Siapa Pengasas Produk Kecantikan Merve ? - Bab 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Last week lepas balik kerja terus tuju Sunway Piramid sebab nak dating dengan kakak ipar pada wajah yang miliki 3 iras artis terkenal Malaysia iaitu Dato Siti Nurhaliza, Neelofa dan Fasha Sandha. Perasan tak? Aku rasa kat media sosial memang dah viral habis dah. Mula-mula aku ingat sape la yang mirip 3 artis terkenal Malaysia ni. Rupanya adik ipar pada beliau. Allah. Kecik je dunia ni. Tapi,memang PERFECT. Syukur dengan ciptaan Allah SWT. Kakak ipar dia mula-mula aku temu mata. Fuh! Pun cantik jugak orangnya.
Founder Merve - Cik Joy Revfa |
Atas ni lah orang yang aku pergi dating minggu lepas. Bila beliau cerita sendiri dari mana datang dan siapa diri beliau memang aku rasa tergamam dan nak kalih anak mata ni pun rasa tak tergamak. Setiap apa yang disampaikan sangat memberi aku semangat dan ohhh yaaaa.... Beliau adalah Joy Revfa yang sebenarnya FOUNDER MERVE Cosmetic. Baru je mulakan empayar syarikat sendiri iaitu MERVE GROUP HOLDINGS BERHAD & MERVE SKIN HEALTH SDN BHD (MARVEILLES) pada bulan februari 2015 dan mencipta produk kecantikan dan kesihatan yang bertemakan FAIRY TALES. Haaaaaaaaaaa..... Fairy Tales macam tuan dia. Sangat comel,sangat manis,sangat friendly dan sangat soft spoken.
Happy sangat bila jumpa orang yang berjaya macam Cik Joy(Nama panggilan beliau). Beliau juga merupakan seorang ibu tunggal pada seorang anak lelaki yang mempunyai jiwa besar dan tak pernah putus asa dalam mengharungi kehidupan beliau. Respek dengan Cik Joy kita sorang ni. Dah la lawa,comel pulak tu plus berjiwa yang besar. Terkesima jap aku.
Emas Putih, Dikbee, Yaya Natsumi dan Mek Onie |
Bersama emas putih ( good luck untuk Anugerah APO uzuuuuuuuuuuu ), Kakbee yang always jadi roomate dan melayan peel hadik-hadik macam aku ni,haha dan say hi to pelakon Sediakan Rumah Sebelum Payung di Astro. Heiiiiii, makin berjaya kawan-kawan kita ni. Good job semua. Oh, haritu sekali dating dengan dorang ni la kat Sunway Piramid. Pilihan restoran yang dipilih adalah di Full House. Memang favourite restoran aku ni pun. Dah la restoran cute,makanan sedap pulakkan dannnnnnnnnnnnnn masa balik tu aku boleh terfikir. Patutlah Cik Joy kita pilih Restoran Full House untuk dating kali ni. Sebab comel sebab Cik Joy kita ni peminat no.1 Fairy Tales. Eh,mandai je aku ni. Tapi memang sesuai sangatlah tema haritu.mihmihmih....
*Sabar korang sabar. Sebab apa Cik Joy kita ni suka sangat dengan Fairy Tales kan?
Blogger mak enon,kbai |
Tak lupa jugak team Projek Travel dan Sahabat Projek Travel pun turut serta. Terima kasih banyak-banyak Cik Joy kerana sudi menjemput kami semua. Maaf jika sepanjang masa pertemuan kita ada kekurangan dari kami. Kalau tengok kami huha huha huha tu memang kami jenis macam ni. Kami periang,hahahahaha...
Full House Restaurant - Mek Onie |
Sebab tu suka Restoran Full House ni. Comel yang amat. Testing nak jadi emcee sikit boleh?mihmihmih...Haaaa,sambung balik kisah Cik Joy ni. Maaf,aku jadi macam semangat bila dengar kisah Cik Joy ni jadi dikesempatan ini aku nak jugak share dengan pembaca blog mek onie ni. Enjoy! Dannnnnn kalau korang perasan kenapalah Cik Joy ni cantik,comel,gebu dan apalagi? Sebenarnya Cik Joy ni berdarah Melayu - Indonesia dan kini menetap di Shah Alam. Dan kalau sebut Make Up Artists dan aku rasa orang Jakarta dan Indonesia mesti dah kenalkan dengan hasil tangan Cik Joy ni. Bukan calang-calang MUA Cik Joy kita ni. Beliau sendiri telah bergiat aktif untuk melakarkan seni tangannya iaitu MUA untuk pelakon-pelakon hebat Indonesia. Filem terakhir BOX OFFICE yang telah mengharumkan nama Cik Joy adalah 'Habibie & Ainun' dibintangi oleh pelakon terkenal iaitu Bunga Cinta Lestari dan Reza Rahadian yang telah memenangi banyak award. Sekaligus, Cik Joy terkena tempiasnya. Tahniah Cik Joy!
Sebut kisah MUA artis ni kan,rupanya ada akademi kecantikan yang dikenali Akademi Kecantikan Artistik Diyana,Shah Alam iaitu Akademi kecantikan yang diasaskan oleh ibundanya sendiri sejak tahun 1999 iaitu Puan Sofia Abbas. Ibu Cik Joy sendiri telah banyak membantu wanita di luar sana menjadi usahawan kecantikan. Sape kenal Puan Sofia Abbas memang sangat beruntung. InshaAllah kalau ada rezeki nak juga berjumpa dengan ibunda Cik Joy.
Dont judge me from past and past. |
Again. Iklan 3 saat takpekan?
Kawan yang banyak mengajar aku. |
Sebelum aku berdating dengan Cik Joy aku dating dengan someone. Later i'll update about this. Happy sangat bila rezeki datang pada kita. Maknanya,Allah dengar la doa kita. Sebab tu, nak buat apapun kita kena ikhlaskan hati,berbuat baik dengan semua orang dan sentiasa berdoa. Anggap je benda yang telah berlaku menjadi kekuatan buat diri sendiri dan tak perlu campur aduk pada passion kita. *Tazkirah sikit,hiks
Chagrilled Ribeye Steak (Well Done) - Full House Restaurant |
Chagrilled Ribeye Steak memang favourite aku sejak dulu lagi. Tengok je portion macam tu. Memang kenyang gila dan harga dia pun worth it jugaklah. Hmmmmmmm, bila perut dah biasa dengan western macam ni, aku rasa pun nak pandang nasi dah kurang. Faktor pergi event makan western food barangkali? Haha.. Tapi seriously aku kurang dengan nasi putih,hmmmmm (lupa daratan eh mek?haha)
Mek Onie, Dikbee dan Cik Joy (Founder Merve) |
Terima kasih banyak-banyak Cik Joy belanja kami makan haritu. Semoga Cik Joy dimurahkan rezeki selalu dan diberikan kesihatan yang baik selalu ye Cik Joy.
Cik Joy Revfa ( Founder MERVE) & Encik Radz Mohd ( President MERVE Group) |
Dan sebelah Cik Joy kita ni adalah Business Partner pada Cik Joy yang sangat berpengalaman iaitu Encik Radz Mohd sebagai president MERVE Group, team marketing, staff-staff, stokis-stokis,agent-agent dan dropship-dropship MERVE yang mantap,hebat dan penuh komitmen. Pun sangat friendly orangnya. :)
Cik Joy yang berjiwa besar |
Berbalik pada Cik Joy, dari satu ke satu produk terhasil dari sokongan ibundanya dan idea Cik Joy sendiri. Pertemuan kami bersama orang berjaya ini langsung tak menyesal kerana aku yakin setiap orang beri perhatian yang sangat baik haritu event produk tu produk untuk perempuan. Oh sorryyyyyy,apa yang aku cerita ini bukan BUSINESS MLM okay. NO NO NO NO NO NO...
Okay, izinkan aku untuk memplot kisah produk dari Cik Joy. Korang tolonglah baca. Aku yakin korang takkan menyesal dan aku first time bila kenal dengan Founder yang sangat comel dan mempunyai idea yang sangat sangat comel jugak. Yang gegirl sah-sah kagum. Sebab member laki aku haritu pun teruja yang amat. Sebelum aku cerita lagi panjang, sebanyak lima produk telah terhasil dan terjual dari MERVE dalam tempoh 8 bulan. See? Kagumkan?
PRODUK PERTAMA - MINUMAN KECANTIKAN & KESIHATAN THE BEAUTY SPELLS ( GORGEOUS JUICE)
- Baru je ada di pasaran awal jun 2015, sambutan dan testimoni yang diterima sangat banyak dan kesan minuman ni sangat menakjubkan.
- Telah terjual 100,000 unit dalam masa 6 bulan. Patutlah terjual banyak, tak minum lagi tak rasa menakjubkan. SEBAB? Jeng jeng jeng. Sabarrrrrrrrrrrr,inshaAllah next entry aku cerita.
- Kandungan dalam minuman ni selamat dan halal. Jangan risau ok? Antara formula yang ada adalah Collagen, Vitamin C, Stem Cell, Bearberry Extract, Pearl Powder dan Diamond Water dan diperkayakan dengan ekstrak makanan sunnah iaitu buah delima, kurma dan debunga lebah.
- Minuman ini bukan saja mampu menjadi pemangkin pada kesihatan yang gebum malah dapat membantu beroleh keberkatan dengan mengamalkan makanan sunnah dalam kehidupan seharian ( InshaAllah).
- Sesuai untuk wanita yang nak cantik luar dan dalam terutama buat wanita yang susah nak hamil, tidak dapat rapat bersama, betulkan peredaran darah haid, banyakkan susu dada dan opkoslah untuk cantikkan kulit.
PRODUK KEDUA - MERVE FULL COVERAGE FOUNDATION
- Produk paling panas di pasaran sekarang ni.
- Kesan cantik dengan foundation ni dalam beberapa saat je weh. Teruja tak? Ni pun sama, tak pakai lagi dah teruja acane?hihi
- Foundation ni pun selamat dan halal
- Diperkaya dengan Super Fruits & Modern Formula ini penuh dengan khasiat untuk kulit kita setiap inci dan setiap hari weh.
- Foundation ini mengandungi extract Mangosteen, Grapefruit, Goji Berry,Peach,Acai Berry, Buah Delima,L-Glutathione,Stem Cell, Green Tea, Vitamin C & E dan Aloe Vera yang berfungsi untuk memulihkan, melembutkan, mencerahkan dan mencatikkan kulit setiap hari.
- 5,000 unit dah terjual korang oiiii dalam masa beberapa bulan MERVE wujud.
- FOundation ini mempunyai 5 warna istimewa yang boleh diaspirasikan sebagai Primer ( Krim Pelindung), Concealer (Penyamar Noda), Foundation (Alas Bedak) dan Shading (pembayang) yang mampu memberi khasiat pada kulit dan menukar kulit anda lebih sihat bermaya.
PRODUK KETIGA - MERVE FAIRY TEARS POTION
- Merupakan Multivitamin Primer Serum iaitu cairan yang mengandungi formula zat yang berkhasiat untuk memperbaiki struktur kulit yang sangat luar biasa.
- Baunya wangi dengan ekstrak DEWBERRY.
- Diperkaya dengan pelbagai ekstrak semulajadi bersama formula antioksidan yang hebat khas untuk memudahkan kesan parut dan melembutkan kulit.
- Paling best babmpu melembapkan kulit
- Menjadikan kulit lebih cerah,halus dan mulus
- Umpama 2 dalam 1 base makeup ( Primer) dan zat cair (serum)
- Meresap ke dalam lapisan terdalam kulit dan molekul dari formula zat umpama 'lapisan vitamin' yang hebat,berkhasiat dan memberi nutrisi pada kulit berbeza dari krim wajah biasa.
- Digalakkan memakai potion ini setiap hari sebelum memakai make up kerana ianya berfungsi sebagai perisai sebelum make up.
- Boleh pakai diwajah,tangan dan seluruh badan yang terdapat kesan luka, parut,rekahan dan kulit kasar.
PRODUK KEEMPAT - LIMITED EDITION FAIRY TALES PASHMINA
- Design paling cute adalah dari Founder sendiri iaitu Cik Joy
- Memang cantik sangat!
- Warna pastel
- Pashmina ni limited edition sebab semua produk ada dalam pashmina tu dan warna dia sangatlah cantik dan warna pastel
PRODUK KELIMA - COMPACT POWDER
- Bakal dihasilkan dan berada di pasaran pada bulan julai 2016
- Nantikan :)
Fuhhhhhhh! Ni baru cerita nama produk dan info penting produk. Belum tengok packaging dia lagi,hehehe :D
mekonie |
Cik Joy bersama salah satu produk yang dihasilkan |
Barisan blogger dan orang kuat MERVE |
Cik Joy Revfa & Mek Onie |
I LOVE MERVE |
Kalau sesapa yang berminat nak jadi stockist boleh roger terus di 012-373 8787 nah!
Comel nye mek ahahaha. Kalah cik Joy.
BalasPadamsaya memang comel pun,baru tahu ke?hahahahhahahahaa
Padamsalam singgah.. lawa cik joy :)
BalasPadammek pun apa kurangnya... hihi selamat bekerja di tempat baru mek