Tempat Makan Steamboat Paling Sedap - Pak John Steamboat & Yong Tao Foo



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Esok selasa dah eh? choiiiiiii,cepat gila.. aku rasa macam baru hari ahad,haha..Sebelum aku bagi mukadimah lagi panjang, ingin aku bagi tahu bahawasanya entri ini bakal penuh dengan gambar, 30 gambar dan semoga anda anda semua tidak sakit hati dengan aku..aku mohon tu,miahaha.. sebelum tu juga, aku adalah seorang bukan peminat steamboat dan dah lama gila tak makan steamboat kerana aku bukan peminat steamboat (haha),tapi ! ok ada tapinya, disebabkan seorang blogger iaitu halim brothers memperkenalkan restoran ini. Aku pergi untuk mencuba dan aku tak menyesal. Sikit pun tak. Cumanya menyesal bab parking,maklumlah kat e-curve ada parking,aku pergi parking kat ikea..suka parking jejauh ni. (padahal tak jumpa parking e-curve tu tang mana,haha..malu sajoooo)


Perasaan dia eh?

Mula-mula aku sampai restoran Pak John ni aku tengok,wowwww banyak gila meja kosong,time tu pukul 6.30 tak silap aku. Bila sampai 7.30 hingga 9 lebih malam... kesemua meja hampir full baq angggg! Gila tak gila aku kata. Femes jugak restoran ni. Pastu,sesampai sana je terus cari Kak Nannie Isa. Time tu aku lupa muka halim brothers macamana,muahahaha ( kejam tak statement?) Bila dah jumpa kak Nannie Isa terus tuju meja makan. Meja kita orang ada 2 tempat steam yang dilengkapi dengan tempat grill.  Satu jela aku nak cakap, makan steamboat kena banyak sabar,sebab kita yang masak sendiri. Tapi okay apa,puas!


Jawapan yang ramai orang nak tahu.

Harga.
  • weekday adalah RM36/person 
  • weekday adalah RM39/person. 



Cawangan.
  • E-curve,Mutiara Damansara
  • Wangsa Walk,Wangsamaju

 Sedap tak makanan dia?
  • Gila tak sedap. Mestilah sedap!!!! dan memang kena dengan perut aku.

Di sini korang tak perlu risau,semuaaaaaaaaa boleh makan.. paling best dapat makan.
  • Australia Beef Slices
  • Smocked Duck Breast Slices (Paling sedap!)
  • New Zealand Lamb Slices
  • Smoked Abalone Slices (Pun Paling Sedap!)
  • Chicken Slices

Untuk makanan di atas ini (Premium Product), mereka tidak sediakan di rack self-services kerana makanan di atas perlu di simpan ditempat yang sejuk dan segar. Jika anda mahukan hidangan tersebut,jangan lupa minta di kaunter di dalam restoran tersebut. Harga takde lelain,sama je dengan korang bayar rm36/rm39 tu.. no worries,di sini semua boleh makan dengan sekali bayar. 


Nasi,mee dan spaghetti pun ada. Rasa nak western sikit tekak tu,silalah capai spaghetti. Sedap! sebab ada lala,auwww.. kegemaran kot.


Siap sedia untuk tatap gambar,kihkihkih.


Restoran Pak John Steamboat & Yong Tao Foo





Sesampai sahaja staf di sana akan bagi menu soup, korang pilih je nak yang mana. 
Kalau tekak nak pedas aku recommend ambik yang curry soup tu. Kalau
rasa nak smooth,cool cool je makan..aku sarankan korang ambil miso soup. Miso soup 
tu ada campuran seaweed,hehe.. Sedap.

Antara 3 menu soup lain adalah:
- Beef Bone Pepper Soup
- Tomyam Soup
- Chicken Soup






Sesambil makan,sesambil layan live band akustik la uolssssss.. baru la fefeeling omputeh.. 
Suara sedap,lagu sedap.. Nak tuju lagu,nak mintak lagu semua boleh,mintak je nak
lagu apa, rugi aku tak mintak lagu hindustan haritu,haha..

Live Band Akustik : @voxscapemy
From: 6pm-10pm
Weekend Only!
Band ini akan ada pada weekend sahaja, so kekalau pegi makan sambil nak layan muzik
akustika deme aku saran pegilah weekend. Sedap woooo suara,jatuh cinta saya,muahaha


Curry Soup

Disebabkan aku tak makan pedas,aku try 3 sudu je kuah dia, tapi rasa dia still sedap.
Sape tekak pedas boleh la order yang curry soup ni,hehe..



Miso Soup

Haaaaa,japan sungguh namanya,hehe... maklumlah, bahan dia terdiri dari rumpai laut.
Yang ni la aku cakap,rasa dia smooth je, takde pedas takde tawar. Dia punya rasa tu mampu serap
ke dalam makanan-makanan tu haa..



Antara lauk pauk yang aku pancing. 
Telur puyuh wajib cekau ! 
Hot dog pun.
Udang wajib la cekau juga,hehe..



Sauce paling sedap adalah sweet sauce. Disebabkan tekak aku ni tekak manis,makanya
aku cekau sweet sauce,mihmihmih..Ada gak sos belacan,sos pineapple,ginger..i tot u haaaaa,rasa sos dia adalah asli .



All self-service. 
Silalah rerajin bubuh air sendiri,banyak mana nak minum pun minum la awak.






Nak waffle atau kaya balls? jangan risau staf di sana boleh bagi aih... ingat eh, semua boleh makan dengan sekali bayar rm36/rm39 tu haaaaa... 


Kekalau anak nangis ke, mohon la acik-acik bagi aiskrim eh...Acik-acik pun
mesti sukakan dengan aiskrim ni?hikkkkk... nak berbatang-batang makan pun boleh...



Wajib la ambil.



Corn cup


Buah-buahan


















Yang ni sedap !!!!!!!!!!!!!!!!












Semua happy dapat makan,muahahaha... 
bersama kak meeya techik, kak nannie isa dan adik onie,acecececey.. 
Tak lupa juga, ada seorang jejaka iaitu halim brothers.


Pilihan banyak wei,rugi sape tak try sini.


Mek Onie makan tanpa kisah dengan tudungnya. 





Sebelum aku mengundurkan diri, aku tak benci pun Pak John,malah aku sayang Pak John pasal 
dia naikkan selera makan steamboat aku ! So,ada yang sudi nak belanja kita tak next time?hahahaha... 




Paling best adalah ini. Kaum wanita, kita sangat beruntung tau, sebab ada ladies day...gilalah...sayang pak john ! Student pun jangan nak sedih sangat,korang punya lagi best! Diskaun 30%,nyampah...ni yang rasa nak jadi student balik ni,huwarrrr...

Sekiranya anda semua ingin bersteamboat, janganlah lupa singgah Restoran Pak John
seperti di alamat yang tertera di bawah ni haaa...Aku first time pergi dan inshaAllah akan repeat lagi nanti. Harga sangat reasonable. Korang jangan lupa try k ! Selamat bersteamboat! Muah :D

Waktu Beroperasi: 11am-10pm


KUALA LUMPUR
Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tao Foo
Wangsa Walk Mall

Lot GL-02 & FL-02,Wangsa Walk Mall,
Wangsa Avenue,
No.9,Jalan Wangsa Perdana 1,
Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

Tel: 03-4141 8898


SELANGOR
Restaurant Pak John Steamboat & BBQ eCurve

Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor,eCurve
No.2A,Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya.

Tel: 03-7733 3913


More details:
Website: www.pakjohn.com




Pada saya: 
1. Makanan semua best-best dan banyak pilihan,lebih 100 makanan ok  !
2. Servis pun best,macam saya mention atas tadi..very helpful and friendly !
3. Re-visit? Wajiblah terjah lagi nanti ! hehe..nak ajak family pulak ! 
4. I Love You lah Pak John !

Salam sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

11 ulasan:

  1. mygoddd. bestnya. camane ak tak tahu tempat steamboat nim. hohoho kena pegi ni one day nanti.

    BalasPadam
  2. Bilalah ena dapat melantak kat sini. Serius ena suka sangat steamboat

    BalasPadam
  3. oh mai oh maaaiii. kenapa ramai sangat blogger pekena pak john bulan nih?? adoi

    BalasPadam
  4. iniii mmg menggugat hati makbuyong btui2 la hahaha. tringin giless

    BalasPadam
  5. Rasa nak pergi try rasa makanan buffet kat sana plak..

    http://www.adarain.com/

    BalasPadam
  6. scrol bawah cepat cepat.. bergoyang perut tengok gambar steamboat

    BalasPadam
  7. menggugat betul la entri kak onie ni.haishhhh!
    nak kena terjah ni nanti.tunggu laaaa!hehe

    BalasPadam
  8. Dah berapa kali telan ayaq liur dari 1st word baca hingga ke akhirnya...aisshhh, tak leh jadi nih

    BalasPadam
  9. mdah kenyang makan steamboat ni..hehehe...memang best dekat ecurve

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..