Kenapa mesti blogging?


Assalamualaikum, actually balik dari event terus duduk kat katil,pelepas penat katanya..walhal takde ah plak rasa penat ke apa..Penat borak dengan kawan-kawan, share cerita..ada yang cerita pasal majlis kawen tak lama lagi,ada yang share pasal blogging, yang jumpa pun ada yang baru first meet up then tak rasa kekok langsung nak share cerita,mungkin sebab blogger? 




Boleh tak entri ni taknak letak gambar?bolehkan?





Pernah la jugak,aku fikir...kenapa mesti blogging?kenapa tak kumpul setem ke apa ke kan? blogging jugak ko pilih ! haih... pastu ramai la sembang kencang, dia kata saya blogging sebab duit? homai, memula aku blogging mana nak kenal semua peluang ni,aku ingat blog adalah blog dan aku tak expect pun boleh sampai ke tahap ini. Expectation yang aku maksudkan adalah sumber pendapatan. Tetiba aku sentap bila orang expect yang aku blogging sebab duit dan paling top,sebab nak kejar glamour....kejadah nak glamour,biasa-biasa sudah~





Cerita pasal sumber pendapatan ni,serius aku tak expect pun boleh dapat semua ni even sikit...eh tak sikit kot,kira bolehlah buat beli jajan sendiri,hiks.... mungkin effort kita dalam blogging?dan mungkin ada yang berminat dengan letokeypad.blogspot.com aku ni?haha... Bila peluang ni dah ada depan mata,why not kita grab je kan... masa?of course la kena korbankan sikit. kental pun iye...




berbalik pada tajuk aku tu, kenapa mesti bloggingkan? entah,aku lebih suka menulis kot dari real talk, rasa kalau bercakap dengan orang rasanya agak fail dan aku rasa blogging ni jugak boleh cari networking..taknak ah dalam circle yang sama,taknak bukan bermaksud taknak langsung,tapi aku ni suka berkawan.Apa salah cari kawan reramaikan.Best jugak bila dapat kawan dengan ramai blogger,bukan nak kata... bila dalam komuniti yang sama je kita kenal,rapat dan kawan. Mungkin ada dalam salah seorang mampu mengubah kitakan?  So,dari kawan-kawan yang kita maksudkan tu,kita boleh belajar cara dorang. Tak rugi pun kawan ramai, cuma aku tak berkenan kawan yang jenis ambik kesempatan dalam kesempitan,ish...pantang mak konah weh,haha..harap-harap,peribadi ini boleh diterima diluar sana,hee~



dan~

ada jugak kawan aku ni tanya,ko tak bosan ke cerita sensorang dalam blog?menarik sangat ke cerita ko sampaikan tu?haha...soalan buat aku nak tergelak,tapi takpe...good question.. bosan eh? tak ah jugak, yang bosan ni bila takde idea nak create new post. cerita menarik? depend on individu,rasa boleh terima story aku,okay la....cuma kadang aku ni seorang yang sangat complicated,sebab?aku suka cerita macam tak habis,haha...





Orang kata blogging ni makin lama makin mencabar,aah..aku dapat rasa semua tu... cumanya, pandai-pandai la kawal emosi, kadang ada cerita boleh cerita dalam blog,ada yang tak boleh..tapi,okay what kalau cerita-cerita ni,at least..dari setiap cerita yang korang sampaikan mungkin boleh tinggal kesan positif dan mungkin juga negatif?haha...betulkan?




So,pada yang dah lama blogging tu.....keep it up weh,tayah la senyap je(pesan kat diri sendiri jugak,haha).... panaskan balik blog tu dan pada yang ada blog dan makin maju, aku sokong dan aku happy tengok korang dah berjaya. Tak senangkan nak sampai tahap macam ni even UV dan pageviews tak kencang?haha... pageviews sape tak kencang mek?ehhhh....ofkos la pageviews saya,haha..... entah bila nak cecah rekod ni,emmmm...



emm i can do anything as long as i have the passion,the blogging,the focus,the business and the support right? Even cooking pun sometimes boleh jadi passion saya,why not untuk go on je kan,terus je memasak,belajar...tapi emmm emmmm, selalu busy,tak sempat nak masak,Furthemore, my mum always conquer the kitchen,so aku pun,emmm okay okay..kena booking dulu ko tau,haha




So far, aku start blog since june 2010, bulan 6 ni cukuplah 5 tahun dan aku tak boleh lawan red mummy!ahak... So,pada yang sentiasa berfikiran negatif dengan blogger ni,lebih baik korang kenal dalam-dalam dulu k,hik...korang try masuk dalam dunia blogging,hehe....fun gila ! Keep it up guys and girls ! 



Happy blogpost! Rindu nak blogwalking kat blog kengkawannnnnnnnnnnnnnn..entri ni bukan entri kencang apapun,just telling the truth and making someone cry is better than telling a lie and making someone smile and now,i like to ask anyone yang pm aku untuk buat blog, the first one,i ask ko buat blog sebab apa?kihkihkihkih dan aku nak tanya kat blogger,blogging ni fun gilakan ? korang(blogger) pun mesti ada je rasa macamni kan,alah...cool je...as long as kita suka ^_^


wasalam~
p/s: cuba kira berapa banyak kali aku 'haha' :P

15 ulasan:

  1. biarkan apa orang kata..blog memang best..diaorang tak rasa apa yang kita rasa..

    BalasPadam
  2. Blogging = passion.

    Mengikut observation ary pada diri ary, ary akan lebih intend untuk blogging bila ary tak tahu nak cerita atau kongsi ilmu dengan siapa. Ibaratnya, blog adalah tempat kedua untuk express things in mind and soul, other than friend.

    BalasPadam
  3. biasa yg ckp mcmtu sbb depa bkn blogger..depa xtau pe tu blogger hahaa..mmg ckp sengsorang sbb menaipkn..xkn menaip ckp reramai plak hehee..jap! onie ingat kita kenai bila?? agak2 blh #throwback heheee..lama dah kenal onie ni so far xde yg mnjgkel kan pn..lg bgga dgn onie adela blh smpai ke tahap skg yg diimpikn oleh smua blogger yg ade target ^_^ happy bloging onie aka meaw :)

    BalasPadam
  4. kalau dulu akak anggap fb lebih seronok, tapi lepas akak terjun dalam dunia blogging akak terus jatuh cinta dan setia menaip sehingga ke hari ini. Blogging bukan sebab duit pun, sebab mula2 join blogging tak terfikir pun boleh dapat duit, seriously! hehe.

    So, mek onie keep doing what you love most dan keep sharing the good side so that people will finally appreciate your effort. Happy blogging (^_^)

    BalasPadam
  5. Sangat suka entry ni !! Seriously. Bila orang tahu yang kita ada blog which is kita ni blogger terus pandang kita ni blogging sebab duit. Hish. Apa kau ingat idea tu datang bergolek sebab duit. Idea itu datang dari hati dan otak yang cergas. Ehhh tetiba. Okay stress. ^^


    BalasPadam
  6. template blog rosak. byk widget x keluar . ruang komen,iklan, etc x kluar. refresh pun still x keluar jugak. ah, rasa down dah nie. mcm nk delete je terus blog tu wakaka

    BalasPadam
  7. Hehehe. saya blog sebab suka-suka, pada asalnya la kan. dah orang bagi peluang, kita grab je la. kan mek onie. Kencang sembang semalam, bila lagi nak lepak2 camtu. hehe

    BalasPadam
  8. Blogging ni sebenarnya macam nak luahkan perasaan. daripada luah kat manusia yang tak pandai mendengar dan memberi nasihat, lebih baik bercerita melalui penulisan. ye dak? Lagipun fana blogging dulu macam menulis diari tp dalam bentuk elektronik. Sekarang ada rezeki, kita grab aje. Sebenarnya lagi suka bila berjumpa dgn kawan2 blogger. Macam2 benda kita bleh share! This is what we called community. Keep it up girls ! ;)

    BalasPadam
  9. blogging boleh beri kebebasan kepada kita untuk tulis apa sahaja yg berkenan dan tidak berkenan di hati....ehh

    BalasPadam
  10. yatt member semua support.. tak pernah pulak tanya soalan pelik2..hehe.. tapi suka blogging sebab dapat ramai kawan :)

    BalasPadam
  11. wah. betul.. kawan2 selalu je ejek. "buakpe doh tulis blog ajet ade orang baca" depa x rasa apa kita rasa. bestttt...

    BalasPadam
  12. suka berkawan sbb tu ber blogging..:)

    BalasPadam
  13. Salam perkenalan... Kenal awak dari blogger hazanis atau mek cah hehehe...

    Peduli ajelah apa orang nak cakap janji kita buat untuk kepuasan kita sendiri ok.

    BalasPadam
  14. mula-mula suka2 la ni dah ketagih hehehe.....

    BalasPadam
  15. Memang cool je.. dengan cara menulis adalah terapi untuk diri kita yang tak mahir meluahkan perasaan dengan verbal

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..