Pengalaman Laser Muka Di Premier Clinic,TTDI

NEW FAVOURITE SPA: SILA BACA SINI


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Haaaaaaaa, first time ni aku nak buat rawatan laser muka,hahahhaha...cuak jugak sebenarnya. Sebab bila dengar laser ni haaaaaa kemain la kau laser tembak-tembak macamana la kan. Serius takut mula tu,haha... Actually aku buat rawatan ni sebab warna kulit muka aku tak sekata. Jadi bila pakai foundation ke bedak ke nampak 'tapong sikek' .  Stress jugak kadang. Takkan la aku nak upah make up artist semata-mata nak tutup warna kulit tak sekata ni haaaaa...pepandai la nak hidupkan. Kau mekap jela sendiri mek. Haha... Gigih pulak nak upah MUA,dush!


RUANGAN MENUNGGU SEBELUM BUAT RAWATAN - PREMIER CLINIC


Dah la warna kulit muka tak sekata. Kebetulan hari minggu berjemur tengah panas,elokkkkkkkkkk sangatlah tu kan. Terus terhegeh-hegeh nak cari klinik yang ada buat treatment muka laser ni haaaaa....Kenapa laser plakkkkkkkkkk peginya mek weh? Cuci muka sudah la... Tak putih bak tepung la awaknya,haha....Takpe takpe korang tunggu jela aku nak bebel apa lagi bawah ni eh... Firstly, aku tanya doktor bahan yang digunakan ni halal ke? i mean ada animal plant ke gelatin ke n sewaktu dengannya la kan. Alhamdulillah bahan yang digunakan semua semua ni adalah organic  plant haaaaaa...plant origin lagi haaaaa...so jangan risau la ye anak-anak semua terutama kita-kita yang muslim ni,mihmihmih... 


BERSAMA DR.AARTHI MARIA SEMASA MEMBERI PENERANGAN RAWATAN - PREMIER CLINIC


SIAP SEDIA DAH NI DOKTOR! HEHE - PREMIER CLINIC




Berkenaan lokasi klinik premier ni kan... Aku rasa orang Damansara dan Lembah Klang tahu kot TTDI kat manakan? Senang jugak nak cari klinik ni cumanya parking di ya ampun bahhhhhhhh, susah jugak nak dapat,  3 kali round last-last adik aku campak je aku depan klinik tu dan dia yang cari parking. Nasib baik ada adik aku. Kalau aku, balik rumah terus,bhahahahaha.... Sebenarnya, haritu aku demam, maklumlah masa tu musim panas sangat.. So, aku ajak adik aku jela haaaaaaa....



Sampai je Klinik Premier haritu, daftarlah diri sendiri di kaunter pastu baru jumpa doktor. Kalini aku jumpa Dr.Aarthi. One of the famous doctor jugak,hehe... selalu bagi talk dan tujuan aku ke Klinik Premier ni sebenarnya nak buang parut gangster kat dagu dan kat pergelangan tangan aku ni, tapi bila Dr.Aarthi suggest untuk buat treatment Carbon Laser Peel wooooooo wooooooooooo apaan lagi, baik aku buat treatment Carbon Laser tu. Lagipun first experience kot,why not aku try kan. 



So apa benefit yang aku dapat kalau aku buat Carbon Laser ni kan? Laser weh, kos macam biasalah, harga laser jugaklahkan.... Thats why beauty is pain right?Kakakakakakaka..... Carbon Laser ni bertujuan untuk memutihkan kulit dan mengurangkan pigmentasi. Sesuai jugak untuk kulit yang sensitif dan paling sesuat untuk depa yang ada blackhead ke whitehead ke.... Haaaaa,sesuai wehhhh.....First bila Dr.Aarthi suggest suruh buat Carbon Laser ni, aku homaiiiiiiiii... nak laser kat muka?Dalam hati mesti fikir sah sakit. Rupanya bila buat tu takde la sakit sangat pun akan rasa macam kena ketik dengan semut gitu la,wahahahahaha.....Paling penting selamat anak-anak semua.



Pengalaman aku masa membuat rawatan Carbon Laser.

  • Aku kena bersihkan muka. Nasib baik time tu tak pakai make up sedozen. So, aku suggest korang kalau nak buat rawatan muka ke apa, tayah la nak makeup bagai semua tu. Pergi je dengan muka pucat lesi korang tu,wahahahaha...

  • Lepas cuci muka semua tu, bab ni paling best. Scrub! Yippieeeeeeeeeee.... Tujuan scrub ni adalah untuk mematikan kulit maka senanglah proses seterusnya.

  • Lepas pada tu aku kena cuci muka lagi, kali ni namanya Ultrasonic Face Cleasing. Ya Auloh, tak pernah rasa seronok cuci muka sebelum ni.

  • Okay part ni paling kelakar dan paling tak pernah aku rasa,wahahahhahaha...Muka kena numbing cream isnt kelakar okay! Haha...Rasa setaman besar muka time tu..bibir pulak rasa dah macam nak cecah ke telinga. Sebelum nak buat carbon laser atau apa-apa laser numbing cream ni memang wajib pakai. Numbing cream ni bertujuan untuk kebaskan muka dan kurangkan kesakitan masa laser. Time tu nurse biarkan numb cream around 15 minutes dan baru bersihkan balik. Even dah bersihkan balik pun muka still kebas around 2 hours like that la. Hebat jugak numb cream ni oiiiiiiii....First time aku dengar ada numb cream ni ....lepas laser pun muka akan still kebas dalam sejam macam tu,haha -..-"

  • Okay, numb cream setel and next carbon laser. Bila nurse sapu something like scrub dan maka bemulalah sesi meng-laser-kan muka,ahaks.  For those who to knows about Carbon Laser Peel please read this ! First time korang laser muka,time ni bukan nurse yang buat but Dr.Aarthi yang buat sendiri. Tq so much Dr.Aarthi. Time laser ni sebenarnya takde la sakit mana pun,cuma macam aku cakap atas tadi. Rasa macam kena ketik dengan semut sikit,wahahaha plus bunyi dia kuat sikit. sound like ketak ketak ketak ketak ketak..haha..whatever!

  • Lepas siap Carbon Laser tadi tu. Sesi menadahkan muka di bawah LED Phototheraphy. Rawatan ni dilakukan untuk mengurangkan pigmentasi dan mencantikkan kulit. Part yang ni nurse biarkan aku around 15 minutes gitu la. Rupanya lampu LED ni boleh buat untuk cantik-cantik jugak eh? Baru mak tahu. Please read more about LED Phototheraphy.

  • Lepas siap part LED tu, mask muka balik dan dibiarkan setengah jam. Aku memang suka kalau bab-bab mask muka ni. Lepas pada tu rasa tegang dan hidrat je muka haaaaaaaa....

  • Setel mask, nurse pakaikan moisturizer dan sunblock spf50+ . 

ASAL BARING KAT KATIL NI TERINGAT HOSPITAL,HAHA - PREMIER CLINIC



HAAA INILAH NURSE SAYA HARITU,ORANG TERENGGANU BAIK JE ORANGNYA- PREMIER CLINIC


ULTRASONIC FACE CLEANSING - PREMIER CLINIC




BARU NAK START LASER MUKA. CUAK ! - PREMIER CLINIC


CARBON LASER PEEL BY DR.AARTHI MARIA. THANKS DOC ! - PREMIER CLINIC



CARBON LASER PEEL - PREMIER CLINIC



CARBON LASER PEEL - PREMIER CLINIC




LED PHOTOTHERAPHY - PREMIER CLINIC



LED PHOTOTHERAPHY - PREMIER CLINIC



Total semua tu, aku punya kos adalah RM1380. Wahwahwahwahwah.... Mahal sebab laser tu la awak. Tapi puas hati sangat semuanya. Muka rasa ringan,bersih dan glowing lepas pada tu. Doktor dan nurse pun semua friendly. Contoh kalau korang sendiri pun tatau nak buat rawatan apa. Mintak suggestion from doctor pun dah enough rasanya. For me, muka adalah wajib kot kalau nak buat treatment. Alang-alang sampai. Buat jela rawatan muka.




Mek Onie - Premier Clinic



AFTER TREATMENT 
  • Dr.Aarthi kata tak boleh terdedah pada panas terlalu lama dan i decided to use face mask. Serious time aku buat ni memang cuaca tengah panas gila
  • Apply sunblock and moisturizer. 
  • Jaga muka macam biasa.
  • Makan minum takde pantang pun awaknya. Redah jela eh.

1 WEEK AFTER TREATMENT
  • Warna kulit muka sekata.
  • Senang nak mekap.
  • Gambar atas ni aku tak pakai foundation sedozen okay. Just sunblock dan bedak only !
  • Muka terasa ringan dan pori-pori muka mengecil. 
  • Blackhead dan whitehead pun kurang!!!!!

Yeayyyyy,happy me!





BERSAMA DR.AARTHI MARIA

Terima kasih banyak-banyak buat Dr.Aarthi kerana sudi memberi rawatan dan tunjuk ajar pada saya. Terima kasih jugak pada staf-staf klinik premier kerana sangat membantu dan friendly. Actually, Klinik Premier ni ada dua cawangan ye. Satu di TTDI dan satu lagi di Bangsar. Bila borak-borak. Rupanya ramai artis datang sini buat rawatan. Fuh! Terbaik!!!!!!




Alamat:
Cawangan TTDI
31, Jalan Wan Kadir 2,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur

Waktu beroperasi:
Selasa - Sabtu : 10am-7pm
Tutup: Ahad, Isnin dan Cuti Umum

*Satu barisan dengan Pizza Hut dan Maxis. Free parking is available at our doorstep,which is available on a first come first serve la ye korang. Tak jumpa juga parking u should go TTDI Market just behind Premier Clinic at affordable price and only 1 minute walk to Premier Clinic. Diet sikit la oiiiii,haha...


Alamat:
Cawangan Bangsar
40, Jalan Telawi,
Bangsar Baru,
59100,Kuala Lumpur


Waktu beroperasi:
Isnin: 2pm-7pm
Selasa - Sabtu: 10am-7pm
Tutup: Ahad







Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

18 ulasan:

  1. Pika pernah try Carbon Laser tuu.. I still have another one appointment. nanti nak buat lahh..

    BalasPadam
  2. Wahhh bestnya buat treatment muka :)

    BalasPadam
  3. alamak laser-laser ni yang cuak..tapi laser tu la yang bagus sebenarnya..

    BalasPadam
  4. skrg da murah kan..blumba2 klinik yg wat..kat kepong rm100 je..beze btul kan

    BalasPadam
  5. skrg da murah da lazer ni kan.blumba2 org nk buat

    BalasPadam
  6. macam best je tapi macam takut pun ado...hehehe

    BalasPadam
  7. Nak try buat lah..tp kena la kumpul duit dulu..

    BalasPadam
  8. How much the price for ur treatment?

    BalasPadam
  9. berapa kos semua rawatan yg awak buat???

    BalasPadam
  10. Yg parut tu ada buat sekali tak sebab nak buang parut kat dagu, tangan ngan kaki sebab accident

    BalasPadam
  11. berapa kos buattt nak tahu gakk

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..