KEDAI BUNGA SEGAR MURAH DI KUALA LUMPUR
Kedai Bunga Segar Murah Di Kuala Lumpur | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, yeayyyyy! sape follow onie di instagram atau facebook mesti tahu, sejak dua menjak ni onie jadi tak keruan dengan bunga segar. Yes. Memang aku minat bunga segar dan tahu kedai bunga segar yang murah ada di Kuala Lumpur iaitu di Petaling Street. Tapi, aku tak tahu kedai yang mana satu seronok, murah dan banyak pilihan. Kisahnya bermula bila, bos aku pun memang 'peminat bunga segar' jadi masa hari kejadian bos ajak ke Petaling Street untuk beli bunga. Aku pun haaaaa...elok sangatlah tu, sebab dah lama nak ke Petaling Street nak mencari kedai bunga segar tapi entah kenapa rasa macam emmmmm emmmmmmm... Tak tahu celah mana nak tuju... Kalau bawak kereta, kereta pulak nak park belah mana... kalau naik train, nak turun stesen mana... Gitulah kisahnya kan...
Benda-benda tulah buat aku macam emmmmm emmmmmm nak menapak mencari kedai bunga segar di Petaling Street. Ikutkan dah lama teringin nak pergi kedai bunga segar nak tengok sendiri bunga apa yang ada. Nak tengok harga mahal ke murah. Nak ke Cameron Highland? Arghhhhhhhhhhh. Zaman bila pulak aku nak menapak ke Cameron Highland semata-mata bunga segarkan? Rajin pulekkkkk aku. Mampu pulak aku nak membeli bunga rose di kedai-kedai yang harganya dah dinaikkan ?Macam ada tu aku tengok kat mall-mall la biasanya, bunga ros sahaja dah RM3.50-RM4.50 sekuntum, memang berhuhu jelah aku kan? Kan bagus kalau berjimat dengan membeli di kedai bunga yang murahkan? Memilih itukan hak pengguna,hik..Thank you bos tunjukkan kedai bunga!
So, bila dapat ke kedai bunga tu, aku rasa...
"Ya Allah, tak nak balik, tak nak balik... nak duduk lelama tengok bunga yang cecantik tu!"
Huwarrrr... So, bagi yang pertama kali ke kedai bunga segar dan berhasrat nak membeli, korang wajib baca entri ni sampai habis. Yes. Penting sebab nak kekalkan kesegaran bunga tu.
Tips bagi mereka yang pertama kali ke kedai bunga segar dan berhasrat untuk membeli, korang wajib baca ini:
💝 Wajib periksa bahagian bawah batang.
First sekali, korang mesti tanya pada penjual di kedai bunga, bunga yang mana baru dihantar. Lepas tu korang cek je bahagian bawah batang. Kalau batang bunga tu dah lembik dan berbau, maknanya bunga tu dah lama dan tak bagus. Tapi kalau batang bunga tu masih keras itu bermakna bunga masih berada dalam keadaan segar.
💝 Wajib pilih bunga yang masih kuncup.
Kalau nak beli bunga ke, nak order bunga bouquet ke make sure pilihlah bunga yang masih kuncup. Yeee, memang la kuncup tu tak nampak KEMEKARAN dia tu, tapi wajib pilih yang kuncup kerana bunga yang kuncup ini akan tetap mekar sehingga kita sendiri rasa puas untuk tengok bunga yang mekar tahan lebih lama. Ingat.
💝 Kelopak bunga yang masih ada cone/pembungkus pada bunga.
Yeayyyyyy! Inilah yang aku nak. Walaupun masih dalam keadaan berbungkus pada kelopak bunga tu. Tak semestinya tak cantik. Kon yang ada dikelopak bunga tu sebenarnya adalah bunga yang terjaga dan dilindungi daripada habuk dan kotoran. Selain tu jugak, kon tersebut berfungsi untuk mengurangkan kelopak bunga gugur. Ingat tau. Memang masa kita sampai ke kedai bunga dan nampak bunga tu mekar elok, tak semestinya elok tau. Dari segi kebersihan, nilai keindahan dan estetika bunga tu pun sangat dijaga dengan adanya kon tersebut.
💝Pilih bunga pada masa akhir.
Okay, mesti ada antara korang yang nak membeli bunga dan menggubah sendirikan? Jadi, bila kita nak gubah sendiri. Kita perlukan peralatan yang secukupnya. Jangan risau, kedai bunga yang aku nak kongsi ni lengkap dengan segala peralatan. Cuma, bab pemilihan bunga tu biarlah disaat akhir selepas memilih peralatan. Hal ini kerana, jika memilih barangan lain selain bunga dah tentu memerlukan masa yang lama dan jika pilihan bunga diawal waktu dah tentu kesegaran bunga menurun kerana terlalu lama diluar tanpa air. Haaaaaa, masa nak ambik bunga pun penting tau. Jangan tamak nak pilih cepat-cepat. Alahhhh! Tak lari jauhlah bunga tu,haha
💝 Sediakan bekas yang ada air
Point ni penting sebab kalau rumah kita berbatu-batu dari kedai bunga tu, haaaa wajiblah bawak bekas air wak. Bekas yang berisi air ni penting kalau jarak rumah kita jauh, bukan apa.. cara ini adalah untuk mengekalkan kesegaran bunga dan bunga tak mudah layu.
💝 Bersihkan bahagian bawah batang
Okay, maka sampailah rumah. First thing first, sampai rumah, terus bersihkan bawah batang bunga sebelum letak ke dalam bekas atau pasu. Sebab apa kita kena bersihkan bawah batang tu? Sebab bila batang bunga lama di dalam air, bahagian batang yang terkena air tu akan mengeluarkan lendir. Thats why, kita kena bersihkan dulu supaya tak reput dan layu.
Tips mengekalkan bunga segar tahan lama
💝 Bunga yang dihiasi dalam pasu atau bekas dah tentunya tidak bertahan lama. Hal ini kerana, bunga segar mempunyai tempoh mekar yang singkat. Jadi untuk mengekalkan kesegaran dan kemekaran bunga tu mestilah kita kena bersihkan air 3 kali sehari. Selain itu, daun-daun yang mula layu perlulah dibuang supaya tiada bakteria yang masuk ke dalam air dan menjejaskan kebersihan air.
💝 Tips nak bagi bunga tahan lama adalah letak panadol atau garam masak ke dalam air. Batang bunga pun perlu dipotong menyerong bagi mengekalkan kesegaran pada bunga tersebut.
💝 Sembur kelopak bunga 4 kali sehari.
💝 Kalau nak letak ais dalam air pun boleh. Ini bertujuan untuk menyegarkan lagi bunga tu.
💝 Bersihkan bendalir/lendir pada batang bunga.
So, memang susah dan leceh untuk penjagaan bunga segar ni kan? Tapi bila tengok bunga segar di depan mata ni. Rasa macam tenang je. Sape suka bunga kat sini? Cepat say hi! hiihihihihi...Okay, kedai yang aku pergi sejak dua menjak ini adalah di Lee Wah Florist, Kuala Lumpur iaitu berdekatan dengan Petaling Street dan juga Pasar Seni! Kedai bunga Lee Wah ni betul-betul di tepi jalan dan berada di jalan sehala. Nak selamat bukak je waze pastu search Lee Wah Florist. InshaAllah jumpa. Parking kereta pulak, kat situ memang takde tempat parking kereta dan parking je tetepi jalan tu. Tapi tengok jugaklah keadaan. Aku haritu, naik atas bahu jalan terus. Sayang kereta punya pasal,wakakakakaka...(Nasib baik kereta tinggi sikit 😂,walaupun viva sahaja)
Kalau korang nak ke Lee Wah Florist naik LRT, haaa boleh jugak. Just turun di Stesen LRT Pasar Seni dan menapak sikit. Alaaaa tak juah la. Antara bunga yang ada di jual di Lee Wah Florist ni adalah bunga pom pom, bunga gerbera, bunga gerbera daisy, bunga carnation, bunga rose, bunga orkid, bunga auntirium, bunga ros english, hygendria, sweet william, bunga filler pun berlambak. Bunga rose pun banyak pilihan, macam aku beli haritu, RM24/21 kuntum dan jenis bunga rose tu adalah jenis Local AA iaitu bunga dari Malaysia. Bunga china pun ada, bunga rose dari India pun ada. Paling mahal bunga dari India. Tapi mahal dia tu, tak la semahal macam orang-orang yang jual bunga di luar sana tu. Alaaaa, dalam RM34 untuk 20 kuntum atau kurang sikit. Tapi bunga rose india ni memang kelopak dia cantik nak matik! Warna-warna bunga rose pun banyak dan cantik dia tak terkata nokkk... Nanti nak beli bunga rose india pulaklah,hihi...
Contoh-contoh baby filler |
Bunga filler ni macam baby breath, red berry, white caspia dan banyak lagi. Harga belas-belas je wakkkkkkk.... tetiba aku teringat, masa member aku beli bunga. Dia kata baby breath ni mahal...emmm,yeke mahal...LOL...padahal murah je wak. Bunga filler ni fungsi dia sebenarnya nak menaikkan seri bunga lagi. Tapi macam kat kedai Lee Wah Florist ni, banyak jugak pilihan bunga filler. Nak menangis tepi bucu tengok harga dia yang murah nak matik dan banyak pilihan. Rasa nak beli semua. LOL.
Jenis daun pun ada. Pun fungsi dia sama macam bunga filler tu. So, kalau korang nak mencari bunga segar yang murah dan banyak pilihan, aku sarankan korang singgah la ke Lee Wah Florist. Penjual kat sana agak kekwat sikit. Tapi alahhhhhhh, beli je. Kalau ada soalan ke just tanya, dorang okay. Tapi serius la. Kekwat sikit penjual kat situ,muahahahaha...
Nak gubah sendiri tapi tak pandai? Kat Lee Wah Florist tu pun ada jual bunga yang dah siap gubah. Cuma mahal sikitlah. Tapi kalau kita beli bunga dan peralatan sikit. Alaahhhhh, murah dia boleh cakap murah dan nak beli lagi,hahaha... Macam span ke, pembalut ke, bakul ke, haaaaa ada! Cuma haritu, aku kena gubah bunga untuk bagi kepada pegawai untuk malam dinner, first aku buat krik krik... second, bolehlah... rupanya, senang je eh gubah-gubah bunga ni,haha...jimat banyak pun ye. Kalau beli bunga bouquet yang dah siap tu, mahal dia Astagfirullalazim wak...wakakakakaka... Senang cerita, baik beli bunga, pastu gubah sendiri. Kat youtube dah ada tutorial nak balut bunga macamana. Haaaaaaaa....So, gitulah kisahnya, bawah ni aku lampirkan sekali peta ke Lee Wah Florist. Selamat membungakan diri korang. Ahhhhh, nak bunga rose english yang ada hygendria tu...lawa nak matikkkkkkkK! Bunga english rose tu tak selalu ada di Lee Wah Florist tu tau.. kalau stok sampai pun tak banyak. So, siapa cepat dia dapatlah kot konsep dia,haha...
Nak tengok lebih lagi, korang boleh terjah di Lee Wah Florist! Pun ada servis penghantaran tau. Bestnya, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur free je weh! gila best!Tapiiiiiiii, aku tak jual bunga tau, tapi kot kalau ada yang nak kirim ke boleh email di mekonie@yahoo.com . Dan ini bukan sponsored post tau, mihmihmihmih...dah lah! Tu je nak share,haha... Kalau rasa entri ni berguna, sharelah berjemaah 😜
DETAILS LEE WAH FLORIST SDN.BHD.
Alamat:
129, Jalan Tun H.S.Lee,
50000 Kuala Lumpur,
West, Malaysia
Contact Num:
Tel: 03-20782822 // Faks: 03-20702232
Email:
sales@leewahflorist.com
Kedai beroperasi:
Monday- Saturday: 8.40am - 10.00pm
Sunday: 9.00am - 4.00pm // 7.00pm - 10.00pm
wahh!samalah kita!kalau masuk kedai bunga rasa nak kaut semua!!haha
BalasPadamYes I admit. Orang kat situ kekwat gila. Even you ask simple questions pun nak tak nak dia jawab. Kerek betul. Hahaha btw this shop murah berbanding kedai lain.
BalasPadamHi sis, boleh kirim ke?
BalasPadamhi sis, nak tanya, bunga lily pun ada sekali tak?
BalasPadamThank you Onie for the info . Mmg nak cari fresh flower murah . Dulu slalu gie Floristika . Now , dah mahal lah floristika .
BalasPadamTerima kasih sebab berkongsi. Sangat berguna untuk pencinta bunga!
BalasPadamAssalamualaikum. Thanks for the info! Cuma nak tanya bunga ni boleh beli sikit2 ke? Atau memang kena amik sedozen terus? TQ
BalasPadamAsalamuaikum onie..thankz share tips & info..cuma nak tanya..blh beli sikit2 x?tq
BalasPadamomg wajib save blog ni. sangat membantu. mencari bunga utk budget kawin ni, nk buat simple2 pn kalau upah org mahal. baik buat sendiri. TQ sis! I love you.
BalasPadamSalam orang kedai itu boleh balutkan untuk kita tak
BalasPadamSangat membantu
BalasPadamThank you for sharing very good info 👍👍👍
Sangat membantu
BalasPadamThank you for sharing very good info 👍👍👍
Hi
BalasPadamKalau bunga tulip ada tak?
BalasPadamAda jual bunga cempaka merah ke??
BalasPadamBole buat penghantaran bunga tak utk besday friend
BalasPadam