Tips pertama kali untuk bakal pengapit !


Nak jugak menaip walaupun hari tu kata nak abaikan blog ni seketika. Sejak akhir-akhir ni, otak aku fikir pasal kerja. Kerja kerja kerja dan kerja. Maklum la akhir tahun,semua nak kena buat. Stock take/audit semua tu bikin kepala pusing je. Check stock,check system semua tu aku kena buat setiap hari, rasa macam nak fikir terus resign,tapi apakan daya. Sekarang aku sudah punya beban baru untuk ditanggung iaitu kereta (kambinghini 2) . Cewah! nak jugak sebut dalam blog,huhu. Walaupun kambinghini 2 kicik tapi aku bersyukur kerana benda tu akan bawak aku kemana-mana nanti,finally. Azam tercapai,lol



Cerita pasal Pengapitlah kan, aku rasa dah ramai kawan aku hire aku untuk jadi pengapit mereka,namun aku tetap berkeras untuk menolaknya gara-gara ' siapa yang jadi pengapit akan kahwin lambat' . Oh gila kau,sape tak nak kahwinkan?ahaks. Bila dah ada mitos sebegitu,aku rasa memang aku akan tolak pelawaan kawan sendiri.haha. Tapi, aku percaya, mitos itu tidak benar! Jodoh,ajal maut semuakan rahsia Allah? So, apa kaitannya ni?huhu. 


Bila aku fikir kalau aku jadi pengapit,ohman.. orang-orang yang akan datang nak tengok pengantin tu automatically akan terpandang pengapitnya jugakan? beragaklah orang nak buat buta tak pandang pengapit,nampak beno nipunya,haha...Perasaan segan mesti akan ada juga,kahkahkah

Bila aku search google,fuh banyak juga aku dapat input tentang 'tips untuk bakal pengapit' ni. Aku ingatkan takde yang kisah pasal pengapit,hewhewhewhew.. 



Sorry,masa ni aku bukan jadi pengapit. So bolehlah nak overshadow,kbai! :P

Antara tips-tips untuk bakal pengapit:-

  • Benda pertama sekali yang harus korang ingat ialah jangan terlalu overshadow dari pengantin. Dah la jadi pengapit, baju taknak mengalah dari pengantin kau. Pemakaian reaksi gaya semua penting bila dah jadi pengapit,ingat!

  • Ingat. Kau jadi pengapit bukan sekadar mengapit pengantin hokay! Masa kau jadi pengapitlah korang kena ingat tugas korang,kira watak utama selepas pengantin,bhahaha.. Tugas paling berat aku rasa adalah mengapit pengantin beserta kipas dan memayung semasa menyambut ketibaan pengantin lelaki/perempuan. Bhaha... Mengapit beserta mengipas dan memayung okay. Bukan kerja senang aku rasa. Sah-sah tangan lenguh time tu dan sah-sah korang (pengapit) akan memayung diri sendiri,hahahahahahaha. So,ingatlah. Mengapit,memayung dan mengipas dengan cara yang betul sangatlah penting. Ramai mata-mata yang memerhati ^__^

  • Oh,dah jadi pengapit ye kena tebalkan muka. Mana boleh nak shy-shy cat, baik jadi tukang cuci pinggan je kalau kau shy-shy cat. haha. Tebalkan muka ? yela, berapa ramai tengok pengantin dan secara tak langsung tetamu akan terpandang kamu juga,sebelah pengantin je kan? 

  • Posing tak perlu mengalahkan pengantin. Kang jap lagi orang salah anggap pula mana satu pengapit mana satu pengantin,hewhewhew.

  • Masa jadi pengapit la korang kena jaga pengantin ibarat menatang minyak yang penuh. Dari perasaan pengantin,makanan,mekap dan pakaian. Sape kata senang jadi pengapit ? Scary aku rasa,kbai

  • Tisu dan powder puff sangat penting di saat kecemasan. Mana tahu pengantin tu cepat berpeluh ke cepat nervous tak tentu pasal ke,sah-sah peluh keluar ye dak? Bila dah tengok peluh pengantin , sapu/tekap perlahan-lahan di muka pengantin. Tapi ingat juga,janganlah selalu tonyoh muka pengantin. Rosak mekap,ahak! Tak rosak mekap,gambar yang rosak,hiks
  • Tak banyak peel bab baju ! kau tahu kenapa aku kata tak banyak peel bab baju ni? mana tahu kot-kot bakal pengapit ni yang demand lebih..nak warna tu la,ini la..tu baru kat baju?kat benda lain?haha...so b2b,please pilih pengapit yang betul-betul ikhlas membantu untuk anda ^_^

Senang cerita,pengapit ni yang akan pastikan hari-hari bahagia korang akan berjalan dengan lancar dan majlis yang awesome. Memang satu tanggungjawab yang berat bila jadi pengapit. ;)

Nota Penting!
Wahai pengantin, pilihlah pengapit yang benar-benar kamu percaya dan tak overshadow serta orang yang dapat membantu kamu selama kamu jadi raja sehari. Sekianlah dari saya bab pengapit. Masa untuk berhibernasi di atas katil yang empuk ^_^

p/s: sape penah jadi pengapit?ce cerita pengalaman sikit,hehe ^__^

23 ulasan:

  1. kite prnh jd pengapit taon 2009! mase nk jd pengapit 2 dlm ati duk pk alamak kawen lmbt la aku gni.. haha... tp kerana kwn, jd pengapit die.. ala.. mitos je pon.. skrg ni kawen jgk kite walaupon prnh jd pengapit.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak jadi pengapit gak ah, nak kawen nak kawen! *motip?

      Padam
  2. saya pernah jadi pengapit ekspress kakak sebab sepupu saat2 akhir tak nak jadi pengapit. geram sanat2 sebab saya dah la rendah, pakaian pun biasa. bila pengantin datang, dah macam tangga. hahahaha. pengalaman tak boleh lupa.

    BalasPadam
  3. come on la mek onie. pengapit nape gok. pakai kipas tiang jee saya kakaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. okay,nanti awak kawen pakai la kipas tiang ehhh :P

      Padam
  4. tak pernah lagi jadi pengapit.. tapi in shaa allah akan jadi tak lama lagi. dah di'booked' siap2~ aaaaa ai pulak yg nebes! :p

    BalasPadam
  5. Dah jadi pengapit utk 3kali, best dpt jadi pengapit, but betul ckp mek onie jd pengapit bkn suatu tugas yg mudah, semua kita kena jaga. auwwww. Ibarat pengantin tu boss kita , hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. Sama la.. Kita bakal jadi pengapit kali kedua.. Mmg bukan tugas yang mudah

      Padam
  6. tak penah jadi pengapit... takut terlebih perasan mengalahkan pengantin...

    BalasPadam
  7. taknak jadi pengantin dan takakan jadi pengapit sbb suke rilek2 makan nasi jer. ihihihihihihihi. tapi sebenarnyer takde org ajak sye jadi pengapit dioerg sob sob sob

    BalasPadam
  8. Tak pernah lagi jadi pengapit. Over pemalu, memang tak lah kan? hahaha

    BalasPadam
  9. amboi! igtkan pengantin je ade tips. pengapit pun ade. hehe

    lea xpernah lagi pengapit..segan..heee

    BalasPadam
  10. Bestnya jadi pengapit. So far, dah dua kali fana jadi pengapit ni. Kali kedua tu kena sound dengan pengantin sebab pegang payung tapi payung diri sendiri bukan payung pengantin. Hahaha. Kelakar gila !

    BalasPadam
  11. den bab tebalkan muka tu tak mampu buat. sure akan jadi the longest time of my life..huhu

    BalasPadam
  12. jdi pengapit terjun pernah . cuak habis time tu . kekekee .

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum onie. huwaaa tak dan nak jadi pengapit dah kawin pun. ni dah tak layak nak jadi pengapit. pengapit biasanya gadis2 je. hihi nice sharing onieeeeeeeeeeee :)

    BalasPadam
  14. haluu..i da 2x jd pengapit :D tp kn..sobss..mitos cm betui je. apsal guwa x kwin2 lg ni T_T

    BalasPadam
  15. Kne jd pengapit 31 ni.. first time weiii.. malu.. tp nape i pulak yg berdebar.. hahahaha..

    BalasPadam
  16. Saya kena jadi pengapit harini, 21 mac 2016! Huwwwa cuakk. mlm td dahlaa aku lambat dtg time dia akad nikah. Naseb baik pengantin steady je. Kikiki. Sepupu kan. Alhamdulillah smua berjalan lancar. Thankz sis for sharing! Wish me luck ! ;)

    BalasPadam
  17. 11/2 ni jadi pngapit:( RISAUUU WEH .

    BalasPadam
  18. bakal jadi pengapit sabtu ni&my firstime! takuttt

    BalasPadam
  19. Seronok je jadi pengapit. Boleh ushaa pengapit laki kalau bujang hahaha . So dah dua kali jadi pengapit . Kita pulak yg excited pengntin nak sanding .Anyway best sgt .

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..