To all sponsored post and readers : Gambar di blogspot hilang

Assalamualaikum dan pagi. Wah,harini bangun awal semata-mata nak menaip entri ni. Lelagi untuk entri sponsored post,rasa bersalah pun ada sebab sejak semalam kebanyakan gambar yang ada dalam entri sponsored post mahupun entri daily life aku hilang. Bila checking balik,cari punca sebenar, google sebab apa. Barulah faham. 


Gambar hilang dan ada keluar simbol error macam ni.


Rasa macam nak menangis pun ada, yelah. Ingat senang ke nak reupload balik gambar-gambar yang ada kat entri?? nak kena cari balik,then upload ikut susunan yang betul. Tambah risau lagi,bila gambar dekat entri sponsored post hilang, InshaAllah aku akan cuba untuk reupload satu persatu dan design blog pun habis hilang,lulz.. tahniah mek tahniah.



Antara punca kenapa gambar di blogspot hilang adalah:-
  • Telah tukar setting di akaun Google+ atau di Picasa web telah ditukar
  • Terdelete gambar di akaun Google+
  • Telah menukar akaun setting album blogspot kepada not shared
  • Telah mansuhkan akaun gambar Picasa dari smartphone

Ini adalah salah satu punca kenapa gambar di blogspot hilang dan aku pun tak pasti masa bila aku tersalah tekan mana-mana setting,Allah :(



Semoga semua penaja blog ini harap bersabar dan kepada semua pembaca blog aku, aku cuba yang terbaik untuk reupload balik,yelah weh.. baca tanpa gambar bosan jugakkan? Segala entri berkenaan produk atau tips di blog ini akan aku sedaya upaya upload semula gambar yang ada dalam entri tersebut supaya pembaca faham apa yang aku nak sampaikan. Next time, penggunaan google+ untuk gambar akan dikurangkan. Maklumlah, gambar dari google+ iaitu google drive tidak bertahan lama sebenarnya dan aku dapat tahu semua file yang ada kat picasa habis terdelete dan sejak bila aku delete pun tak pasti, rasanya takde salah tekan mana-mana file,hmmmmmmm...



Semoga permasalahan ini dapat diatasi secepat mungkin.
Rasa bersalah sangat pun ada ni.
Blog pun habis togel dah tanpa apa-apa design. :(
Adakah sudah tiba masa untuk aku bertukar ke domain sendiri?
Kalau ia, apakah domain yang terbaik dan berbaloi?

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

20 ulasan:

  1. xpe, slow slow upload balik mek onie .

    BalasPadam
  2. Dah masa tukar domain kot Onie. Takpela pelan pelan kayuh ye. :)

    BalasPadam
  3. patut la smlm masa kak eyza bw blog Onie tgk xde gambar.. sabar yer Onie.. pelan2..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum onie.. agak dah.. onie kena macam sheila. habis post2 dulu semua takda gambar. sadis gila.. malas nak re-upload balik. letih oiii. nasib baik bukan sponsored post. ngeee.

    BalasPadam
  5. Nani pernah jugak jadi gini mek. habess semua hilang. lepas tu dah tak tahu nak buat macam mana nani suruh ornag yang buatkan. heeee :D

    BalasPadam
  6. mek..tiba masa untuk mu upgrade domain..exabytes best....customer service terbaik...for now.. :)

    BalasPadam
  7. tukar la kpd mekonie.com .rasanya domain tu xde org amik ag :) ehhe

    BalasPadam
  8. save dlm file dulu pix tu,baru upload semula dalam blog,baru pix tu x hilang...akk pun pernah kena macam ni dulu...

    BalasPadam
  9. Pernah kena macam ni untuk entri lama.

    BalasPadam
  10. 2 tahun lepas BBL tersalah delete album picasa - semua gambar dalam blog ada dalam telefon sebab connect dengan acc google. punya rimas tengok album tu terus delete dari telephone & semua pic dalam blog terpadam. bila tengok balik rasa nak menagis nan hado tapi waktu tu newbie blogger so tak kisah sangat.. solutionnya jangan guna sangat google drive. terus upload pic dari folder dalam lappy ke blog.

    thats all.

    BalasPadam
  11. Akk pun pernah jd cmni.. semua gmbr dlm blog hbs hilang.. mmg xblh buat apa, nak tak nak kna upload balik.. huhu.. sabar yea onie..

    BalasPadam
  12. Uihhh kalau MJ pun nanges gak ni..

    Hopefully cepat selesai masalah ni ye...
    Sabo bebanyak :D

    BalasPadam
  13. Sabar ye kak mek onie.. ena dulu pun pernah terkena sebab delete gambar kt picasa album. Memang merasai apa yang kak mek onie rasa sekarang. Becareful afta dis

    BalasPadam
  14. Oh itu ke sebabnya? Nad punya entry lama lama ada jugak jadi camtu tapi sampai sekarang still taktau hmm

    BalasPadam
  15. sabar ya semoga segera ketemu caranya yah...

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..