Tahap ketakutan terhadap dentist sudah tiada!

Alhamdulillah syukur kerana perasaan takut berjumpa dentist sudah hilang! rasa macam dunia ni aku yang punya (tetiba) last week hari sabtu terpaksa keluar office awal untuk appointment bersama dentist,alhamdulillah semua okay je,tiada kemalangan jiwa berlaku,hikhikhik..


bila nama dipanggil oleh nurse dalam tu, kemain kencang jantung berdegup.. masuk-masuk cari kerusi duduk and then gebang-gebang dengan doc dulu pasal gigi.. memula kemain la suruh buang gigi geraham bertindih,lepas je doc kata "gigi bertindih awak ni kita kena buat pembedahan sikit sebab gigi tu duduk dalam keadaan senget,mungkin cabutan ini agak sukar" so lepas je doc cakap macam tu, terus je mek angkat tangan... " docccc, cancel lah .tak jadi la buang gigi geraham ni,nanti dulu !" 


so, bila ingat balik situasi tu, mek ni seolah-olah permainkan doc tersebut,wuuuu... takut punya pasal apapun tak fikir ...


*still ada perasaan takut lagi,kahkahkahkahkah
bila dah cancel buang gigi geraham tu, doc kata.. tinggal scalling dan tampalan jela kita buat.. okeh,dengan tak sabarnya mek kata,"OKEH DOC !"


30minit sudah setel scalling,serius tak rasa apa..cumanya air terpercik kat muka akibat 'benda yang buat scalling' tu mengeluarkan air yang banyak (betul ke?malas nak google sebenarnya) ..so,seriyau,nyilu semua tade ! first time mek buat scalling ! bangun-bangun doc kata dah siap, kemain la mek kata "eh dah siap ke doc,cepatnya.bhahahaha"


kos scalling ini bergantung kepada klinik gigi,ada yang RM100 dan keatas, tapi kos yang mek kena hanyalah RM70 sahaja!sangat puas :)


sebaiknya,6 bulan sekali kita mesti buat scalling :)
lepas je siap scalling,mek buat tampalan gigi pada 2 batang gigi, so satu tampalan  RM70 dan ada dua tampalan bermakna RM140, terpaksa buat sebab lubang pada gigi makin besar dan gigi terpaksa diikat semasa tampalan ini berjalan, doc tengah sibuk2 buat keje ada je soalan mek tanya,haha..


gambar di atas ini menunjukkan scalling :)

lebih kurang gigi mek yang sekarang ni,kahkahkahkah...sape pernah jumpa mek tahulah rupa bentuk gigi mek cane kan :P


next appointment adalah trim tooth untuk crowning,so next week adalah second appointment with dentist ! tak sabar pulak rasanya..
kos untuk crowning ini adalah RM600 untuk sebatang gigi..so mek ada 2 batang gigi perlu dibuat,ini bermakna RM1200 ... okeh,sila berjimat wahai mek,haha! ada kos yang murah arround RM150 tapi tak tahan lama kerana gigi akan ditampal sahaja,so bila makan memang kena jaga leklok, cancel yang RM150 dan mek ambil kos yang sebatang RM600 ..


tak sabar :)
silalah sayangi gigi anda semua !
apa pula hukum membuat implant/bridge/crown? oleh kerana ia mengcover gigi kita, bukankah air wudhuk tidak akan dapat melalui gigi tersebut?


Islam membenarkan kaedah “crowning” dilakukan kerana ia dilakukan untuk tujuan perubatan dan bukan kecantikan. Gigi bukanlah salah satu anggota badan yang wajib dibasuh memandangkan ia didalam tubuh dan bukan diluarnya. Wudhu’ tanpa berkumur-kumur masih sah. Menggunakan implan gigi bukanlah dalam kategori mengubah ciptaan Allah kerana ia adalah menggantikan apa yang sudah rosak atau tiada. Islam membenarkan penggunaan implan gigi seperti Islam membenarkan implan organ lain yang sudah tiada lagi. 
sumber: sini

36 ulasan:

  1. good luck mek.
    miza pun takut dengan dentist.
    ingat lagi masa zaman kalau cikgu bagitau doktor gigi nak datang confirm seram sejuk.hahaha

    BalasPadam
  2. uni pon takot jmp dentist gak!takut sgt2!!

    uni pon,gg geraham bgsu tmbuh senget..patotnya dh lama buang..tp oleh krn dentist ckp kna wt pbedahan,tros xnak!smp skg xbuang2..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. onie lagi takut,huhu..tapi kena buang jugak perasaan takut tu demi gigi tersayang,huhu

      Padam
  3. Assalamualaikum. semoga gigi awak akan bertambah baik. jangan takut2 (sy sendiri tak pernah jumpa dentist) tapi saya sangat penakut dengan injection sbb jarum tu menusuk kalbu. hehe. patut ke anak doktor camtu? hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam,terima kasih awak...onie pun takut jarum,ritu ambik darah je kot,terus pengsan,bhahahaha.kejenya nyusahkan abah dgn umi je onie ni,huhu

      Padam
  4. Oh, sy pun perasan Kak Onie mmg mempunyai kecacatan gigi sikit haha :P

    BalasPadam
  5. kalu buat kat trg, saya leh rekemnkan boleh murah skit;-)

    BalasPadam
  6. akak pun kalau wat crown nie kena 2 batang dentist tu kata..yg akak pakai skrg nie dah lama..buat dulu 500 1 batang

    BalasPadam
  7. ouhhhh ! ade ea teknik buat impalan macam nie.. okeyy.. thanks for this information mekk ! hee :)

    BalasPadam
  8. Dulu waktu pakai braces rajin la jumpa doktor. Tak tipu. Mula-mula memang takut. Tapi lama-lama, okay dah. Doktor tu pun baik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan,yang penting perasaan takut tu jangan ada :D

      Padam
  9. pada ak, gosok gigi dah cukup :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahhhhh kau,gosok jela...tumbuhnya idak,bhahaha

      Padam
  10. owh..gitu.. baru paham.. gigi tuh stau aset penting jugak..kih3

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul!cik bluewendy.....sekarang ni onie cakap dengan org pun tade konfiden sgt :(

      Padam
  11. akak hari tue tmpal 6 gigi..done fear factor

    BalasPadam
  12. alhamdulillah saya takda masalah gigi lagi :) tak pernah pi dentist since cabut gigi darjah 1.. takut jugak sebenarnya :)

    BalasPadam
  13. baru ena tahu implant gigi ni.. ena just tahu kikis bwh gigi bagi rata*okay ni memang haram* dengan braces je.. nampak kuno bebenau kan ena ni.. huuuuuuuuu

    BalasPadam
  14. hahhaa ALhamdulillah tiada kemalangan jiwa di klinik gigi dilaporkan di sari berita utama.
    I dulu rajin gak gi jumpa dentist, now kurang rajin.

    BalasPadam
  15. nasib baek dh selesai...mahai jgk ar..
    tringin nk buang camtu....jauh nk p klinik

    BalasPadam
  16. Dezee pernah buat scaling tu..melelehair mata sebab ngilu gila bunayi mesin tu.hahahha

    BalasPadam
  17. ewah2..cantik la lepas ni..hehe..mahal tu mmg mahal onie, tp utk tujuan kesihatan kan...chayokkkkk!jgn takut2 sgt!

    BalasPadam
  18. kita pun takut dentist. uwaaaaa.. ;)

    BalasPadam
  19. k.zai pon penah buat crowning ms zmn muda remaja dl...time tu kos sbtg RM350...
    mula2 ingat nk cabut ja tp doc ckp sygnye umo br 24 tp bl senyum dh xda gigi kt tepi so doc suggest yg ni...

    BalasPadam
  20. saya dulu pun fobia bila nak jumpa dentist..tapi sekarang dunia dah maju, buat rawaan akar hari tu doktor cucuk ubat bius pun boleh tak sedar..siap tanya doktor dah cucuk ke belum..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. rawatan akar? sakit sangat ke?sebab onie ni macam kena buat je,wuuuu..... T_T

      Padam
  21. onieee, kak ya pon takuttt nak jumpa doktor gigiii T____T

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..