Kencing Berdarah + Negatif Denggi



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yeayyyyy esook isnin dan emmm tak sabar nak cuti. Ikut planning, raya cainis ni nak balik kelantan,tapi entahlah.. adik yang dekat maahad cuti pulak, so kena ambil dia.. jadinya dilema la kan nak balik kelantan ke tidak sebab cuti maahad dengan sekolah lain tak sama. Nasib baik dekat kuala selangor je,kalau dekat johor,haaaa...naiklah bas ye abang cik,haha..Tapi abang cik ni orangnya pemalu, tak macam kakak dia, bergaul dengan ramai manusia. Sapela kakak abang cik tu kan,wakakaka..*tetiba



Kisahnya, pada entri kali ni.. ceceiiiii.. bajet cerita hikayat ke amende ni mek weh haha..alhamdulillah,baru je sihat demam. 2 minggu lepas demam on off.. last-last, 2 minggu lepas aku cuti 3 hari pastu sambung lagi cuti 2 hari minggu lepas. Ada satu hari aku pergi kerja, well...sekarang aku pergi kerja pun rasa nak muntah,bhahahaha...Aku p kerja dengan harapan masa tu konon-konon dah okay lah kan,sekali... tido je sepanjang hari,wahahaha.. Aku tatau la apa yang membuatkan aku ngantuk sangat ,nak kata telan ubat batuk tidak pulak..dan petang sikit badan dah mula panas balik,choiiiiiiiiiii... 



Pastu esokkan aku whatsapp je bos aku tu, 'emmm... i tak dapat bangun harini... ' senang tak ? haha.. aku pergi klinik pun doktor yang tanya, nak mc ke?emmm,tak payah la doktor, saya ni kerja biasa-biasa sahaja,tayah ada mc pun takpe,wahahaha... 



minggu pertama tu aku tak sempat (jilake ayat tak sempat,puiii..haha) pergi klinik,aku ingat ala..pening-pening biasa sahaja... makan panadol 2 3 biji,air 100 plus sebotol pastu tido... aku ingat ok la kan,wakakaka... bajet gagos...



Dan bila minggu kedua aku pergi klinik, taraaaaaaaaaaaaaaaaa! doktor bebel kat aku sebab aku ni bagus sangat sebab tak pergi klinik... hewhewhew...makan dalam sungguh tau that time,kih! 


'Siti Auni Afifah Bt Ghazali sila masuk'


Tak suka aku dengar ayat tu, huwarrr... pesen aku ni, nakkkkk tu naakkkk pergi klinik ..tapi aku ni memang ada satu penyakit iaitu aku troma dengan klinik dan hospital,bhahahaha.. Okay,masuk,salam doktor ( kalau laki aku senyum manja jeerrrr) then duduk.. 'Haaaaa,awak kenapa...' time jumpa doktor la kena jujur wei, ko rasa ko sakit gigi ko cakap,ko rasa ko sakit bahagian perut ko cakap.. Sebab doktor bukan diri kita. Doktor still manusia biasa. Tidaklah engkau duduk di kerusi doktor terus tahu kau sakit apa ye dok?wakakkaka..



Skip cerita



Lepas test darah, alhamdulillah negatif denggi. Sebab area perumahan aku ni banyak gila kes denggi dan demam aku pun lama gilakan,tu yang terus buat test darah . So,negatif.. Alhamdulillah negatif. Kalau tak memang cipta rekod ah,every year je masuk hospital,haha..i is kenot go derrr masuk hospital. Troma troma.. 



Negatif Denggi



Next!



Urine test! Time keluar toilet bawak tabung tu ada 2 abang kat ruang menunggu dan emmmm.. segan la orang pandang macam nak cari gaduh, huwarrrr...masuk, hulur tabung kat doktor...emmm.. terus dia cakap, macam ada something je air kencing awak ni.







Lepas doktor dah cek air kencing aku, dia ambik strip yang dicelup dalam urine dan compare dengan benda ni ...mula aku tak faham,amende la kaler-kaler banyak ni,amende la doktor baca kat kaler tu,hahaha... Rupanya,alat ni lah boleh cek samada ada darah ke tak kat air kencing tu,ada sel darah putih ke tak,ada gula ke... Bila kat strip tadi yang dicelup dalam urine bertukar kaler... doktor boleh tahu dari urine test tadi..



Result dia, kencing berdarah.. yang doktor tunjuk kedua terakhir kencing aku teruk *based on color. So,aku macam tak expect la benda ni kan. Takde rasa sakit masa buang air kencing atau aku tak perasan kesakitan tu,huhu... Ikutkan keadaan diri ni, aku ada jugak tahan kencing,huhu... dan tahan kencing ini antara sebab utama boleh terjadinya kencing berdarah ini. Cuma, dalam kes aku ni.. secara mata kasar memang tak nampak pun darah pada air kencing dan untuk pengetahuan korang, darah ni ada dua keadaan pertama boleh nampak dengan mata kasar,kedua tak boleh nampak dan darah ini dipanggil hematuria... Kalau rasa air kencing korang tu dah setaraf air ribena yess korang memang wajib jumpa doktor!



So, aku tanya doktor..kenapa boleh jadi macam ni?

  • Pertama, jangkitan kuman
  • Jangkitan kuman ni boleh berlaku apabila mikroorganisma memasuki bahagian saluran kencing sehingga mampu membiak dan boleh menyebabkan keradangan pada saluran kencing.
  • Disebabkan pembiakan kuman ni juga boleh merebak ke organ-organ kencing seperti pundi kencing, ureter dan boleh menyebabkan sakit buah pinggang..
  • Kes ini kebiasaannya, golongan wanita mudah terkena kerana ureter(saluran kencing) dan urethra adalah kawasan dekat.
  • Tahan kencing
  • Kurang minum air
  • Senaman berat


Rawatan yang doktor suggest kat aku adalah:
  • Banyakkan minum air. Kalau boleh 2 liter sehari.
  • Makan ubat yang disediakan seperti ubat lawas kencing
  • Jangan tahan kencing
  • Jaga kebersihan bahagian Miss V.
  • Berjumpa doktor untuk susulan seterusnya.


Alhamdulillah, buat masa ni keadaan aku okay je.. Tak seteruk yang ampa sangkakan,hehe..cuma aku perlukan rehat... tak boleh nak menggelumpur cari duit sangat sampai kesihatan pun lupa nak jaga,haha...mek mek, aku ni kadang degil jugak orangnya, kerja kerja cari duit sampai lupa nak jaga diri sendiri,lulz.... Umi abah aku pun pesan,bff aku pun pesan..jaga kesihatan.. kerja kerja jugak, kesihatan jangan lupa...haha... yelaaaaa ingat~


So,planning nak tukar kerja ada.. tapi rezeki je belum berbelah pada saya,awak ada kerja kosong tak?Sebab kerja sekarang memang membuatkan aku lesu,murung,letih,terpaksa jadi hati kering sepanjang hari tapi gaji okay,dekat dengan rumah..cuma...


Okaylah tu je..Selamat Malam.
Dah kira hari cuti ke uolssss?

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com



7 ulasan:

  1. adeh..samalah kite suka tahan2 kencing ni

    BalasPadam
  2. Silalah jaga kesihatan awaaaa tu , kita punya laki ritu suspek denggi. Pening palo den. T_T

    BalasPadam
  3. mesti brader tu kata ape benda la dia ni lama sangat haaaaa

    :p

    jaga diri kesihatan mek

    BalasPadam
  4. mek onie oihh naseb ang tak kena denggi..fuhhh..
    tapi bab kencing berdarah ni menakutkan kite sebab rajin tahan kencing plus kurang minum air..
    ok la pasni kite janji tak tahan kencing lelama..and rerajin minum air..huhu

    take care onie. ingat pesan doktor tu tau..

    BalasPadam
  5. Just stop by here then baca your entry :'D kesiannya dia . luckily tak ada apa apa. now pula mmg musim denggi. anyway take care. am gonna follow you! followed ;)

    BalasPadam
  6. suka jugak tahan-tahan nie hehehe tak tau boleh bahaya huhu. take care mek

    BalasPadam
  7. nasib je tak kena denggi... kalau tak masuk hotel tu... tapi kencing darah ni pelik pulak... jangkitan kuman yer... takut takut ada batu karang jer... hati hati tu... memang betul kena minum air banyak.... negara kita tak kurang air... bagus minum air bertapis sebab klorin pun boleh sebabkan batu karang...

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..