Tip Hindar Keletihan Ketika Bekerja.



Semakin cepat masa berlalu,semakin banyak beban kerja yang perlu digalas. Rata-rata pembaca blog mek onie ni sudah ada yang bekerjakan? Pernah tak terfikir kerja itu meletihkan? Kadang aku ada je rasa macam tu,huhu...kecuali diri sendiri pandai mengawal emosi . Fizikal dan mental sangat memainkan peranan dalam hal ini,betulkan?


Mana ada beb kerja yang tidak memenatkan, even..study pun penat ! 


Bersifat positif terhadap perkerjaan:
Masa bekerja ,fikir kerja itu sangat menyenangkan walaupun ianya berat dan membebankan diri sendiri.positif je wei.  Dalam kerja ni,satu je.. tak minat pun korang kena tanam sikap minat tu,supaya masa kerja terus berjalan lancar,pastu tak la rasa nak memberontak.


Bersantai seketika:
Macam aku,time kerja aku kerja. Time dah tak de kerja sangat tu baru aku release tension sekejap. Tak perlu release berjam-jam. Cukuplah dengan menarik nafas. Tapi kerja aku ni sebenarnya banyak rehat jugak,cuma otak je kena kerja keras sikit. Kadang consult customer . Kau tahu,kerja dalam bidang elektrikal ni memang mencabar jugak bagi aku. So,aku ambil peluang untuk bersantai dengan cara tarik nafas. Kadang bukak youtube,pasang zikir. Lega. Terapi Jiwa . 



Nikmati humor dan ketawa:
Bab ni aku macam toya sikit,haha... Sebenarnya,aku kalau kerja mesti serius. Ya,serius. Sampai opismate kata, "kak onie,kita kerja tak boleh serius sangat" . So,gelak tawa semua tu aku tak suka sangat. Aku lebih suka communicate dalam social media,"taip snediri,gelak sendiri,lol" ;)


Bekerja secara sistematik:
Paling paling paling paling penting. Manage time manage timetable. Letak kerja yang perlu didahulukan supaya kita tidak terburu-buru dalam bekerja.


Banyakkan minum air:
Haaaaaaa,air masak hari-hari aku bawak,takkan nak harap air kedai je,lemak~


Lakukan aktiviti fizikal:
Duduk atas kerusi dah lamakan?Mestilah otot tegang segala. So,aku selalu jugak la buat senaman ringan.



Haaaaa, aku rasa kerja aku ni tak pernah nak stress,tapi yang membuatkan aku stress bila hadap kelakuan manusia satu office. Itu paling aku stress. Korang punya kerja macamana?stress atau tak?kalau rasa stress,rasa negatif terhadap pekerjaan kita lakukan,better thinking postive mulai sekarang. Hasilnya, balik kerja mestilah happy. Aku tak suka kalau balik kerja, muka aku macam itik tu haaaaaaa... kadang pergi kerja perlu bawa jiwa yang kosong. Baru aku tahu dunia bekerja. Tapi tula, bekerja dalam company kecik ni aku tak merasa sangat. Mungkin rezeki aku untuk ke company besar belum sampai? 


Selamat bekerja korang,jangan stress-stress ajeeeeeee,hihi ^___^

13 ulasan:

  1. keje saya mmg stress sbb kena hndle staff yg mcm2 ragam.. disebabkan sy seorg yg cool, sy x cepat melatah n tension.. bila tension , x dok keje, saya akan bukak utube, sy pasang lagu. sy karoke dalam opis.. kau mampu? hehe .


    tp cara mek, dgr zikir mmg bagus . terapi jiwa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab pasang zikir tu bukan nak tunjuk baik ke apa kat readers,tapi mek rasa mek lebih tenang bila pasang zikir. serius. Haippppp,apaplak tak karaokenya,bos blah kita karaoke la sendiri,hahahhahahahahaha

      Padam
  2. kite tak keje sebab abah tak bagi.. mudah dapat sakit... hwaaaa.... keje sendiri kat umah je... tapi pernah keje kat kedai buku, tapi tahan sebulan je last2 berhenti sebab sakit... betul la cakap abah deno tak boleh kerja dengan org, stress :p btwips ni bagus la onie!^^, t

    BalasPadam
  3. this what I need.. haha kerja saya sekarang tak menjurus apa yang saya belajar. Belajar architechture tapi kerja kerani..so, banyak lah kena belajar.. kena tanya ini itu.. bos pun suka merokok. so, kena tahan lah hidung nih..

    BalasPadam
  4. cara saya nak release stress just borak2 dengan officemate and layan lagu..tu jelah..paling best sekali tidur. hahahahaha.. selambe ~~~~~

    BalasPadam
  5. baca sambil menguap ni... dan mengulo gak..huhu

    BalasPadam
  6. ok2.. jom positifkan diri.. kerja senang, hati pun riang.. eh?
    hehe

    BalasPadam
  7. kenapa tak letak point tidur sebentar di surau haha

    BalasPadam
  8. klu tension sgt, tgk running man 10 minit ten sambung..hehe

    BalasPadam
  9. akk mmg banyak minum air... selain tu ambil supplement

    BalasPadam
  10. boleh juga amal time kelas ni . hehehee . tq sharing info .

    BalasPadam
  11. Hehe. Kalau stress tu selalu sediakan coklat siap2. So bila stress makan coklat terus, nak lagi murah korek ais dalam fridge. Jimat tp xbaik utk kesihatan. Huhu

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..