Tips blogging dari Denaihati.com



Hai korang ! Denaihati? Tidak dapat dipertikaikan lagi pemilik ini dapat dikategorikan sebagai blogger otai. Sudah banyak artikel denaihati dijadikan sebagai rujukan pada blogger lain sehingga boleh dijadikan inspirasi pada blogger lain. Cuma saya agak kesal sedikit sebab tidak dapat menghadirkan diri ke SBB 2014anjuran denaihati tempoh hari atas kesibukan bekerja :(


Apa yang ambe tahu, denaihati telah mengeluarkan sebuah buku dimana kandungan pada buku tersebut mengandungi segala tulisan terbaik dari beberapa kategori dengan fokus utama adalah TIPS BLOGGING. Agaknya masih ada lagi tak buku ini? Teringin juga untuk memiliki sebuah buku dari denaihati ini.

Blog : denaihati.com

buku blog  denaihati

Best Micro Blog MSMW 2014 : Instagram Denaihati
Most Creative Blog 2013 : Denaihati.com
Best Personal Blog 2013 : Denaihati.com

Antara tips yang terdapat pada buku tersebut ialah cara membina jenama blog terkenal,pengurusan laman blog,menjadi penulis blog yang bagus dan banyak lagi. Tak dinafikan lagi, buku denaihati ini mampu menjadi sumber inspirasi pada blogger baru atau lama. Cuma usaha dari diri sendiri kena lebih sedikit kan? 

Tips blogging ini dipetik dari entri artikel denaihati.com:-
Link entry: Tips Untuk Blogger 2014
  1. Gunakan tema blog responsive
  2. Wordpress atau blogspot?
  3. Networking
  4. Elakkan iklan yang menjengkelkan
  5. Define your blog


Tema blog responsive? bagi saya ini bergantung kepada pemilik blog dan readers. Sesimple atau secantik mana pun blog kalau susah untuk mereka mengakses blog kita tak guna jugakan? atau mungkin tiada yang berminat untuk singgah ke blog kita kan? Bagi saya, saya hanya mampu mengekalkan blog saya begini dan lebih selesa dengan template yang simple ini.



Wordpress atau blogspot? Dalam list saya tahun ini, saya ingin bertukar pada domain,namun saya belum bersedia untuk domainkan blog saya. Lebih selesa dengan blogspot. Tapi, antara dua platform ini sebenarnya tiada beza pun,cuma kalau nak lebih senang guna wordpress sebab banyak developer untuk mencipta template/plugin. Satu jela, bayar atau free?hehe...


sepetang bersama blogger 2014

Networking? Selama saya berblogging, event adalah tempat yang terbaik untuk kembangkan networking. Bermula tahun lepas,saya banyak dijemput oleh advertiser untuk mempromosikan produk. Selain mempromosikan produk,di situ kita dapat mengenal blogger each other. Serius best ! Sambil kenal sambil hulur bisness kad pada blogger lain. Yang penting,kenal je dengan semua blogger and paling tepat sekali bak kata denaihati.. 'knows the right people'.


Elakkan iklan yang menjengkelkan.... Sentuh bab iklan ni, semakin banyak iklan pengiklanan luar masuk ke malaysia seperti H12, sangat menjengkelkan dan make sure.. Pemilihan pengiklanan ini pun sangat penting kerana imej kita sebagai blogger.


Refer: Membina jenama blog dengan Niche Blog

Define ur blog? ibarat denaihati kata... 'cari niche anda,apa yang anda dan pembaca anda minat?' Actually, sampai ke harini saya pun tak pasti apakah niche blog saya? dan bila blogger lain tanya, i just answer LIFESTYLE,haha... oh sebelum terlupa... Kebetulan 2 3 hari lepas saya ada berjumpa dengan namee dan dia bagi tahu, "mek onie..kamu punya blog banyak cover pasal event kan?"  Homai, maybe lifestyle la kot blog saya ni,hehe... Still searching for my niche blog,huhu... Tapi yang pasti lifestyle lah,haha.



Completekan tips blogging dari denaihati? So,apalagi korang...gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin untuk menjadi blogger yang lebih maju ke hadapan. Kalau dulu tips blogging selalu kita menitikberatkan tentang design blog,jangan pasang lagu pada blog...Kini, saya pasti dan saya yakin... tips dari denaihati adalah yang terbaik dan mana tahu jika kalian menggunakan tips dari denaihati,kalian mampu mencapai beribu komen di entry/artikel seperti denaihati? 


Tak percaya? Meh sini saya listkan 10 entri yang mempunyai komen paling banyak pada tahun 2012/2013 :-

  1. Iphone 4s Gadget Impian Yanmie (3880 komen)
  2. Iphone 4s Gadget Impian Puanbee.com (3580 komen)
  3. Nikon D90 Gadget Impian MJ (3301 komen)
  4. Samsung Galaxy Tab 10.1 Gadget Impian Zulseffort (1681 komen)
  5. Euro 2012 Juara Pilihan Lelaki Kacak (1375 komen)
  6. Macbook Air Gadget Impian Ariff Shah (1138 komen)
  7. Ipad 2 Gadget Impian Hans (1047 komen)
  8. Iphone 4s Gadget Impian Cikgu Naman (950 komen)
  9. Melastik Bintang Usaha Untuk Capai Matlamat (907 komen)
  10. Jadual EURO 2012 ( 860 komen)


Nampak? hampir 4000 komen pada artikel denaihati. Sangat powerkan? Blog ambe paling banyak pun 80 lebih komen je,haha... Tu pun dah teruja,kalau ber k k ,mahu tak teruja lagi saya.. hehe

Selain itu, Denaihati selalu mengadakan contest yang memerlukan komen terbanyak untuk menjadi pemenang contohnya pada contest Iphone. Ingat lagi masa tu, saya ingin sahut cabaran denaihati, tapi saya ni cepat sangat mengaku kalah,haha...Apapun,tahniah saya ucapkan pada pemenang Iphone. Medium contest ini juga mampu mengembangkan lagi networking blog kita. Contoh yang dapat kita tengok adalah pada blog denaihati. Tahniah denaihati, sikap memberi beliau membuatkan blogger lain sentiasa respek padanya. Kena dengan nama blog denaihati juga... 'Hidupkan Untuk Memberi'


Tahniah pada denaihati. Semoga terus menjadi blogger maju dan maju. :D

15 ulasan:

  1. pergh. bile lah nak jadi otai.. bapakgadesh komen belog depa *terbeliak mata
    denaihati ni baik, banyak bagi tips. :)

    BalasPadam
  2. bestnye kalau dapat jd otai blog kan...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. usaha kena lebih sikit ....chaiyokkkkkkk untuk awak dan saya,hehe

      Padam
  3. wow beribu-riban komennye....pasal penjenamaan blog tu pun masih tercari².

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya rasa niche blog kamu isu semasa...cewah... suka hati je,hehe

      Padam
  4. semua atas usaha. malas atau rajin je.

    err, tengah renovate baru ke blog ni?

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum.. mek onie,

    Tips2 yang diberikan oleh blogger denaihati , blogger otai yang dikenali ramai kan. Byk tips yang diberikan. Mselim3 pun tak dapat gi sepetang bersama blogger sebb ada aral kerja . pape pun moga mek onie sukses dalam dunia blogger k.

    mselim3

    BalasPadam
  6. Perghh, nak dapatkan komen beribu tu zaman bila lah agaknya. Kita ni sekadar blogger picisan je. sobsob

    BalasPadam
  7. 80 komen tu pun kira dah banyak snagt dah....

    BalasPadam
  8. mak aii...komennn..byknye! kagum :)

    BalasPadam
  9. akak pun tak tau niche akak ape....kalo org tanya jawap lifestyle jugak

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..