Pakej Perkahwinan Di Orchard Villa , Gombak
Assalamualaikum dan salam sejahtera sayang semua. So, macamana persiapan perkahwinan pada bakal-bakal pengantin semua? ada yang masih blur nak uruskan yang mana dulu? Atau masih tercari-cari tempat nak kawen ni?? Kalau aku, bab nak buat majlis pun aku fikir banyak kali tatau nak buat kat rumah atau dewan. Maklumlah rumah apartmen ni agak leceh jugak sebenarnya, Sah-sah pelamin kat bawah tu. Aku sebenarnya mengidam pelamin dalam rumah. Tapi, larat ke nak seret kasut pengantin naik tangga ni? Mak tak kuat ! hahaha... Sebut hal kasut, aku rasa memang tak kot aku nak pakai kasut tinggi, huwarrr... Tak larat aku nak berdiri,berjalan dengan kasut tinggi tu.
Bab kasut tutup. Sekarang aku nak fokus kat tempat perkahwinan dan paling paling penting sekali bab pakej perkahwinan. Aku ingat lagi masa kawan aku nak kawen tuari. Memang gelabah jugak dia nak cari tempat kawen dengan pakej-pakej perkahwinan ni. Lagi-lagi bab tempat,pelamin dan makanan. Aku ingat nak pilih-pilih tempat,pelamin dan makanan ni senang je. Rupanya susah jugak sebenarnya, huwarrrr.
Kepada bakal pengantin terutama sebelah Kuala Lumpur atau Selangor aku sarankan korang pergi sendiri terjah satu villa untuk abadikan hari-hari bahagia korang. Aku yang pegi haritu pun macam rasa nak kawen kat situ. Korang yang bakal pengantin ni tatau la macamana nanti. Bukan apa. Tempat yang aku pergi haritu memang tenang je, lari dari kesibukan kota dan kesesakan jalan raya. Nak-nak konsep dia dalam dusun ! Sah-sah la dikelilingi dengan tempat yang menghijaukan? MasyaAllah. Seronok!
Laman Orchard Villa |
Orchard Villa
Batu 10 1/4 , Sungai Salak,
53100 Gombak,
Selangor Darul Ehsan.
Pancuran Air di Orchard Villa |
Mula-mula aku masuk villa ni, tempat paling penting bagi aku adalah tempat parking kereta ! Nasib baik ah senang. Luas dan masa dah ramai orang pun pasukan RELA ada jaga parking so toksah la korang nak berebut-rebut. Ingat tu bakal pengantin, pentingkan juga hal tetamu. Jangan tahu nak bersanding je,haha...Aku kalau pergi majlis orang kawen cukup lega la kalau tempat parking tu senang nak dapat. Tu aku risau, kekalau aku nak buat majlis kat umah aku ni tempat parking pun sebenarnya terhad jugak, pastu dapat jiran pulak yang kepoh-kepoh. Kau rasa? Okay aku lak yang over,haha.
Tapi kat Orchard Villa ni, parking dia memang luas, so toksah la kekorang risau ye :)
Pintu Gerbang |
Yeayyyyyyy! Tempat kedua. Pintu gerbang nak masuk kat majlis orang kawen ni memang glamour jugaklah. Nice gila dia punya dekorasi. Senang la sahabat,keluarga nak bergambar berlatar belakangkan pelamin raja sehari. Tempat pengantin nak jalan pun senang,takdelah serabut macam kat sesetengah majlis perkahwinan. Kau ingat kalau serabut-serabut tu feeling nak pergi treasure hunt jumpa bakal pengantin perempuan? aihhhh...haha..
Apapun persekitaran majlis yang sangat tenang dan seronok :D
Tempat makan tetamu |
Macam aku cakap atas tadi, laluan nak ke pelamin bagi pengantin sangat selesa dan tiada halangan namun, tempat ambil makanan pun sesetengah katering kena ambil serius. Jangan la letak kat tempat yang tak strategik yang boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada para tetamu yang hadir. So, kita sebagai tuan rumah kadang-kadang berhak bersuara untuk keselesaan tetamu kita nanti.
Apapun katering di Orchard Villa ni memang memahami keadaan dan masa aku ada kat sana, memang tidak kelam kabut terutama semasa nak ambil makanan. Pinggan dan gelas pun banyak disediakan. Kadang-kadang la kan,setengah katering ni main ikut suka hati je susun,pastu lambat pulak tu nak sediakan pinggan balik kalau dah habis. Jadi yang tetamu sah-sah la menunggukan?
Dekat Orchard Villa ni kan korang ( bakal pengantin terutamanya ) . Mereka sangat profesional dan kalau korang nak tahu, katering Orchard Villa ni dari FELDA D'SAJI, korang pernah dengar tak FELDA D'SAJI? Femes kot ! Memang merata dah FELDA D'SAJI ni ada. Sebelum ni aku pernah pergi ASMARA PENCHALA pun katering dia dari FELDA D'SAJI. Memang kalau kat Asmara Penchala pun sedap makanan dia,sah-sah kat Orchard Villa pun sedap.
Buktinya, aku try sendiri makanan kat Orchard Villa tu. Honestly la, time tu aku memang takde selera makan,tapi totally memang sedap dan puas hati! Lauk dia yang penting tu. Sumpah sedap !
Dekorasi yang simple ditambah dengan bunga segar |
Selain dari makanan dari Felda D'Saji di Orchard Villa ni, dekorasi dia pun memainkan peranan penting jugak. Yela korang, pengantin mesti nak shoot yang bebaik yang lelawa dan sedap mata dipandang jugakkan. Apa yang kat atas ni memang inilah dekorasi dia. Fresh flower gaisssssss...geram aku nak petik masuk dalam beg sekuntum,haha.. Sebenarnya fresh flower ni la yang membuatkan majlis bertambah berseri.
Dekorasi di Orchard Villa |
Contoh kerusi Chevari warna putih |
Meja makan beradab pengantin |
Meja makan beradab pengantin. Alooooooooo. Comel sangat haaaa... Nampak tak bunga tu? Yesss, Fresh Flower gaissss... Nak cerita pasal meja makan beradab ni, sebenarnya. Ada jugak yang selalu lakukan kesilapan. Dari segi peralatan, siapa yang bakal duduk kat meja beradab dan layanan kepada pengantin. Well,nama pun raja sehari, takkan la raja sehari nak layan diri dia sendirikan. Apapun, semua perfect masa kat Orchard Villa ni. Kelengkapan semua tip top dan yang penting pengantin selesa dengan meja makan beradab tu kan :)
Sekali lagi aku rasa nak petik bunga sekuntum,wakakakakaka~~~
Pelamin Pengantin |
Sampai masa bab pelamin pulakkkkkk... Yeayyy! Kalau korang nak tau pelamin ni memang pelamin idaman aku wei. Sebab?
- Keluasan pada bahagian pelamin sangat puas hati,senang keluarga nak ambil gambar segala.
- Kerusi pengantin jenis memanjang dan aku kalau kawen kalau boleh nak kerusi macam tu, dekat sikit dengan suami,bhahahahaha... kalau kerusi yang sesatu tu rasa tak puas, yela..kan dah kawen..bolehlah kepit kat pelamin,wakakakakka...
- Dekorasi pelamin yang simple but nice. Memang aku suka. Tambah-tambah dengan ada sejambak bunga kanan kiri dan depan tu. Cukuplah hanya bunga dan design yang tak serabut,hehe..
Nice ! Suka~
Tandas di Orchard Villa |
Hahahhaha! Tempat paling penting jugak ni weh. Aku kalau sakit perut nak membuang ke mesti fikir malasnya la nak pergi toilet jejauh. Selesa ke idok tandas tu satu hal. Tapi kat Orchard Villa ni nasib baik ah selesa. Bersih pun ye. Cantik pun ye :D
Meja Makan Tetamu |
Kuih Muih dari Felda D'Saji |
Antara pencuci mulut . Kek dan kuih-kuih yang disediakan oleh Felda D'Saji.
Staf Felda D'Saji |
Antara orang kuat Felda D'Saji. Kak Ayu dan Kak Hanim.
Terima kasih kakak kerana banyak kongsi ilmu ya :)
En.Syaiful dari Felda D'Saji |
Ya. En.Syaiful !
Seorang yang sangat humble dan baik serta tegas dengan tugas yang digalas olehnya :)
Dome |
Haaaaa, nampak periuk besar tu? Bukanlah periuk namanya anak-anak. Tulah dome! Maksimum kat Orchard Villa ni hanya 6 dome sahaja boleh digunakan. Harga dome dan buffet lain ye anak-anak,nanti kat bawah aku terangkan sikit. Oh ni meja vip dimana kebiasaanya meja vip ni adalah keluarga sebelah pengantin :)
Meja Vip Tetamu Pengantin |
Buffet Makanan |
Sampai pulak bab makanan, yeayyyyy! Korang jangan tak tahu ye dan diingatkan juga, pilih la katering yang ada buat food tester . Senang sikit nak rasa dulu makanan dorang sedap ke tak. Katering Felda D'Saji ni ada buat food tester terlebih dahulu. So jangan risau la dengan rasa makanan tersebut. Yang penting lauk-lauk dia memang tip top ! Suka hati perut tetamu :)
Contoh lauk pauk yang disediakan |
Punya panjang aku cerita .
Kesimpulan apa yang aku nak cerita ini adalah tawaran pakej ini merangkumi:-
- JENIS HIDANGAN : Makanan dan minuman dihidang secara Buffet atau Dome
- TAMBAHAN HIDANGAN PENGANTIN : Tambahan tiga hidangan dimeja hi-table (meja pengantin) yang akan ditentukan oleh Chef D'Saji.
- MEJA HI-TABLE & HIASAN : Meja utama disediakan untuk tetamu vvip dengan bilangan maksima 10 paz. Hiasan dan gubahan bunga segar turut disediakan.
- MEJA KHAS : Penyediaan 4 set meja berhidang heated dome untuk tetamu khas lengkap dengan sarung kerusi,riben kerusi,,alas meja bulat dan overlay serta set crockeries dan kutleri jamuan secukupnya.
- 3 TINGKAT KEK PERKAHWINAN : "Dummy Cake" perkahwinan disediakan untuk upacara memotong kek perkahwinan bagi menyempurnakan majlis.
- SESI FOOD TESTER : Bagi medapatkan kepercayaan dan kepuasan dari setiap pelanggan D'Saji, satu sesi Food Tester atau Food Discussion untuk 10 orang akan dijalankan.
- PELAMIN ASAS : Penyediaan pelamin asas oleh kontraktor yang telah dilantik oleh Felda D'Saji (Puan Ayu Samsudin ( Ayu Deco ) : 017-633 1005)
- STANDARD PA SISTEM : Sistem PA dan Rostrum untuk kegunaan juruacara majlis perkahwinan bersama lagu-lagu pengantin baru dimainkan melalui CD ( Technician : Encik Charlie 014-527 7527)
- TEMPAT LETAK KERETA : Disediakan secara percuma
- RELA : Unit Keselamatan disediakan untuk memastikan keadaan lalu lintas berjalan dengan lancar.
Pakej yang ditawarkan bagi buffet RM28/pax dan minima pax adalah 500 pax. Bagi Dome pula RM45/pax dan minima pax adalah 400 (maksima) .
*Mengikut terma dan syarat yang ditetapkan
Apapun,khidmat di Orchard Villa sangat puas hati dan kepada bakal pengantin, Jangan lupa untuk mencuba realisasikan impian anda di Orchard Villa.
Sebarang pertanyaan,tempahan atau sebut harga boleh hubungi:-Nor Syaiful Nazlan Norsham: 013-386 0453Hanim Arianie Zain: 017-394 7567Zaini Emilia Binti Zainol Abidin: 017- 419 9948Jabatan Jualan: 03-2698 8302
Jadikan saat bahagia anda lebih romantik dan teratur bersama Felda D'Saji dan Orchard Villa. :D
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
Lawa ahh tempat diaa :D
BalasPadamcantiknya lahaiii tempat dia ^_^
BalasPadam*jemput singgah blog zianaeunos.blogspot.com
cantik! best bergambar ni..
BalasPadamTempat ni memang high recommended bagi mereka yang suka kelainan pada majlis perkahwinan dorang. Aku suka konsep yang dibawa oleh Felda D'Saji!
BalasPadamok, nak buat kat sini lah nanti XD lawa gilaaaaa~
BalasPadammemg ramailah org dtg nk begambo kat majlis kawen nanti. huhu
BalasPadamJOM FOLLOW SAYA
Salam Mek Onie,
BalasPadamCantik yang amat tempat dan deco2 tu semua.. Info ni sangat membantu, boleh recommend kat family & friends..
Thanks Mek Onie..
cantik2...kalau banyak duit dah boleh buat majlis kat sini..
BalasPadampergh, ohsem kot!
BalasPadamCantik dan banyak jugak servis yg disediakan. Semua dah tersedia depan mata... tu yang best tu :)
BalasPadamterima kasih byk2 utk info tempat ini. sangat membantu
BalasPadam