Kenapa meringue tak jadi?



Assalamualaikum,

Cewah, tajuk ala-ala chef la kejapkan,mihmih... actually, bagi sesapa yang tatau meringue tu apa meh aku explain sikit ikut pengertian aku sendiri. Meringue ini adalah satu adunan yang menggunakan telur,gula kastor,sedikit cuka,sedikit tepung jagung dan esen vanila yang dipukul sehingga menjadi kental .haaa... 


Pertama kali aku buat meringue pavlova, serius cair. Dah aku pun bingung nak terus jadikan adunan atau tak, aku try la bubuh dalam bekas cupcake tu, at least tak lah limpah keluar, minit ke berapa ... wahhhhhhh,adunan naik adunan naik sambil menjerit ke umi aku,sejuk perut umi aku. Beberapa minit pastu, adunan kempis balik wei. Memang ke tong sampah la,tapi aku cubit sikit demi taknak hampa. Sedap dan ada rasa tapi manis gila dan tak rapuh diluar serta tak liat seperti marsmallow. Aku redha~


Kali kedua buat, wah! meringue aku jadi. Bila telur dah berbuih iaitu betul-betul berbuih aku masukkan gula kastor sedikit demi sedikit. makin menjadi,okay aku suka! sampai la cedokan gula kastor yang terakhir aku nampak meringue aku terhasil dengan jayanya. Kemudian letak sedikit cuka,esen vanila dan tepung jagung. Yeayyy! meringue aku dah bertanduk. 



Tapi! okay ada tapinya.

Saat tengah bakar dalam oven,aku pegi hidupkan api atas bawah,maklumlah oven tu version lama,version murahan,version manual, takde petunjuk suhu,kecewa. usha meringue,kembangnya! suka suka. Sekali atas hangus pasal jarak api atas dengan meringue terlalu dekat. kecewa la lagikan. setengah jam kemudian,bahagian bawah pulak yang hangus. okay,aku redha~






Point utama entri aku kali ni adalah KENAPA MERINGUE TAK JADI?Antara sebabnya,


  • Alatan seperti mixer dan bekas adunan jangan basah,i mean tak boleh ada air sikit.
  • Alatan mestilah bersih dari segala kekotoran.
  • Jangan ada setitik pun telur kuning. *yang mula-mula aku buat bukan setitik telur kuning,bertitik-titik ada,aku ingat ok je,sekali google..no wonder la meringue aku tak jadi.
  • Pukul telur sampai berbuih putih.
  • Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit.
  • Gula kastor tau .
  • Pukul sampai adunan seakan-akan berkilat dan bila angkat mixer tu adunan bertanduk dan bila terbailkkan adunan tak jatuh ke bawah.
  • Sebelum nak bakar meringue panaskan oven around 10 min
  • Selebihnya boleh la google yang lain pula, aku buat sampai meringue jadi meringue yang belum dibakar,hampeh betei.haha..sorry kalau ada tips yang salah,aku baru nak buat meringue,kahkah... ke aku kena beli je pavlova dari buat sendiri?haaa kan

Resepi aku :

Cara nak buat meringue..
  • 4 biji telur (telur putih tau)
  • 1 cawan gula kastor (depend pada korang nak banyak mana)
  • 1 sudu besar tepung jagung (tujuan nak kasi meringue rapuh)
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar esen vanila

Kumpul duit beli oven,ke ada yang nak kasi hadiah?kalau ada saya terima,kehkehkeh~

26 ulasan:

  1. ada kot nanti tuu. hadiah kawin. mihmihmih

    BalasPadam
  2. semangat akak baca setiap baris pasal meringue ni kenapa? tka pernah buat pun, dan setakat ni belum bercita2 nak buat benda ni sebab kurang gemar pun. muehehe tapi payah jugak yer nak jadikkan nyer bertanduk, apa pun, well done.

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak selalu tau semangat,hihi... susah gak pada mulanya,kena ada teknik dia...kihkih

      Padam
  3. buat pavlova memang tak sah kalau tak buat lebih daripada sekali,,
    kene banyak bersabarr T,T

    BalasPadam
  4. ok, nk try buat lah nanti
    harap-harap buat meringue nanti tak tensen jadi meren

    BalasPadam
  5. Cr nk wat simple tp remeh..den tak penah ag wat pavlova,bila la nk rajin ke dapo :-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. weiii,sila la rajinkan diri,please..sama-sama kita buat,haha

      Padam
  6. bab jangan ada setitik pun telur kuning tu yang susah sangat bagi cs. asal pecahkan telur, telur kuning ikut pecah, sah tak ada bakat buat meringue. berapa kali buat fail aje, mcm yang onie katakan tu, macam marshmellow. Time function haritu, cs beli meringue dari m&s je, then decorlah atas dia sendiri. hehe,

    BalasPadam
    Balasan
    1. onie pandai asingkan,cuma tu la...tak ambik peduli dengan sensitiviti meringue,huwarrrr

      Padam
  7. wah..akak buat pun tak jadi... nnt nak cb lagi..tq untuk panduannya

    BalasPadam
  8. akak wat maringue utk kek karamel xde letak cuka or tpung jagung..just letak cream of tar2 sesudu kecil..

    tp nie myb utk pavlova kot ye

    BalasPadam
  9. apala cam byk je pantang larang nye ni... tu yg malas nak buat sendiri tu...hheee

    BalasPadam
  10. lepas ni boleh tunjuk pulak apa jadi pada maringue yang dah siap tu...hhehe

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum, nak tengok yang dah siap punya. hehehhee

    BalasPadam
  12. ok cun. nanti waa buat. hahaha tepung tuh daha nampak macam orang byang pro buat. tahniah tahniah haha

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..