la syok sendiri macam ni... wakakakkakaa.... comel amende...kelibut ada...kah!

      Padam
  2. pehhh siap buat video tutorial . heheh :D

    BalasPadam
  3. ittew tengok video tutorial awk tuu.. Patutnya sapuan ke atas jgn ke bawah. nanti kulit cepat kendur. sapuan ke atas baru tegang kulit muka.. gituu...

    BalasPadam
  4. Nice...

    Singgah sini

    https://www.bajusweetmuslimah.tk/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html


    https://www.blogahbar.tk/p/perancangan-kewangan.html

    https://www.lenovomurah.tk/

    Jemput singgah2 ye.. Dan subcribe utk promosi terbaru kami :)

    BalasPadam
  5. serius suka tgk part yg onie tepek2 muka tu. mg comel plus lagu tu mg kena sgt dgn riaksi muka tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. auwww...malu onie..harap2 ada la org sudi tgk T_T

      Padam
    2. auwww...malu onie..harap2 ada la org sudi tgk T_T

      Padam
  6. untuk kulit muka sentiasa lembap pakai produk apa bagus onie? reply sini. abang set notification

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi muka lembap eh? actually tgk muka gak bang, tak semestinya yang kita pakai sesuai dgn org lain,try suruh pakai toner,moisturizer ..senang cite, pakai 1 set produk tu ..

      Padam
    2. oh ye ke. sekarang abg pakai loreal moisturizer. tapi kena pakai selalu. mana tau ada yang boleh tahan sekali pakai sampai seminggu ke.hoho

      Padam
  7. Wow!! Teringin nak cuba juga. Nanti nak belilah.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum onie, wallah. nampak menarik produk ni. Macam tak sama dengan yang ada kat Malaysia ni. hehehehhee

    BalasPadam
  9. mek onie memang dah lawa..ouchh..awat gincu letak satu bibir je..ehee

    BalasPadam
  10. saya baru siap buat video awop. sori blog awop dijadikan rujukan. :P

    BalasPadam
  11. Produk ni ada di jual kat kedai saya.itu yang saya tengok... Produk baru tapi best

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..