Tempat menarik di Penang.


Kemain la sejak dua menjak ni kerja rindu penang je. Apalah ada kat penang sampai selalu rindu negeri sana.huhu...tapi serius la,kalau pergi penang sehari dua hari mesti rasa taknak balik dah,mesti rasa nak duduk sana sampai bebila. Aku tak rasa aku je kot yang rasa perasaan macam ni terhadap penang. Aku bet korang mesti macam aku juga. Perangai nak duduk lama-lama kat penang. Untunglah siapa yang membesar kat penang.




Kenal? Sudah tentulah Pulau Pinang...tengok gambar ni dekat instagram denaihati,terimbau kembali kisah dulu ;)
Instagramhttp://instagram.com/denaihati (@denaihati)




Aku rasa banyak gila kot tempat-tempat menarik kat Penang. Contohnya:-
  • TAMAN TEMA ESCAPE,PENANG 
  • JALAN SENI 
  • FORT CONWALLIS 
  • BUKIT BENDERA 
  • RUMAH P.RAMLEE

Dan banyak lagi tempat menarik di penang sebenarnya.






Selama 3 tahun aku merantau di negeri ini demi pelajaran. Di negeri ini juga banyak kenalkan aku dengan dunia luar,dunia ketika usia meningkat remaja. Di negeri ini juga aku mengenali sebuah persahabatan, pelajaran dan segala kenangan sentiasa terbuku dalam hati aku. Di setiap sudut aku masih terimbau kembali jika ke sana. Penang best! Suasana . Makanan . Tempat menarik . Pergaulan . Karaoke . Zaman mula nak kenal dunia la orang kata. Cuma kadang-kadang kenangan yang terbuku dalam hati ini terpaksa di lepaskan.



Seronok sebenarnya duduk bersama kawan-kawan, kau jaga aku..aku jaga kau.. kau sakit ada orang kisah.. aku sakit ada orang kisah... Makan sepinggan.. susah payah bersama-sama, cuma kadang-kadang emosi yang tak dapat nak kawal jika ada persengketaan. Setiap kali ada masalah mesti aku pergi pantai bersih. Pantai tu paling dekat dengan rumah sewa aku. Aku rasa fikiran negatif terus lesap lesap lesap lesap dan lesap. 



Bukit Bendera? Tiket berapa sen sahaja untuk naik ke atas. Cuma perlu bersabar sedikit semasa beratur untuk menaiki cable car ke atas. Pantai? pantang kalau ada orang ajak,sebab aku memang suka gila dengan pantai. Duduk . Tenung . Setiap keindahan ciptaan Allah swt itu sangat menenangkan hati dan memberi seribu erti. 


Setiap kenangan dan setiap apa yang kita lalui,itu semua dugaan hidup, kenangan manis kenangan pahit tetap dalam ingatan. Namun, jadikan ia semua sebagai pedoman. Sebagai pembakar semangat untuk terus melangkau ke depan. Rindu penang dan kenangan di sana :(

p/s: kan best kalau ada trip ke sana bersama blogger kan denaihati.com  ^__^

15 ulasan:

  1. Penang, banyak tempat cantik kalau nak ambil gambar. Hehe

    BalasPadam
  2. seronoknya saat mengenangkan memori lalu, penuh nostalgia. Especially a place where you used to live in as a student right? :)

    BalasPadam
  3. kami pn kalo weekend sukaaa lepak penang dgn anak dan suami.dekat dan best!!!

    BalasPadam
  4. rindunya nak balik kampung..xsabaqqq nk cuti..:)

    BalasPadam
  5. wow...pernah sampai penang tp kat uSM jer..tu pon nak g interview..:)

    BalasPadam
  6. Awak nanti mai lah jalan-jalan pantai area Terengganu nie pulak. naiseee pantainyee..

    BalasPadam
  7. betol sangat mek onie . leyla pergi hari tu, rase nak gi lagi ni . tengah plan ngn kawan2 . tapi bukit bendera da g time sem 1 . hehehe

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..