Stock take..
Amboi kemain tajuk nak english gitu.. assalamualaikum kakok abe, ni hari ahad ni...menaip lepas balik kerja,tetiba teringin pulak engko nak share-share masalah negara (konon!) ..tapi kalau student yang baca entri kali ni tak faham takpe la,saja je ni nak share-share,kot la dari entri ni korang boleh belajar jugak ye dak?mana tahu. yang student amik bahagian business management dan sewaktu dengannya kalau tak silap ada belajar tak benda alah stock take semua ni? entri ni tade gambar tau,harap engkorang sudi baca,jangan la tunggu gambar je baru nak baca ye dak...
entah. nak explain apa itu stock take ni pun tak tahu macamana,tapi takpe onie try explain yep yep yep yep..
entah. nak explain apa itu stock take ni pun tak tahu macamana,tapi takpe onie try explain yep yep yep yep..
- stock take ni biasanya akan dilakukan pada setiap hujung tahun,awal tahun pun ada jugak kenkadang,depend orang audit tu nak datang bila..orang audit ni bukan ada 11.5 kaki,ada dua kaki 2 tangan je wei,dia pun tak nyempat nak check segala ..(aku harap orang audit yang nak datang ni tak straight yang amat,aku harap)
- stock take ni adalah (aihhh aku harap korang paham lah ye,tak paham pun paham-pahamkan jela,haha..aku tulis apa yang aku paham,tapi dalam masa yang sama aku try kasi engkorang paham) sesi menge-cek stock barang keluar masak,berapa masuk berapa keluar mesti kena tally seperti dalam sistem,tak kisah la company korang tu pakai sistem ubs ke apa.. (mahal siot sistem ni rupanya,patutlah orang yang buat sistem kaya raya hantu raya,eh)
- sebelum nak tahu punca barang tu loose/hilang masa ni engkorang kena cek sesatu,dari file good received hingga la stok kat stor engkorang tu,kalau ada 5605 item,makanya 5605 la engkorang kena cek berapa yang ada, kalau boleh cek barang yang ada baru ke file (ini cara aku,terpaksa kena ajar bos dengan cara aku biar dia pun faham,cepat dan tak melalut ke lain)
macamana nak start stock take?
- beli buku yang engkorang belajar sains yang buku log besar tu,kulit nipis cukup
- start kira barang yang ada di rack dan di stor.tulis code,nama barang dan pcs
- pass kepada admin untuk cek barang di sistem.
- kalau tetiba barang tu negatif, tengok movement barang keluar masuk..kalau tetiba hilang kemungkinan besar tak key in DO (delivery order) atau double entri (ter-key in dua kali)
- kalau terlebih pun serupa step ke 4 tu,cek balik file good received!
- lepas cek,kalau tetiba barang terkurang cek balik kat stok ! ( masa ni memang naik gila,haha)
- kalau rajin,setiap DO tu cek balik kat sistem, cek aje ! kadang kita ni terlepas pandangkan..
- lepas dah setel step 1 hingga 7 tu, masa ni baru boleh nak buat adjustment kat bahagian transaction.
- yang mana negatif atau terlebih, engkorang adjust,adjust tu kena kasi bijak ... jangan over adjustnya!
- siap ! engkorang tunggu jela ketibaan orang AUDIT tu haaaaaaaaaaaaaaaaaaa...sekian sahaja
itu cara aku,cara engkorang?ce shareeeeeee,nak tahu jugak..kot ada yang boleh disenangkan sikit.. (ada ke kerja yang senang?haha)
actually,company yang aku kerja ni first time untuk stock take, tahun lepas buat dah,nasib baik tak jadi sebab orang tu kata tahun pertama bukak company toksah buat stock lega (lega!)..tapi bila dah habis tahun pertama dan first time nak buat stock take ni, gelabah! engkorang tahu gelabahnya macamana?gelabahnya serupa orang nak masuk dewan peperiksaan...gila ah...
selama 2 minggu duk cek barang engko tahu, barang bukan yang besar2 yang senang nak kira tu,barang orang electric,controller semua tu engko tahukan macamana?haha..ni tak siap lagi,aku tatau 1.1 ni kena keje ke tak,aku rasa macam tak adil orang cuti aku kerja,itu akulah...sebab tak biasa ada dalam situasi macam ni,tapi kalau kerja pun aku okay je,duduk rumah pun bukan buat apa,melanguk depan laptop je tahu,haha...
*tetiba rasa nak jadi student balik! tension gak buat stock take ni,tapi takpe,aku boleh kawal perasaan lagi,tade la sampai nak terjun klcc,takde takde...urusan didunia adalah ujian yang Allah berikan kepada kita,satu je nak dipermudahkan,DOA :)
so,tahun akhir ni minda gua tak berapa nak stabil (macam la aku sorang je duk stock take ni,haha) gara-gara hal ini,lepas setel segala hal semua ni,gua nak pekena pizza 10 dulang,okay yang ni tipu..sedulang dua padan la), tandori kat mamak buleh 2 sets dan gua harap gua dapat dating dengan kesayangan gua yang sedang berada di puncak perdana sebelum dia menamatkan pelajarannya di uitm tu,sorry awop deh banyok postpone kita punya date,hik..
dah itu sahaja dari saya,nak baca atau taknak baca atas engkorang, at least kalau engkorang baca dapat jugak ilmu orang kerja ni macamana ye dak? yang mana penah buat stock take mohon share eh,teringin nak tahu cara kamu orang :)
p/s: XOXO tu maksudnya kiss hug kiss hug eh?lalalalalala...
p/s kuasa dua: still tak sempat bw lagi,sabaq eh korang...nanti gua datang blog engkorang baca cerita2 ampa, pastikan sediakan air sirap dengan makaroni tau :P
p/s kuasa dua: still tak sempat bw lagi,sabaq eh korang...nanti gua datang blog engkorang baca cerita2 ampa, pastikan sediakan air sirap dengan makaroni tau :P
stock take ni untuk ISO ke? siap ada auditor semua2..O.o
BalasPadamnot sure,ni first time stock take,onie tak sabar nak tunggu orang tu datang.....nak tahu pengalaman stock take tu macamana
Padamkalau ubs accounting system blh ke guna untuk kira stok...co sy pon 1st time nk kira stok..co hardware.
BalasPadamactually semua sistem boleh guna,cuma atas kita...dear boleh email sy tak? letopink@yahoo.com
Padam