Cerita Hantu Malaysia


25.12.2014 seorang mek onie masih lagi gigih melayan cerita hantu di panggung,nasib baik ada bff tolong teman dan kalau nak tahu,bff aku ni memang yang tak berani nak layan cerita hantu-hantu cenggini,ni baru cerita hantu malaysia,kalau cerita hantu siam mahu dia keluar panggung tinggalkan aku sorang diri,haha... Terima kasih afiah sayang! Dengar kata cerita hantu siam nak keluar tak lama lagi,adakah aku akan ajak kau lagi afiah?haha..


Disebabkan dari trailer dia tu agak GGGGGEEMMMMMPAK,aku dengan gigih level 310% aku pegi beli tiket perabis duit demi cerita hantu. Oh,aku memang kaki wayang cerita-cerita hantu ni wehhhh.... 

*masa aku menaip ni,hantu kat bawah ni tengok je aku ... kahkahkah! cuak sekejap.. dan aku terpaksa delete sekejap gambar bawah ni supaya konsentrasi aku semasa menaip tidak terganggu -..-"








Review aku pasal cerita ni?

Patut ke aku review eh?haha...okay-okay,taknak la kedekut ilmu (motif?). Nanti hantu atas ni marah pulak aku tak review kisah dia. Kang dia kacau aku naya kang!haha.. Ni review seikhlas sejujur aku eh. 


Cerita Hantu Malaysia ni mengisahkan 3 cerita dalam satu filem di mana cerita ini bermula dari asrama berhantu kemudian pemandu bas ( tak ingat tajuk cerita yang kedua) dan jalan mati. Ketiga-tiga kisah ini mempunyai kisah yang tersendiri dan memang ada kisah benar disebalik cerita ini.


Namun, jalan ceritanya bagi aku agak hambar jugak sebenarnya dari aku tengok trailer. Entah, mungkin ceritanya terlalu padat tapi masih menimbulkan persoalan atau mungkin aku rasa cerita hantu malaysia masih tidak menjadi? Tapiiiii, aku still tutup muka jugaklah even aku cakap cerita ni agak hambar,choiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :P



Ada sape dah tengok? okay, aku bagi 2 bintang sahaja. Minggu ini agak hambar, mungkin minggu depan boleh pertingkatkan lagi usaha anda? dan aku agak kecewa sebab aku laburkan duit ke arah filem ini,haha... *jujur gila bhai (k,ni tak lawak mek!haha.. ni bukan rancangan maharaja lawak k?bhahahahaha)


Pendek je review aku, btw...aku baru je sampai selangor ni haaa, 4 hari berkampung dikelantan bantu pulihkan rumah tok nenek serta saudara mara yang terlibat banjir. Nanti aku cerita bab banjir-banjir ni k. Semoga masa aku cerita,otak aku fresh dan aku rasa takkan lupalah!!! sebab bah kali ni adalah bah yang teruk berbanding bah merah berpuluh-puluh tahun yang lepas. (atok aku kata). peha aku pun rasa nak tercabut,kau bayang 2 hari duk sental rumah dan pinggan mangkuk?kekurangan tenaga dan pengalaman paling bermakna,sekian terima kasih. jumpa di entry yang lain pulak,krohhhhhhhh... penat~



Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


14 ulasan:

  1. Huuuu... Seram okk.. seram ok cite ni.. :3

    Sampi tak keluar hantu macam dalam poster....

    BalasPadam
  2. memang hareem lah kita nak layan hantu hantu ni. hahahah
    penakut sangatt. kang mula ah terbayang bayang. bhahahha :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. cehhh... tak best ahhhh! baru nak belanja tiket wayang cite hantu..hahah

      Padam
  3. hahha..memang tak layan la..kalau pergi tutup mata je..ahaha

    BalasPadam
  4. Naseb tak minat cite hantu ! Hahahahaha.

    BalasPadam
  5. cite hantu terlatest yg sy tgk dekat wayang, kawan aku mati dalam rumah sewa. ke apa ntah tajuk dia. hantu komedi. mesti suram eh hall ? hahaha. mmg x la nak tgik cite hantu Melayu lagi di panggung.. mcm pembaziran pulak. wakaka

    BalasPadam
  6. fuyoooo. dh tukar template! cantikkk! Tulisan kecik sikit. hihi.

    Scha dh insaf taknak tngok citer hantu melayu. habis duit dan masa den. haha

    BalasPadam
  7. nanti la nak pergi tengok cerita hantu ni

    BalasPadam
  8. ok...akk da tgk da blog onie gne lappy..hehe..cantik!

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum onie, sheila suka tengok cerita hantu omputih. hehehe. ehh cerita sikit pengalaman balik kampung ritu. nak tahu... Allah.. sebak pula fikir semua orang tengah gigih bersihkan rumah masing2 daripada banjir ritu T_____________T"

    *blog semakin lawo, suka suka ~~~

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..