BR1M 2015 : Kemas kini maklumat pemohon


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,semoga semuanya sihat belaka. Oh ya,sudah hampir ke penghujung tahun dan sudahkah anda (pemohon BR1M) menerima surat dari Kementerian Kewangan Malaysia tentang "BR1M 2015 : Kemas kini maklumat pemohon" . Jika ya,jangan lupa untuk mengemas kini mulai 1.12.2014 supaya setiap permohonan anda semua diproses dengan sempurna.






Untuk makluman anda semua, pendaftaran BR1M 2015 ini bermula pada 1.12.2014 sehingga 31.12.2014 di website BR1M LHDNM ( https://ebr1m.hasil.gov.my/ ) atau dengan menggunakan borang permohonan bantuan rakyat 1Malaysia BR1M 2015 (BK-01) dan dikembalikan ke mana-mana cawangan/Pusat Khidmat/UTC LHDNM. Setiap pemohon hendaklah mengemaskini semua maklumat peribadi seperti:-

  1. Maklumat pasangan/tanggungan
  2. Alamat terkini pemohon bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan surat.
  3. Maklumat akaun bank pemohon.
  4. Pemohon di bawah kategori isi rumah dan warga emas diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.

Merujuk perkara di no.3, pembayaran BR1M 2015 akan dibayar sebanyak 3 kali setahun. Oleh itu, pemohon perlu mengemukakan akaun bank yang tepat bagi memastikan bayaran dapat disalurkan terus ke akaun bank.


Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi ke talian bebas 1-800-88-2716 (LHDNM) atau talian 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan Malaysia) . 

Terima kasih,semoga menggunakan duit yang diberikan dengan sebaik mungkin dan adakah barang keperluan dinaikkan lagi?hmm

12 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..