Buffet Ramadhan 2015: Caprillicious at Capri by Fraser Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebut je pasal destinasi buffet bulan ramadhan ni,sebenarnya tak lama lagi kita nak masuk ke bulan ramadhan. So, korang dah bersedia ke belum ni? Puasa lepas dah ganti? eh eh.. Bagi yang belum berkesempatan ganti jangan lupa ganti. Bersempana bulan ramadhan bakal kunjung tiba ni, sudah tentu banyak restoran-restoran bakal keluarkan menu-menu buffet mereka sendiri.
Kali ini aku bukan nak ke restoran, tapi aku nak ke hotel yang cukup gah namanya di Kuala Lumpur ini. Aku rasa sepanjang aku menetap di selangor ni,aku rasa ini adalah pengalaman pertama aku pergi ke hotel di Kuala Lumpur. Kalini aku ke hotel bukan sebab nak menetap ke apa..seperti yang aku cakap macam atas tadi tulah, aku akan bawa korang ke destinasi yang cukup best dan puas hati untuk berbuka puasa nanti :D
Capri By Fraser,Kuala Lumpur •gambar dari google
No.5, Jalan Kerinchi,
Bangsar South City,
59200 Kuala Lumpur
Suasana di waktu malam yang cukup-cukup cantik dan berada di luar hotel juga mempunyai kolam renang berlatar belakangkan bandar Kuala Lumpur.
Jet Pool.
Semoga suatu hari nanti dapatlah merasa sendiri berendam dalam Jet Pool ni :D
Dannnnnnnnn destinasi buffet ramadhan kali ini adalah di Caprillicious at Capri By Fraser,Kuala Lumpur. Lokasi ini adalah betul-betul dalam hotel berdekatan dengan lobi hotel. Kiranya tak susah jugak nak cari Caprillicious ni. Sebelum tu,bangunan Capri by Fraser Kuala Lumpur ni berdekatan dengan Nexus dan Bangsar South. Aku pun first time masuk kat lokasi ni dan baru tahu Bangsar South kat mana,hahahahaha...Sedihnya la diri ini...
Citarasa Ibunda telah menjadi tema di Caprillicious sepanjang bulan ramadhan nanti. Menu ini akan dihidangkan bermula 22 jun - 15 julai 2015 dan mempunyai lebih 70 hidangan . Korang rasa ? Mesti kelabu gila mata nanti. Antara menu utama yang bakal dihidangkan adalah Nasi Beriyani, Laksa Pahang, Gulai Daging Kawah,Ayam Rendang Minang,Grilled minute Steak, Mee Rebus Kambing Kuzi,Ipoh Hor Fun,Bubur Lambuk dan Bhamia.
Oh! Tak lengkap makanan tersebut kalau takde Ais Kacang dan Cendol sebagai pencuci mulut. Memang banyak pilihan makanan yang boleh dipilih mengikut pilihan hati,hehe...
Sebelum aku cerita panjang lagi,jomlah tengok beberapa gambar yang aku rasa korang akan terliur bila tengok,mana taknya... Setiap menu ini mesti ada yang rindu dengan masakan ibu masing-masing. Nama pun Citarasa Ibunda,hehe...
- Semua best dan puas hati lelagi satay dia,aku rasa korang memang WAJIB try satay dia,sebab memang besar dan sangat lembut !!!!!
- Air tebu pun ada !!!! So tak payah sesusah nak craving air tebu sangat ehhhh! hehe..
- Bagi aku, tempat ni memang sangat best dan kalau nak merasa view KL yang super awesome korang bolehlah singgah ke Kolam Renang dan Jet Pool tu, pemandangan dari atas sangat lawaaaaaaaaaaa dan terasa nak menangis golek-golek kat situ jugak ! First time dapat tengok pemandangan KL yang tersergam indah!
- Servis segala 4.7/5 bintang aku kasi.
- Tempat makan selesa.
Terima Kasih banyak-banyak Destination Malaysia sudi menjemput diri ini :D
Amboi. Kemain masing-masing yer. Makan tak ingat orang lain! Bhahaha
BalasPadamsape suruh p jalan lagi,hahahhaa
PadamSemoga satu hari mira dan onie dapat berendam sama2 dalam jet pool ni ea. HAHA
BalasPadamsemogalah,hahahaha
PadamNak join berendam ngan Mira dan Onie
BalasPadamEh...
Kat pool sebelah la
Hahaha
gituh rawlins,hikkkkk
PadamGiler mewah tempatnya.. makan mesti selesa ni... terliur! teringin sangat nak berbuka kat tempat sebegini
BalasPadammestilah selesa ina....hikkkkk
Padamseriuuuuussssss sedap! hahaha
BalasPadamalahai..sdapnya..:)
BalasPadamCantik giloo hotel ni. Homaii makanan tuu sedapnyaaa :D
BalasPadamoh okay lah harga tu.tp mmg menggoda sgt!.
BalasPadamOk boleh masuk dalam list sebab affordable! Tempat cantik gila! :D
BalasPadamBtw, kita ada buat GA sekarang ni. Jemput join ye. :)
http://inijurnalkitapunya.blogspot.com/2015/05/oh-snap-its-giveaway-time-by-haziqah.html
Mek onie..tq share tmpt ohsem ni blh terjah nati
BalasPadam