Mangga Susu Sedap Kampung Baru,Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sementara masih berkursus di Kuala Lumpur, nahhh aku belanja korang 1 entri berkenaan menu mangga susu ni, alahaiiii..selama ni tengok gambar orang share je,kali ni aku berpeluang mencuba sendiri mangga susu ni. Terima kasih kakak senior bawak aku ke sini. Aku stay di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur dan jarak nak ke restoran ni lebih kurang 2.3km sahaja yang mengambil masa selama 8minit gitu. Haaaa,dah alang-alang ada area Kuala Lumpur ni menyinggah la sekejap.


Macamana nak pergi restoran ni? Okay korang kalau google mangga susu di Kampung Bharu memang banyak orang jual mangga susu. Tapi kalau korang nak puas hati lagi korang [ WAZE: SHUKUMVIT RESTAURANT ] . Tapi mangga susu ni bukan dijual di Shukumvit Restaurant tu tau, dia dijual disebelah restoran Shukumvit Restaurant iaitu nama restoran dia CLASSIC SEAFOOD. Kat restoran tu yang specialnya adalah mangga susu ni lah. Makanan goreng-goreng pun ada. Cuma western food takde.


Harga untuk segelas mangga susu ini adalah RM5 sahaja dan kalau nak tapau RM6. Isi dia bukan atas tu je, tapi kat bawah-bawah tu ada lagi. Rasa nak termenangis minum mangga susu ni. Sedap yang amat ! Air dia tu bukan jenis air tapi blended yang sedap! Mangga dia pulak manis! Rasa macam makan mangga harum manis,matilanak...nak datang lagi...


Okay la, korang tengok la gambar bawah ni eh,haha..Semoga terliur dan sorry la weh gambar tak berkualiti sangat sebab pakai kamera henfon je ,hahahahahahahaha..


Mangga Susu


Mangga Susu - Kampung Bharu

Mangga Susu - RM5

Terima Kak Atul dan Abg Samat

Mangga Susu Sedap!




Sape dah pergi? Best tak best tak? Ada lagi tak kedai best area Kampung Baru tu? Suggest kat aku please. :D

Salam Sayang, 
Mek Onie
letopink@yahoo.com

5 ulasan:

  1. Uishhh.. Menggoda sungguh la air mangga tuu! ada masa nnti insyaaAllah boleh cuba..

    BalasPadam
  2. wajib g ni awop klu kebtulan g KL. sedap weh napok :')

    BalasPadam
  3. mangga kat atas tu menggoda betul

    BalasPadam
  4. sedapnya....saya suka makanan kt suraya seafood kg baru tu...sedap jgk esp bubur

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..