7 hari lagi~



Tajuk berkias takpe,yang penting aku rasa dah lama tak cerita kisah diri dalam blog ni haa. (ada pulak yang kisah,lol). Pasal tajuk tu kan,aku rasa macam tak sabar je nak huraikan lebih lagi, aku harap ada antara korang yang curious lah eh nak tahu (lempang diri sendiri). 


Sekarang dah masuk bulan 11,ops bukan dah nak masuk..tapi dah pertengahan bulan 11 dah pun kita ni. Rasa cepat sangat masa berlalu. Aku rasa macam baru bulan 5. Cepat je kenangan berlalu. Cepat je usia melangkau. Cepat je dah nak 'tua'. Rasa cepat je dunia dah nak akhir zaman (beringat untuk diri sendiri). 


Bila masuk bulan 11 ni,aku rasa makin kelam kabut sangat.


Maklumlah,asal akhir tahun je kampeni aku dah nak start stock take.Aku rasa bukan kampeni aku je,lain-lain kampeni dah ada yang start pun,wuuuu.. Benda macam ni kadang buat aku nak resign hari tu jugak. Kenapalah mesti ada stock take (kalau takde macamana nak kira untung rugi maaaa),kenapalah mesti nak kena audit,kenapalah itu kenapalah ini. aihhhh. Korang yang student,sila hargai masa belajar korang. Nanti dah kerja memang akan lain sangat. Tak banyak,sikit pun mesti ada,cayalah wei~


Asal esok nak keje,emosi aku makin teruk duk fikir pasal kerja. Kadang satu hari tak berkeinginan langsung untuk makan nasi. Sampai kawan aku tegur, ' wei,kenapa kau makin kurus? aku rasa zaman belajar kat poli dulu kau tak la kecik macam ni?kau sakit eh?' huhu..sampai macam tu sekali kawan aku tembak soalan. Jenis aku,kalau penat buat kerja,mesti takde selera nak makan. Ada tu dalam 2 hari aku tak makan nasi,esokkan tangan aku start menggeletar. Time tu jugak aku cari nasi,haha. 


pfttttt. seorang yang tak reti jaga kesihatan langsung mu ni mek!


Kebiasaannya,waktu malam dimana esok hari kerja..aku terus listkan kerja apa aku nak buat,pastu petang sikit tu aku list pulak apa lah aku nak buat malam tu. Jenis aku memang kena ajar macam tu, takde jadual memang hidup aku ke kanan satu ke kiri satu. Tapi benda ni start bila aku dah bekerja. Masa study takde plak engko nak buat jadual bagai. Menyesal plak aku rasa.haha


Kesimpulannya, aku nak kata yang aku agak busy untuk 2 bulan ini. Segala aktiviti merayau,berjimba,berevent,berblogwalking terpaksa dikurangkan buat sementara waktu. Mana tahu,ada yang cop aku sombong, haha.. 


Pasal tajuk tu kan? aku tak sabar wei nak cerita lebih lagi,tunggu :P



15 ulasan:

  1. haaa rindu la nak dengar cter u, semangat baca dari ayat pertama sampai akhir, curious ada apa dengan 7 hari tu, tapi... next time pulak katanya kamu mek :p takper la, dahulukan mana yg penting.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama JJ ! rinduuuuuu gakkkkkkkkkk.... curious kan?mek lagi curious nak cerita,heharap tak menghampakan nanti,kahkahkah :P

      Padam
  2. Tak sabar? Tak nak tahu pun sebenarnya.. K bye..

    BalasPadam
  3. apa agaknya lagi 7 hari tu ye...curious ni...??? hee

    BalasPadam
  4. stock take sama ngan audit dua2 saye tak suke...huhu...bertabah lah.. :)

    BalasPadam
  5. HUjung2 tahun mmg busy sikit kan sis...
    dah pernah rasa mcm mana bila stock take tu..sedikit terseksa di situ...hehe

    BalasPadam
  6. arghhh tajuk takdak kena mengena dengan entri!! frusttt!!!!!

    BalasPadam
  7. mesti ada something yang special pada tarikh tu,hihi

    BalasPadam
  8. company sis pun bz nak dekat hujung tahun ni. nasib baik la stoke take dan audit dah buat bln 6 aritu. so tak kelam kabut lagi bila hujung tahun.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..