Resepi Kek Pelangi Kukus paling simple dari Mek Onie !



Haiiiii haiiiii,terasa setiap minggu mesti jadi rajin... mesti jadi rindu ke dapur. Kalau tak masak mesti nak kena masak juga. Jujur aku kata, aku bukanlah jenis suka memasak, tapi masa kerja di nurseri memang aku kena jadi tukang masak. Alaaaa,setakat masak untuk budak 4 tahun hingga 12 tahun bolehlah gebang. Hari-hari fikir nak masak apa la kat budak-budak ni. Nak masak asam pedas,takut bebudak ni takmau. So,aku mesti pilih masak lemak atau tomyam dan makanan yang tak pedas. Mesti budak-budak tu jemu,haha! kisah pulak. Taknak makan lapar ye dak.


Dah, aku malas nak gebang kisah masak memasak ni, sekarang aku nak kongsi resepi kek pelangi paling simple dari aku sendiri. Paling cacamarba pun ada aku rasa,mihmihmihmih.





Kek Pelangi Kukus 
By : Mek Onie


Bahan-bahan:
1 cawan mentega
1/2 cawan gula kastor
3 biji telur putih
1/4 cawan susu pekat
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil bikarbonat
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil penaik/pelembut roti
1 sudu kecil esen vanila







Cara-cara:
  1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
  2. Masukkan telur putih satu persatu dan pukul sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan vanila. Kacau sehingga sebati dan rata.
  4. Masukkan pelembut roti,bikarbonat ,serbuk koko dan tepung gandum sehingga sebati. Kalau boleh masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit tau supaya adunan sebati.
  5. Bila sebati,Bahagikan kepada 5 . Pilih nak guna warna apa. Aku tibai je 5 kaler tu,kohkohkoh. (refer gambar atas yang comot itu)
  6. Siap bahagikan kepada 5 . Masukkan satu warna bagi setiap lapisan ke dalam loyang. haaaaa... 
  7. Kukuslah selama 45 minit sehingga masak. 

*Jangan lupa letak marjerin di loyang, semalam aku tibai mayonis di loyang. Pasal, packaging mayonis dengan marjerin nak sama dah! Hampeh ! terus aku tukar loyang lain pulak,baziaq! haha..dasar rabun,rabun jugak.. lol

*Warna kek aku tu agak gelap, pasal..aku letak serbuk koko pada langkah ke-4 tu. ^^,



Haaaaa,sikit je aku buat, tup tup tup dalam masa 2 jam jugak habis, sedap letew :P
Next time boleh buat lagi, haihhhh..ni yang nak hadap dapur je ni. Memberangsangkan betul result,kbai.


Kek Pelangi Kukus paling simple di abad ini. Sorry sifu-sifu yang power buat kek . Pasal Resepi dan cara-cara agak cacamarba. Asal aku bahagia sudah,kbai ! :P

Selamat Mencuba ^__^

7 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..