Tempat Makan Menarik di TTDI : Fikcles
Assalamualaikum dan salam sejahtera korang ! 2 minggu lepas memang minggu takde selera makan. Aku pun tak tahu pesen apa pulak la jenis takde selera makan ni. Mengada betul ko mek. Badan dah la gepeng. Pastu pesen takde selera makan ni pesen sejenis mamalia apakebenda la kan. Stress aku,huhu.. Dah meragam sangat, pastu dengar pulak cerita pasal satu restoran kat TTDI ni, ni semua kaksu (tekan nama kaksu) punya pasal. Sila salahkan kaksu. Meragam terus perut bila dengar kaksu cerita.
Terus planning pergi 2 minggu lepas tu weh, sorry la korang.. baru nak cerita,huwarrrrr...sebab aku tahu ramai pembaca aku ni kaki makan. Macam style aku, kalau aku mula nak cari restoran pepelik, memang aku pergi. Try makanan dorang. Harga tu kadang tak kisah,asalkan worth it !
So restoran Fikcles la aku terjah itu hari. Nak bagi selera makan datang balik korang,dengan gigih aku menapak kat TTDI dengan dikbee. Thank you dikbee (dikbee.com) melayan aku yang mengada-ngada ni,haha... Lokasi dia senang je ( padahal sesat,ni sebab waze tak guna tu la yang tersekat-sekat..stress aku weh) Waze je Fikcles. Terus jumpa.
Kali kedua sebenarnya aku sampai Fikcles ni. Tu pun sesat. Ni kalau abg tahu ni memang sah-sah kena gelak. Hampeh je mek kau ni. First time aku datang Fikcles aku try lasagna dia, mak oiiiiiii..... even they serve with small portion but tambah-tambah aku weh. Nak kata, betapa sedapnya lasagna dorang.
Takpelakan yang first time aku pegi tu. Yang second time aku pegi ni memang puas hati jugaklah..sebab order macam-macam. Tu pun rasa tak puas lagi,haha...Dah jom go thru makanan sesatu,haha...
Tapping Tapir : Pineapple & Calamansi : RM9.90 |
The best drink ever yawwwwww!!!!!!!!! Aku tak pernah minum air soda yang fresh macam ni yang puas hati yang tekak boleh terima ! Tak pernah weh. Order Pineapple & Calamansi pastu mintak ais sikit. Memang puas hati weh. Fyi, perisa yang ni memang one of the best kat cafe Fikcles ni weh. Ampa kalau ke sini,try la air ni. Confirm tak menyesal lepas minum .
Green Tea Cream Frappe : RM15 |
Pertama sekali ! Aku nak habaq kat ampa semua. Green Tea ni memang kesukaan aku. Kesukaan! Try pergi kedai tu order green tea, emmmm...so-so je rasa dia, pergi kedai lain order green tea pun so-so jugak, tapi bila order yang kat cafe Fikcles ni, haaaa... memang sedap ! Lelagi yang cream atas tu,hadoiiii..nak pengsan jemah ooiii..
Lontong Goreng : RM13.90 |
Nah kakak zoom sikit Lontong Goreng. Korang jangan lupa jugak ah try menu ni. Signature dishes kot! Try haaaaa.... Portion besar jugak. AKu ritu share dengan dikbee je sebab nak try menu lain lak,hahahaha..
Salted Egg Squid Sandwich : RM19.90 |
Next ! lepas try Green Tea Cream Frappy, Pineapple & Calamansi dan Lontong Goreng, kita orang order Salted Egg Squid Sandwich ! Punya la aku cakap kat dikbee, "dikbee aku ambik separuh jela eh,aku dah kenyang ah..selebihnya kau makan la" . Last-last, aku cakap kat dikbee,"takpelah dikbee aku ambik semua eh.." hahahahhahahahaha... Sedap gila wehhhhhhhhh Salted Egg Squid Sandwich ni ! Dia punya sos dalam tu sos yang tak pernah aku makan dan sedap gila ahhh weh ! Pastu ada side dish macam salad dan fries. Aku rasa pasni kalau datang sini aku nak order yang ni balik ah.... Mengidam wehhhh! So, licin menu ni ... order yang lain pulak... Sorry la korang,time ni aku layan perut... Nak kasi mood selera makan tu datang balik,tu order pepelik,wakakakakkakaka...
Salted Egg Squid Sandwich |
Linguini Arabiata : RM17.90 |
Last menu makan-makan kita orang order Linguini Arabiata. Hadoiiiiiiiii ! Tak padan perut kecik semua aku nak tibai. Menu ni wajib la aku try sebab aku peminat pasta jugak oiiiiii... Portion yang ni pun besar jugak, okay la kalau nak share.. :)
Nexttttttttt! Jom ber-kopi dululah kita, barulah hipster,hahahahahhahaha...
Picolo |
Susah weh aku nak suka coffee-coffee ni, sebab aku ni troma sikit dengan minuman kafein macam ni, tapi bila aku try coffee kat sini,kehidupan aku normal,tidur cukup,hahahahahaha..Yang picolo ni memang pahit wehhhhhhhhhhh, tapi rasa dia memang yummy gila, rasa kopi original.. kiranya dia strong kat kopi dan less sugar.. not bad rasa dia..
Flat White |
Selebihnya, meh la aku belanja menu kat sini sikit.
Fikcles 1 |
Fikcles 2 |
Fikcles 3 |
Fikcles 4 |
Fikcles 5 |
Kemain aku pung pang pasal menu dia, meh la aku cerita serba sedikit pasal Fikcles ni. Pasal dekorasi dalaman dia. Pasal apa yang boleh buat kat sini. Pasal owner dia. Haaaaa,meh la sini baca sekejap sesambil aku sajikan gambar sikit kat korang ni haaaa...
Incase kalau korang dah tak tahan sangat, Fikcles ni memang setiap hari open ! Fuh! Terbaik Fikcles sebab setiap hari bukak ! Kat sini bukan ada ala carte je gaisssssss... Pun ada set lunch, so okay la untuk orang-orang yang nak datang lunch kat Fikcles esp pada orang office. Haaaaaa, Fikcles ni memang berdekatan dengan office-office dan selalunya tengahari waktu lunch memang cik akak cik abang opis datang lunch kat sini !
Promosi eh? Haaaa, adaaaaaa...setiap bulan dorang ada buat promosi pada menu yang berlainan atau promosi harga, haaa cenggitu la... Event? Oh, apa pulak tak boleh kalau nak buat event kat Fikcles ni. Just inform them early and then dorang boleh la reserved awal-awal. Dekorasi pun dorang boleh setelkan, games untuk anak-anak pun ada gaissss... Cuma, waktu kebiasaan untuk buat event adalah dari pukul 3pm-6pm. Haaaaaa... Minumum person dalam 30 orang dan kalau nak buat birthday anak-anak ke max person boleh memuatkan 70 orang kanak-kanak riang dalam satu masa. Katering pun ada, haaaa..
Satu lagi, aku sendiri suka kat Fikcles sebab cafe ni memang sempoi je, nak chill-chill sini boleh ah datang ngajak kengkawan ke boipren ke, family ke.. haaa...santai gitu... Setiap selasa atau khamis pun ada band... So, jom ah datang sini...chill chill tongkat dagu sini...
Lontong Goreng |
Roasted Chicken |
Dekorasi Fikcles |
Nah ! Jom Chill Bersama ! |
Apapun, rancangan Jalan-Jalan Cari Makan dah pernah sampai sini, korang tu bila lagi? Puas hati gila makan sini! Thanks Kaksu sebab recommend tempat power macam ni,hehehehe...Sebelum aku lupa,owner Fikcles adalah melayu okayyyyyyyy dan semestinya HALAL,so jangan risau!!!! Orang Chinese pun suka gila makan kat sini . Apapun 4.5 / 5 aku nak kasi sebab makanan dan minuman kat sini semua puas hati ! Satu lagi dessert aku tak sempat try ritu !!!! Huwarghhhhh! Tapi bila google,ramai kata sedap...okay pasni aku nak try dessert dia pulak ! Yummehhhhhhh...
Waktu Beroperasi:
Weekdays: 10.30am-11pm
Weekends: 8am-11pm
Jom Terjah
Alamat:
11, Jalan Wan Kadir 2,
Taman Tun Dr.Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tel: 03-7732 4885
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
Bestnya onie , blogwalking blog onie jap lama tak singgah .
BalasPadamYa Allah,memang best awop dio
Padamsquid salted egg tu menggoda uollssss
BalasPadamtulah weh,aku rasa macam nak repeat lagi,hadoiiii..tq dikbee teman aku nahhh
PadamYa ampunnnn! Menunya menarik sekali sih!
BalasPadamYa iyalah! Mas wajib ke sana ya
Padamsedap ni.. kena cuba...
BalasPadamsedapkan salted egg dengan lontong goreng?
BalasPadamkaksu makan hari2 pon takpe. pakkal la jauh dari ampang....
terliur mak!!!
BalasPadamapeee onie ni. lapo laaaa hahahahahahaha
BalasPadamakak ngidam betul benda2 ni. akak ade friends dgn owner dia, kak Nurhuda Samsudin. Perghh mmg sllu usha dianyer menu
tapping tapir? sorry, air apa tu ek?
BalasPadamya Allah menggodanya semua makanan. yummy yummy bila lah boleh singgah sini. selalu lalu je .
BalasPadamcantiknya presentation makanan dan kedai nie
BalasPadamehhh gigih betul akak baca sampai abes taw...mujur perut kenyang. kalau tak meroyan tgk gambar je la...haha
BalasPadammmg slalu terliuq tgk org review pasal fickles ni... bilalah dpt pg... lap ayaq liuq hehe
BalasPadamwahh sodpnyer., ;p
BalasPadam