Resepi Makaroni Bakar.

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca blog Mek Onie. Sungguh saya memohon maaf kerana bercerita hal resepi di malam hari,hahaha... Kali ini saja je nak kongsi resepi yang tak seberapa dari aku ni. Resepi ikut suka hati tekak aku,kehkehkehkeh.




Sape penggemar makaroni bakar di sini?  (aku: angkat tangan,haha) . Kalau diberi nasi dan makaroni,aku pilih makaroni dulu,nasi tu kemudian. Oleh kerana aku ni kurang berselera dengan nasi, aku yakinkan perut aku dengan makanan sejenis makaroni ni haaa...yang tu la aku paling berselera dari banyak-banyak makanan.. So,kali ini aku mencabar diri ini untuk berkongsi resepi yang level 1 ini dari aku,huhu..



Bahan-Bahan:

1 biji bawang merah dicincang halus
3 ulas bawang putih  dicincang halus
Sayur campur ikut taste masing-masing
1 biji lada bengala 
1 paket Daging kisar  (brand kimball)
1 paket makaroni (direbus dan ditoskan)
3 biji telur 
3 batang hot dog didadu kecil
1 tin sos kimball ikut citarasa masing-masing
Sos cili
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa.
Cheese 




Caranya:
  1. Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan  ,aku lebih gemar rendam bersama minyak dan garam yang bertujuan supaya makaroni tidak melekat dan garam pula adalah untuk dia meresap rasa masin lebih awal. 
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan daging kisar dan biarkan sehingga masak. Masukkan 1 tin sos kimball dan air sukatan bekas sos kimball. Masak sehingga mendidih. Masukkan sayur campur,lada bengala,hot dog serta makaroni. Jangan lupa garam secukup rasa dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau.
  4. Panaskan oven pada suhu 150C dan sapu mentega pada loyang. Masukkan makaroni sedikit demi sedikit dan tabur serbuk lada hitam serta parutan cheese  dan bakar pada suhu 150C hingga 30 minit (bergantung pada oven masing-masing)
  5. Siap!!! Resepi anak dara,kahkahkahkah.


Pasni aku nak try resepi dari che mat (dapur tanpa sempadan) . Macam best je resepi che mat tu,hihi... Jejaga che mat, kita nak try nanti,hik... Sorry la korang,resepi aku ni sangat keanak-anakan,malu sebenarnya nak share resepi sendiri yang tak seberapa tu,huhu. 

Selamat Membakar makaroni tau korang. Kalau ada link makaroni bakar lagi,share la...aku ni tekak makaroni je,haha...

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com




23 ulasan:

  1. mek oni.. mintak sikit.. nak rasa chec oni masak..

    BalasPadam
  2. adehhh...tengah2 malam ni la boleh baca entri pasal makaroni bakar...ang kejam onie ! Laparrrrrr...HAHA

    BalasPadam
  3. memang nampak tempting betul makaroni bakar ni...boleh pos tak ? hee

    BalasPadam
  4. Sila masakkan untuk kita , pleaseeeeeeee. *sambil buat muka kucing* :P

    BalasPadam
  5. sedapnya,dah lama tak makan makaroni...nyummy

    BalasPadam
  6. Salam kenal, follow sini :) wah sedapnya, boleh cuba ni.. ^^

    BalasPadam
  7. assalamualaikum onieeeee. kita suka gak macaroni lama tak makan sejak dah bersalinkan Adam. heeee terliur tau. nak.cuba buat takda oven pula. hahahahaa onieee sila post ke rumah kita :p

    BalasPadam
  8. time tgh lapar la g tgk resepi onie ni. arrrrrrrg.

    BalasPadam
  9. NYAMNYAMNYAM....
    MEH BAK SINI SIKIT...HEHE

    BalasPadam

  10. Dahla petang-petang ni macam ni di office mamng lapar, menggoda betul makaroni bakar mek onie :)

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..