Percutian ke Pulau Perhentian Kecil

NEW FAVOURITE SPA: SILA BACA SINI

Amaran: Entri panjang lebar baq hianggggg,selamat membaca!

Assalamualaikum dan salam sejahtera cik kak cik bang. haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii,bertemu lagilah kita,ekekekekeeke...kali ni aku taknak sembang kisah suami orang,kisah produk,kisah ajet-ajet retis,kisah makan tapi aku nak sembang kisah yeayyyyyyyyy kisah pulau la uolssss... Last aku pergi pulau masa form 4,kira-kira 8 tahun yang lepas di Pulau Redang,time tu aku ingat lagi Pulau Redang tengah under construction lagi... Aisey, basi sangat dah pun. Masa aku pergi pulau tu,entahlah.. tak dapat nak simpan memori sangat, sebab non hado gajet untuk tangkap gambar. Sobsobsob...


Tapi kali ini, memori kembali !!!!!!!!! Tapi bukan dekat Pulau Redang la uolsss,kalini aku ke Pulau Perhentian Kecil. Ya Rabbi, masa aku sampai sana,aku rasa macam entah tak percaya sangat yang aku boleh sampai sana even still dalam Malaysia lagi,haha.. Jakun sikit,sorry.. Sebenarnya percutian ini dirancang sangatlah kelam kabut,wakakakaka... Antara aku dan piah (tengah : refer gambar bawah) . Masa tu aku tidur rumah dia,sajalah uolsss mengada tidur rumah orang kengkonon nak sleepover dengan bff,sekali nahhhhh... sampai ke sini sleepovernya,wakakaka... Belah kanan iza, haaa..kawan si piah, aku baru kenal jugaklah dengan iza ni.. sungguh bercahaya iza,haha :P




Dan perjalanan kami bermula pada tarikh 5.3.2015. Kami gerak dari rumah jam 8.30pagi dan boarding time 11:35am like that la... tercangak duduk di bilik departure berapa puluh minit jugak. Kematu jugaklah haaaa...Well, time tu sebenarnya tak sabar sangat nak naik flight (jakun) untuk kedua kalinya dan sangatlah ngantuk. Tapikan, sebelum sampai ke ruang menunggu flight jenuh jugaklah kau nak redah laluan ke ruangan menunggu yang bapak jauh tu..haha.. Dulu masa kat LCCT kira okay lagi,takdelah jauh mana. Tapi bila dekat KLIA2 ni perghhh... hilang 1000kcal energy aku..


Perasaan masa naik flight eh?

Hmmmmm,dah nak sama dengan naik roller coaster dekat fun fair dah korang, sesungguhnya aku sangatlah tak teruja masa flight tu mula nak ambik lajak untuk terbang,bhahaha...Bukan masa nak ambik lajak je, masa nak naik ke setiap peringkat ketinggian tu pun rasa nak luruh sikit jantung ni,kah! Over tau aku nih! Semua perasaan nak cakap,lulz...


Then, selamat sampai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kuala Terengganu. Dah sudah kenapa teganunggg?!!!haha.. Emmmm,  maklumlah.. perancangan awal sangat kelam kabut,walhal Pulau Perhentian tu lagi dekat dengan Kota Bharu,Kelantan. See? Nampak sangat aku ni bukan kaki jalan di negeri kelahiran sendiri,kuikuikui...


Tips disini: 

  • Kalau korang nak ke Pulau Perhentian,disarankan sangat untuk korang terus ke Kota Bharu .Tak kira la korang naik bas ekspress ke,flight ke,basikal ke...digalakkan untuk korang ke Kota Bharu kerana jarak perjalanan ke Jeti Kuala Besut cuma 45 minit berbanding Kuala Terengganu yang mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Ohman, masa aku sangatlah terbuang di situ but it's okay..aku pun jarang jalan sekitar Terengganu dan ini adalah peluangnya *ayat penyedap hati.
  • Di kota bharu dan terengganu ada sediakan kemudahan awam ke Kuala Besut cuma cas yang dikenakan memang tiga kali ganda dan i is sad,kahkahkah...
  • Airport Terengganu ada sediakan taxi airport dan senang je untuk dapatkan cuma hulur duit sahaja,haha... RM120/taxi ,kah!
  • Kalau nak murah lagi, korang boleh terus ke Kuala Terengganu ambil bas S.P Bumi (design bas lama) . Kalau naik bas nak ke Kuala Besut, seghiyesly aku kabo ke mung, rm10.80 jah weh.. cumo gadaikan la masa untuk menunggu bas tersebut. Kita orang tak mampu ke Kuala Terengganu kerana agak rushing pada hari tersebut. Mana taknya...Separuh hari tergadai layan 2 jam 30 minit tu,bhahahahaha...


Duit keluar macam air: RM120/taxi bahagi 3 orang: 


Finally, omputih ajet-ajet pakai mafla(actually shawl,jiran aku ah gelarkan mafla,lulz) atas tu dah selamat sampai Kuala Besut. Jeti dia lawoooo... unik gicuuuu...Nampak bangunan tu terus haaa yelah ni,kita akan naik speedboat kat situ.. Untuk makluman korang, dalam tu banyak souvenir-souvenir...Bapak penyu,mak penyu,kisinggggg (keychain) berlambak dalam tu,harga standard,takde mahal pong,cuma pepandailah pilih kedai..So, settle borong air mineral,kudap-kudapan terus jumpa agent yang kita orang book tu.... Duk akak-akak dengan orang agent tu sampai lupa nak tanya nama,MasyaAllah --'



Tips di sini:


  • Sebelum korang meninggalkan daratan, jangan lupa la uolsss beli apa yang patut sebab kat pulau tu semua memahal. Maklumlah,kos nak punggah barang keperluan agak rumit. So, please take noted bebeh,makanan,air,ubat-ubatan jangan lupa.
  • Aku bawak beg belakang satu tu jela, kecik tak beg aku?wakakakaka..Pesen aku kalau berjalan malas nak galas beg berat-berat ni. Tayah nak ajet-ajet sangat. 
  • Sebelum naik boat, wajiblah untuk korang membayar marine park:RM5 (tak termasuk dalam package aku)


Okay dah!!!!! Jom start sembang lagi kencang masuk pulau!!!!!!!!!hehe.... 



Duit keluar macam air: RM5 + RM6= RM11 (air mineral dan kudap-kudapan)


Okay,aku rasa naik speedboat ini adalah pengalaman pertama aku selama aku hidup ni,masa ke Pulau Redang naik feri,tapi engko imagine jelah,naik feri yang gabak beso tu pun fikiran melayang,kedudukan punggung terumbang-ambing inikan pula naik speedboat? Teghebangggg habih tudung-tudung ni haaaaa,nasib la depan aku tu kawan aku si piah , aku terselak tudung piah muncung mulut,piah terselak tudung aku pulak muncung mulut...wakakakaka



Tips di sini:

  • Pertama sekali aku nak kabo ke mung, sape rasa diri dia memang tak sado nak rentas ombak dan speedboat yang bapak laju tu,silakan turun dari speedboat,haha
  • Beg? tak payah la nak ajet-ajet bercuti dekat london bawak beg roda bagai... punggah masuk speedboat,angkat pulak beg roda,haiiihhh....tak penat ke?bawak beg sandang belakang sudahlah kan...
  • Haaaaaa,yang ni paling aku nak cerita,kahkahkah.. sebelum nak naik speedboat silalah sinsing (buang air kecil) dahulu. Hal ini kerana, angin laut sangatlah sejuk. (ke aku sorang je rasa sebab tak cukup lemak manis dalam badan?) 
  • Dan ini satu lagi, kalau rasa taknak terasa sentapan boat+ombak silalah jangan duduk bahagian tengah speedboat,silalah duduk bahagian belakang boat macam gambar atas tu,kahkahkah.. duduk sebelah abang boat pastu buat muka tak malu bisik ke dia ..'abe,bulih dop ambik gambar ore ?'hahaha... Abe boat ada 2 orang,takkan yang tukang bawak boat yg ambik gambar aku, terbalik la boat bhaii,haha...
  • Tapi masa mula-mula aku pegi,aku duduk kat tengah-tengah boat which is depan dreba boat,bapak ah senak habis perut aku layan penyentapan boat tersebut(overnya ayat aku)hahahahhahaha..
  • Pulau perhentian ada dua, satu perhentian kecil dan dua perhentian besar, bagi yang backpacker...korang digalakkan ke perhentian kecil sebab chalet-chalet di sini murah dan santai ;)


Duit keluar macam air: Include Package *bawah nanti aku cerita





Haiiiiiiiiiiiiii... inilah Pulau Perhentian yang super awesome dan SubhanaAllah,sungguh cantik ciptaanNya dan betapa kecilnya kita di sisi Allah SWT. Allahurabbi...Nampak air dia? Allah, cantik sangattttttt....Sorry la,muka pucat lesi..ngantuk + tahan sinsing,hahahahahaha...


Dah jom ke Resortttttt!!!!!!!!!!!!!!!Actually,chalet yang aku duduk ni sangatlah dekat dengan jeti... Kalau korang perasan belakang aku tu ada kedai-kedaikan?Sepanjang barisan tu pun ada chalet dan nasiblah pada yang bawak beg roda,haaa ajet sangatkan? angkut la engkorang dari pasir jerlus tu haaa,bhahahaha...Tapikan,resort aku bukan sebelah tu,dia sebelah kiri jeti ni,hehe.. Oh lupa nak bagitau, perjalanan dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian Kecil ini mengambil masa selama 30 minit. Dalam 30 minit tulah macam-macam duk fikir,ni kalau jatuh ni, mana nak berenang la, kalau tetiba boat habis minyak la..haih, selalu je nak over tau mek wehhh,haha....




sorry gambar shacking,haha

Yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Kami memilih Shari La Resort , dari sebelum pergi lagi aku dah google pasal resort ni...teruja sebenarnya bakal duduk dalam resort ni,omei sangattttttttttt weh,geram..sesuai sangat untuk pasangan nak honeymoon...Actually dari pakej yang kami ambil memang sudah ditetapkan resort dan sangat bersyukur dapat resort ni, puas hati la jugak dikala wifi tak sampai, line meksis (maxis) teruk, fridge punoh,tapi totally puas hati la sebab design dalam tu lawa sangat..jadinya,lantak engkolah wifi dan line meksis, haha....



Pakej 3D2N Fullboard Package:

RM406 (price per person)
Deluxe Room (3 person)
  • Boat pergi balik Kuala Besut-Pulau-Kuala Besut
  • 3D2N di resort - semua bilik ada aircond dan bilik air
  • 6x meals di Restoran Shari La - 2 sarapan,1 lunch,1 tea break,1 dinner dan 1 BBQ dinner
  • 1x lunch di luar restoran Shari La - masa hari snorkeling ( lunch di kampung nelayan)
  • 1x snorkeling trip dengan boat serta ada orang yg akan guide kita sepanjang snorkeling dan lengkap dengan alatan seperti life jacket,gugel


Snorkeling point
  • Turtle Beach
  • Turtle Point
  • Shark Point
  • Kampung Nelayan -stop untuk lunch dan rest
  • Lighthouse coral reef
  • Romantic Beach

Exclude - 
  • Marine Park - RM5 (pay by own)



Tips di sini:

  • Harga pakej untuk fullboard dan free& easy ni banyak beza,sebab aku pilih fullboard kerana full dengan makanan sebab malas ah bawak makanan bebanyak dari darat,huhu... pastu pakej free & easy ni takde snorkeling point pun,so...macam tak berbaloi kalau beli pakej free & easy tu,wuwuwuwuwuwuw
  • Make sure masa korang beli pakej tu,silalah perhati betul-betul apa yang korang dapat nanti,harga murah kadang bilik takde aircond...just kipas... takde tv,takde letrik.. so,berhati-hatilah masa membeli pakej ook?
  • Pakej pulau perhentian ni biasanya rm300 untuk 3 hari 2 malam,tapi macam aku cakap,tengok apa yang kita dapat dan biasanya harga rm 300 tu siap boat pergi balik,makanan,snorkeling tapi tengok berapa banyak yang kita boleh dapat dengan rm300 tu,hehe...Kuasa memilih ditangan anda



Duit keluar macam air: RM406



Hari pertama (5.3.2015)

Yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Sampai sana terus landing atas katil yang empuk itu. Bilik pun suram haaaaaaa, bikin mengantuk je,kahkahkah...So,sampai sana terus solat jamak qasar pastu terus sesiap pergi restoran Shari La,kahkahkahkah.. terus tukar baju renang dan makan,cerdik sungguh...lepas makan terus survive sikit-sikit kawasan resort tu.

5pm: turun tea break dan agak kecewa mee habis,sempat makan sepinggan je,wakakakakaka

5.15pm: Warming up dulu weh sementara nak tunggu hari keesokan nak snorkeling, main la sesentuh air sikit,selam-selam kepala sikit, kuak itik sikit...haaaaa

6.30pm: naik bilik

7pm: Tunggu dinner sambil layan drama kat lobi,tv kat bilik takde signal,kahkahkah

8pm: Dinner dan bukan buffet okay tapi awesome gila lauk dia wehhhhhhhhhhhh! Nasi,udang masak sambal merah,ayam masak apatah (sedap!),tomyam,sayur apatah (lupa!) dan buah-buahan untuk 3 orang makan,memang puas hati gak la dinner dorang,Everything good taste dan paling best boleh refill sampai muntah,haha..tapi kita orang tak refill pun,kenyang gila kot :D

9pm: Jalan-jalan area chalet sebelah Shari La tu haaaaaaaaaaa,duduk situ sambil layan perasaan sampai kul 11 gak la,haha








Antara gambar-gambar di sekitar Shari La Resort:-



Luar bilik aku.



Tempat makan dia besar gak ah,nak makan luar boleh,nak makan dalam pun boleh...hehehe




Pantai ni dimanakan Sunset Beach dan masa hari akhir aku mandi sini,kaki aku kena gigit dengan ikan ke apatah, sakit dia memang piauuuuuuu baq hiang, rasa nak pengsan ..terus naik dengan syahdunya..sobsobsob




Melawat kawasangggg...bahagian ni yang boleh nampak jeti gak,pepetang layan sunset situ memang perghhhh,thorbaik... 




Chalet di Shari La ni ada 98 buah semuanya,banyak gak ah...




Haaaaaa,ni tengah layan sunset le ni,hewhewhewhewhew










Ni belah long beach,sini chalet-chalet dia cun sebab depan tu pantai! Serius lawa sangatttttttttttttttttttt!




Pun berhadapan dengan pantai di long beach..




So,masuklah kita di hari yang kedua which is hari ber-snorkeling la uolsssssssssssss.... Bangun memang awal ah sebab nak cop tempat makan yang paling dekat dengan meja makanan. Senang nak refill nanti,kahkahkah...Breakfast dia memang terbaik ah baq hianggggg...Dari nasi lemak ke koko krunch dan sekutu ke roti bako ke pancake ke mee goreng ke nasi putih ada lauk ayam kurma ke mee sup ke kotiyau sup ke omelette, huwarrrrrrrr....rindu kot dengan makanan dorang tu.. Bagi yang tak ambik pakej harga breakfast sahaja dikenakan RM30/person... mahal gak rupanya...




Hari Kedua (6.5.3015)


6.45am: Macam biasa mangkit solat
7am: P restoran Shari La cop tempat duduk nak dekat dengan meja makanan,haha
9am: start jenjalan ditepian pantai sesambil tunggu group-group yang ikut snorkeling sekali.
10.30am: Start naik boat nak snorkeling (5 point snorkeling)
5.15pm: Siap snorkeling
7pm: Siapkan diri
8pm: BBQ weiiiiiiiiiiiiiii..tapi dorang dah siap masak ah,kita tinggal makan je,hehe


1. Turtle Beach

Bab snorkeling meh aku kasi ayat takdak point sikit, firstly kita orang di lemparkan di turtle beach. Tempat yang pertama akan korang pergi bila nak start snorkeling,maklum la perasaan bila masuk air ni semua ada,gelabah ada,teruja ada... yang gelabah dan tak pandai berenang serta takut air korang memang kena try kat point ni dulu. Ketinggian paras air tu dalam 7meter gitulah...tinggi gak weh, cungap gaklah aku ni haaaaaa... nampak lak coral,perghhh scary merry sekejap takut kepala tersadong dengan coral,haha...lawak!


2. Turtle Point

Masa ni perasaan sejuk dan bertenaga masih ada,gigih la kau cari penyu,sekali tak jumpa aku naik balik atas boat,haha...pastu abang yang guide kita orang suruh turun balik sebab dia nak tunjuk kat mana ada penyu, so aku turunlah... Nampak wehhhhhhhhhh! 2 ekor penyu! Aku kejar dia lari aku kejar dia lari,last-last okaylah aku naik atas boat balik,kang pegi jauh jenuh lak nak patah balik ke boat,haha...



3. Kampung Nelayan

Yeah maka tempat rest dan makan adalah di kampung nelayan,lagipun hari aku snorkeling ni adalah hari jumaat,makanya abang-abang kenalah solat jumaat,time aku pegi tu ada satu masjid kat situ,baru je siap dan baru je start solat jumaat pada hari tu, lawa gak masjid dia,tak sempat ambik gambar sebab bateri aku memang kongggggg gilosss,huhu... emmmm paling tak boleh lupa, aku dan si piah nak pegi toilet,sekali taraaaaaaaaaaa kena bayar limaposen,nasib baik ada group se-boat sekali. Makanya dengan tak malunya kita orang mintak duit dengan dorang,kahkahkah... So,korang !!!!!! Nak pegi snorkeling boleh je bawak beg tu haaaaaaaa,bawaklah beg jenis kalis air... boleh la letak gajet korang tu,bawak duit sekali,hehehehe...senang nak membeli kudap-kudapan di kampung nelayan. Makanan di salah satu restoran di kampung nelayan pun not bad gak ah,sedap dan ada rasa :)



4. Shark Point

Lepas kenyang perut segala, abe boat bawak ke point seterusnya dan masa ni sebenarnya tenaga aku dah kongggg jugak tambah lak dengan ombak makin kuat, jenuh ko...berenang punya berenang stay kat tempat sama,mencik iolssss tau! rupanya aku kalah berenang di dasar laut yang punya ombak itu,sempatlah kejang sekejap kaki dalam laut tu,haha...Point kali ni aku gigih gak cari shark point,tapi tak jumpa ... pastu naik aku atas boat balik. Penat weh berenang,haha... Pastu macam biasa ah,abang yg bawak kita orang tu tunjuk kat mana ada shark,aku emmmm..okaylah...penat tahap dewa,haha...stay je aku duduk dalam boat tu,haha... piah je pegi dan dia nampak shark! Actually shark ni tak gigit orang pun dan bukan shark besoooo tu,anak shark jeerrrrr...aku nampak gak sebenarnya tapi dalam kamera abe boat tulah,dia tunjuk,hahahahahahahahahhahahaa....



5. Lighthouse

Okay, sebenarnya aku teringin lama dah nak terjun kat light house nih,tapiiiiiiii disebabkan air memang tengah pasang,ombak pun kuat gila..kami tidak dibenarkan turun terjun di situ,i is saddddddd....ni semua sebab abe boat lambat 30 minit,haaaaa.... pilu je hati ni haaaaa...padahallllllllllllllllllllllllllllllllllll, bila sampai lighthouse tu,dalam hati...'perghhhhhhhhhhhh,tinggi gak ni kalau terjun,mahu tenggelam 7 meter ke bawah tu,habis 2 liter air masin aku telan nanti,haha....' Next trip aku wajib terjun kasi luah abihhhhhhh perasaan dalam dada ni,haha...i pwomishhhh!



6. Romantic Beach.

Ya Allahhhhhh,kat sini korang patut turun dan berenang sampai jumpa geng-geng ikan nemo di celahan coral hidup! Serius teruja weh! tapi agak jauh gak la dan macam biasa abe boat yang tunjukkan kat mana ikan nemo tu,haha...Kalau pegi sendiri memang taklah,haha...sebab still takut even dah pakai life jacket,haha... Serius wei omei sangatttt.. dan kat situ memang banyak gila gamat,haha...kat dasar pantai tu pun penuhhhhhhh,geli kot nak jejak kaki ke dasar laut sebab geli takut terpijak gamat yanggggg lelembik tu,hahahahaha...Puas hati sangat kat romantic beach ni !!!!! best wehhhhhhhh


Keletihannnnn dan puas, maka say hi to chalet,hahahahaha...



Area kampung nelayan (Fisherman Village)



Paling sedih tahap tatau nak cakap gano sebab takdop sekeping pon gambar pakai life jacket dan gugel serta gambar snorkeling,agak menyesal jugak tak guna khidmat abe boat untuk gambar underwater. Untuk pengetahuan korang,setiap snorkeling, abe boat korang akan mention hal gambar underwater terlebih dahulu,siapa yang nak,abe boat tu akan ambik gambar korang dari awal point sampai last point dengan harga RM55 dan korang akan dapat dvd..okay la tu kan... emmmm,tunggu gopro entah bila, ingat sempatlah jugak bawak pegi pulau,sekali tak..



Tips aku semasa snorkeling:

  • Pastikan korang call abang boat tu untuk confirmkan pukul berapa kena berkumpul
  • Bawa duit untuk membeli makanan seperti keropok atau penggunaan tandas di kampung nelayan.
  • Gunakanlah beg yang kalis air supaya gajet serta harta benda kalian selamat dan tidak kena air.
  • Setiap point wajiblah korang turun walaupun takut macamana sekalipun, sebab korang dah bayar kot,huhu
  • Pastikan life jacket dan gugel berada dalam keadaan yang baik dan tidak rosak.
  • Bagi perempuan, berpakaian sopanlah anda semasa snorkeling dan jagalah tata tertib semasa di pulau. Ko pergi pulau dalam Malaysia je kan?bukan Miami kan? So,pleaseee jaga adab dan respek penduduk di pulau tersebut. Nak dikisahkan, satu group aku ni pakai bra dan seluar dalam sahaja, orang melayu okay uolsssss..bukan omputih,haha... omputih depan boat aku pun reti cover lagi,haha... i is sad n malu...Kuala terengganu kot wehhhhhhhhh,toksah la ajet-ajet miami,huhu....cekca cangat.
  • Bawak air mineral,kot dah tak lalu telan air masin,telanlah air mineral lak,haha



HABISSSSS KISAH HARI KEDUAAAAAAAAAAAAAAAAAAA....


Masuklah hari terakhir aku di Pulau Perhentian Kecil ni dan rasa sebak tu entahlah,aku sorang je ngerti....


Hari akhir kamiiiiii adalah macam biasa bangun awal pagi persiapkan diri dan terus ke restoran shari la cop tempat duduk yang paling dekat dengan meja makanan,hahahahahaha...Makan bertambah-tambah weh,hahahaha...Oh actually pukul 5 pagi takde letrik dan patutlah aku rasa panasssss,bhahaha..rupanya takde letrik. Maklumlah dorang pakai generator untuk generate current so uolsssss kena pahamlah ye, jangan pegi terjah memarah kat kaunter lak,malu saja,hahahahahaha... Lama gak takde current,dalam 2 jam 30 minit gitu...so,kul 6 terus keluar chalet ambik angin,haha...



So,lepas makan..kita orang plan nak pergi long beach tapi malas nak ambik taxi water (boat hokay) dan aku rasa harga dia rm30/person wei,mahal gak..so kami gigihkan diri jungle tracking sikit...sebenarnya nak pegi long beach tu malam,kengkonon dapat baring atas pasir sambil layan bulan dan bintang tapiiiiii bila dapat tahu sepanjang perjalanan nak ke long beach tu ada hutan,maka kami pergilah hari akhir tu... kalau ada laki okay la nak pegi malam,ni semua gegirl acano?hahahaha... 



serius aku cakap, aku memang dah lama gila tak jungle tracking.. agak pancit gak ah tapi takde ah sampai berhenti,hehe... jalan nak ke long beach tu berbukit bukau gak tapi jalan tu dah turap,so no worries la kalau selipar jenama adidas korang tu kotor,haha... Masa perjalanan nak ke long beach kita orang tu mengambil masa selama 18minit gitulah, jauh gak,ingat dekat!hahahahahaha.... 


Sejam duduk kat long beach, fefeeling lompat teghebanggggg ambik gambo tapi tak jadi,hampeh betul,hahahaha...tapi serius aku cakap, air kat long beach ni memang cristal view la baq hiangggggggg, biru sangat air dia,lawa sangat! 





Nampak biru air dia??????????????? long beach ni memang selamat untuk berenang sebab takde coral dan gamat...pasir dia pun Ya Allah,halussss ...geram tahu! Kalau korang nak tengok view cantik cenggini aku suggest kat korang pergi duduk di Mohsin Chalet sebab memang sah-sah chalet korang hadap pantai. Lagi satu Mohsin Chalet ni memang untuk geng-geng begpacker...



Ni yang aku cakap, nak lompat tapi jadi tarian zapin amende lah,hahahahahaha..Air dia tu korangggggggggggg,,,lawaaaaaa sangat!





Bukan Miami hokayyyyyy, ini Pulau Perhentian,Terengganu.
HAHAHAHA




Pastu balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk,emmmmm balik dah..cepat gila je rasa duduk kat pulau ni...rasa tak puassss! dan dari kiri tu iza,piah dan aku... Tunggu boat nak balik jeti Kuala Besut dan teruskan ke destinasi yang seterusnya...tapi destinasi yang seterusnya tu aku cerita lain entri la eh,sebab ni aku rasa memang panjang gila babas ahhh,hahahaha...pitam pembaca aku...



Lama gak tunggu boat,huhu... Janji jam 1 tapi 1.30pm baru sampai...Dan pastikan sinsing dulu,angin laut sejuk tau uolsssss,kat pulau tu takde RnR wehhh... ko tahan la sampai jeti kuala besut tu haaaa,hahaha... 





Aahhhh,ni gambar atas tadi..dari sudut tepi dan aku duduk dibelakang sekali sebelah abe boat..abe boat tu ada 2 orang so aku bisik kat salah sorang abe boat tu untuk ambik gambar aku,wakakakaka...gelap pun gelap ahhhh,asal hadooo,hehe... nasib ah abe boat tu melayan...kengkawan aku semua kat depan,aku je sibuk bergambar atas speedboat tu,dah la laju,percik-percik air masin dalam mulut,haha...Tapi bestttttttttttt,pengalamannnnnnnnnn!



Setelah 30 minit gitu, aku dan yang lain-lain sampai Jeti Kuala Besut,terus cari toilet nak sinsing..hahahahaha.... sampai jeti tu,korang akan nampak satu toilet yang menghadap jeti tempat korang turun bot tadi... serius tak menyesal la ko bayooooo rm0.50 untuk ke toilet sebab dalam tu bersih dan lawa benooooo siap ada langsir koooo,hahaha....barulah orang ramai ada hati nak masuk tandas yang berharga rm0.50...



Terus cari keychain untuk adik-adik je mampu serta cari teksi,nasib baik ah dapat tawo menawo nge pokcik teksi tu,rm100 . Time balik ada sorang budak laki yg follow kita orang,dia pun nak pegi teganu so sekali saja, cut cost ah..



Duit keluar macam air: RM25 (teksi ke terengganu) + RM30 keychain

Maka, siaplah kisah aku di Pulau Perhentian Kecil. Sungguh! Sangat best dan cantik sangat Pulau Perhentian tu. lagi best kalau time aku pegi ritu ada gopro,sobsobsobsob.... Dah kecewa sebab langsung takde gambar snorkeling diri sendiri tapi okaylah dapat snorkelingkan... gambar tu nanti-nanti takpe,hehe *ayat penyedap hati



Semoga percutian korang dirancang dengan rapi dan mengikut bajet masing-masing.
Selamat bercuti korang dan thanks sudi luangkan masa membaca kisah saya yang ter-over-excited ini,hahahahaha :P




Duit keluar macam air: RM668 sepanjang aku dari kuala terengganu-jeti kuala besut-pulau perhentian-jeti kuala besut-kuala terengganu.

32 ulasan:

  1. Terasa nk g pulau lg. Hari tu honeymoon kt pulau redang. Best kan bercuti kt pulau

    BalasPadam
  2. Bestnya..Subhanallah cantik sgt laut kat sana...InshaAllah one day akk akan kesana ...

    BalasPadam
  3. Assalamalaikum onieee, wah bestnya. hehehe ajet2 miami sangat. muahahhaha.

    BalasPadam
  4. wahh.. sangat membantu buat orang yang tak pernah jejak ke sana lg.. senang nak rujuk nanti :) salam perkenalan

    http://ourlovebonding.com

    BalasPadam
  5. tak sabar nak pegi nie... huhu :")

    BalasPadam
  6. Panjang tapi banyak mende mu share mek , molek doh gini. Hahaha. Rasa nak pegi juga. Suka part naik speedboat tu. Hahahaha. Masa kat Phuket dop puah. Hahahaha. Tapi apa kita pikir masa atas boat tu sama. Kalau jatuh camne ? :P

    BalasPadam
  7. Hahaha... duit keluar macam air! Haha.. tapi sekurang2nya pengalaman dan enjoy dekat sana. Tak pe lah Onie. Bilalah mira nak dapat macam ni

    BalasPadam
  8. cntiknya air dia...biru jernih best2

    BalasPadam
  9. Allahuakbar cantiknyaaa pemandangan! :) Seronoknya Onie jalan jalan

    BalasPadam
  10. wah bestnya..masyaallah biru sungguh airnya..nak pergi bulan depan

    kawan2 kalau minat supplement shaklee mailah jengok blog saya lalabistory.com

    fb:lala bie

    BalasPadam
  11. muja pun pergi pulau perhentian hari tu.. best sungguh.. memang rasa macam dok kat luar negara.. nak gi lagi nanti.. insya Allah :D

    BalasPadam
  12. Dah beberapa kali plan nak ke sini.. asyik cancel jerr.. Takpe2.. Perhentian! im comingggggg

    BalasPadam
  13. Salam adik Mek :), boleh akak bertanya insyaAllah bulan 12 nie akak nk bawa anak2 pergi holiday disana pendapat adik Mek macam akak sekeluarga mana sesuai Shari-La or Mohsin dan lagi satu pulau perhentian kecil ada banyak kedai makan tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam kak lynn,tq sudi drop comment here. Bulan 12 pulau tutup kak,musim tengkujuh kan...puau start tutup bulan 11 hingga bulan 2..bulan 3 bukak balik.. so,untuk chalet tu,mohsin pun okay jugak kak...tapi nak naik tempat tu agak jauh sikit dengan jeti,kena jalan tepi pantai dulu pastu naik tangga sikit pastu baru sampai mohsin chalet...kalau sharila,betul2 depan jeti,hehehe...ada restoran,tapi harga double dan mahal,better akak ambik pakej ke pulau siap dengan makan :D

      apa-apa maklumat lebih lanjut akak boleh email onie letopink@yahoo.com ..

      Padam
  14. suka baca blog onie...tgok org nye macam malu...tapi gaya penulisan mmng sempoi...akk ingt nk g second honeymoon end of this year..mmng suka ulau2 ni...blog onie ni mmng sgt mmbntu..rugi time bujang dulu x merasa backpackers mcm korng..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih banyak-banyak kak..... just sharing,maaf kalau ada bahasa yang tak sopan,hahaha... yuppp,masa bujang ni la nak ulau-ulau ikut dan,hehe....tapi pulau end of this year tutup kak,musim tengkujuhkan,heee

      Padam
  15. Balasan
    1. aah,sebab kita org ambik pakej yg mahal sekali dengan makan semua.. pastu kita org salah beli tiket flight,tu yang tinggi sikit kos... kalau beli tiket flight turun kota bharu mmg cut cost dan tak smp 668 tu,huhu

      Padam
  16. Ow. okay2.. aku pown da terbooking tiket ke kuala terengganu.. so perjalanan aku akan jd mcm kau la nnt. hahah aku cuba utk cut kt dr airport ke jeti & pakej.. hahahha

    BalasPadam
  17. mek onie boleh tau pakej apa yg mek amek ?

    BalasPadam
  18. Seronok giler baca blog saudari pasal perhentian nih..tergelak..gelak...baca review nih. Sy dh berpuluh kali g Perhentian ni. N next visit nk try stay kat Sharila sb tpt yg sy biasa pergi tu da fully booked...harap percutian sy akan seronok mcm percutian saudari. Nk try suma yg saudari rekomen...tq...tq..Terbaikkkk. #muahciked.

    BalasPadam
  19. Bestnya kak! Ena dah lama teringin nak pergi pulau cantik ni... Terima kasih bagi banyak tips.. Boleh jadi panduan pada ena nanti kalau nak ke sini

    BalasPadam
  20. Hye mek..dkt sana electric kna catu kn? So mcm mna nk guna iron?

    BalasPadam
  21. Salam...
    pakej perkhidmatan 4d3n kat Bandung (hotel and transport)....murahhhhh sampai pingsannnnn

    butiran perjalanan

    Day 1
    > Airport bandung
    >Pasar Baru membeli belah
    >Trans studio
    >Toko Tiga (Branded Jeans)
    >Factory outlet
    >Dinner

    Day 2
    >Gunung Tangkuban Parahu
    >Lunch at kopi luwak caffe
    >Wisata naik kuda deranch
    >Strawberry and tea park
    >Floating market
    >Farm house
    >Dusun bambu{cadangan}
    >Kampung daun{cadangan}
    >Rumah Mode
    >Cihampelas Jeans Centre
    >Paris van java
    >Dinner

    day 3
    >Kawah putih
    >Valley hot spring
    >Cibaduyut street area kulit
    >Asia afrika
    >Tebing keraton(cadangan)
    >Kartika sari
    >Dinner

    Day4
    >Check out hotel bandung
    >Airport transfer bandung

    term and condition

    *total rate nye per person adalah
    395rm per person if 2 person
    330rm per person if 3 person
    285rm per person if 4 person
    250rm per person if 5 person
    235rm per person if 6 person

    *rate included transportation type kereta is toyota avanza or suzuki apv (petrol,parking,pemandu,kereta dan high way tiket)

    *1 room dimuat 2 person tak dijoin so selesa sangat, semasa 4day 3night included buffet breakfast. hotel kat bandung adalah

    #Hotel 3star#

    -Dpalma
    -Hyperin
    -Vio Cihampelas
    -Summit Siliwangi
    -Raffles Home

    *rate is not included lunch and dinner

    *rate is not included entrance fee per kereta and entrance fee per person at tempat lawatan dengan itenerary

    *no hidends charge

    Call
    +62 878 24 600 700

    WhatsApp &Line
    +62 81 220 375 375

    Semoga informasi yg saya berikan dapat memudahkan urusan untuk bercuti ke bandung.
    Terima kasih.
    Wassalam...wr..wb.

    BalasPadam
  22. PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.

    Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.

    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    BalasPadam
  23. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  24. Terima kasih atas tips yang diberikan.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..