Pengalaman di Studio Go Shop
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minggu lepas aku ada pergi Studio Go Shop,alaaaa..dekat Astro tu... Masuk ni 2 kali jugak aku pegi sana .. First time tu ke sana sebagai penonton apa tah,lupa pulak aku..Kali kedua ni aku sebagai penonton jugak,hehe... Best jugak jadi penonton sebenarnya,sebab? nanti aku cerita korang sebab apa best jadi penonton.
25 April 2015
Go Shop Studio,Astro Broadcast Centre
Sebelum aku cerita lagi panjang, bersama dengan aku atas ni adalah pemilik blog Kampung Boy City Gal, yeahhhhh! Best pergi event ni sebab dapat jumpa blogger dan lagi best bila dapat jumpa blogger yang kita tak pernah jumpa. Bila jumpa dengan pemilik blog Kampung Boy City Gal ni,best pulak dengar pengalaman travel dari dorang ni dan aku baru tahu blog mereka di handle oleh dua blogger iaitu suami isteri. Boleh tak aku nak wish semoga blog aku ni bukan aku sorang pemilik dia?hahahahaha... Rasa best pulak berkongsi minat yang sama dengan pasangan. Ok,over
Sampai Astro Broadcast Center terus jumpa lobi dan kami disediakan breakfast. Maka kami breakfast dulu sebelum meneruskan agenda seterusnya. Thanks Astro sediakan breakfast. ( aisshhhh,rasa suasana lain pulak bila mengarang guna laptop baru ni,hahahahahahahaha..k sempat lagi) .
Dah sebab apa aku ke Astro ni????
Aku pergi Astro ni bukan pergi dengar Konsert ke apa weh,tapi kali ni aku rasa aku dengar,belajar dan praktikkan apa yang kita belajar semasa aku di sana.
Yeahhhhhhhh! Aku ke Studio Go Shop dan korang nak tahu,sepanjang rumah aku ni dah start pasang Astro dan sepanjang rancangan Go Shop dah ke udara ni, selalu aje aku menjengah ke channel 118, honestly sebelum ni aku pelik,amende lah Go Shop nihhhhh.... So, bila aku start selalu menjengah di channel 118 ni dan dapat ke Studio Go Shop sendiri aku rasa lebih teruja sebab selama ni menghadap tv je. Tapi kali ni aku lebih teruja kerana diri ini berpeluang ke Studio Go Shop. Tengok sendiri macamana rancangan ini dikendalikan dan bagaimana host mempromosikan produk di Go Shop.
Sebelum aku cerita panjang lagi, berikan aku peluang untuk menceritakan apa itu Go Shop.
Kalau korang nak tahu, Go Shop adalah usaha sama antara penyiar termuka di Malaysia,Astro Malaysia Holdings Berhad dan GS Home Shopping Inc iaitu peruncit multimedia terkemuka Korea. Program ini sangat sesuai kepada mereka yang suka membeli belah di platform media social di mana program ini sangatlah seronok dan menghiburkan.
Pada 1 November 2014, Go Shop start membuat pelancaran dalam Bahasa Malaysia di channel 118 dan pada 27 Januari 2015 sekali lagi Go Shop telah membuat pelancaran dalam Bahasa Inggeris di ECMC ( e-commerce and mobile commerce) melalui www.goshop.com.my . Akhir sekali, 30 Januari 2015 Go Shop telah komersial melancarkan di public dan media.
Servis?
Aku rasa first time aku jumpa rancangan promosi produk yang sangat fun dan menghiburkan!
Platform?
Korang boleh tengok di channel 118, NJOI TV,Astro On The Go web/mobile app, as well as www.goshop.com.my
Produk?
Buat masa ni, lebih 80 produk telah dipromosikan di saluran tv dimana produk tersebut terdiri daripada barangan rumah,barangan dapur,digital dan elektronik,perabot,kosmetik dan banyak lagi. Haaaaaa, sangat-sangat memuaskan hati ! Kalau korang nak tahu,setiap sebulan Go Shop akan mempromosikan produk baru. Sebanyak 10 produk baru telah dipromosikan sepanjang bulan 4 ni. Tahniah Go Shop !
Kebaikan?
- Sangat fun dan entertaining di semua platform
- Paling best,siap ada demo dari pengacara yang sangat berpengalaman.
- Go Shop menawarkan 'top selling' brands dari Korea dan jenama premium antarabangsa
- Harga berpatutan dan cas penghantaran percuma untuk Semenanjung Malaysia (sepanjang tempoh pengenalan) dan 10 hari polisi pemulangan barang.
Aku rasa ini bukan kali pertama aku tengok pengacara mengacarakan rancangan begini. Namun,kali ini aku jatuh hati dengan cara mereka hoskan rancangan ini dengan begitu menarik dan langsung tak bosan. Ya aku tahu,bukan senang untuk menjadi pengacara yang pandai menarik perhatian audience. Kalau aku mungkin gugup. Tapi bagi mereka, ianya mungkin sudah sebati dengan jiwa mereka.
Pengacara Go Shop ini bukan hanya mempromosikan rancangan ini,tetapi mereka juga ada membuat demo bagaimana produk itu digunakan atau berfungsi. Maklumlah, sekarang ni semua dihujung jari dan korang boleh membeli belah selama 24 jam tu.
Pengacara Go Shop, Syamim Farid bersama blogger Kasih Aleeya.
Pengacara Rai
Pengacara Jimmy dan pemilik blog Kampung Boy City Gal.
Dan paling best sekali, kami sendiri sebagai blogger telah melalui pengalaman yang sangat menyeronokkan dimana kami pun dapat belajar mengacarakan program ini dan membuat demostrasi serta merasai sendiri fungsi produk yang tengah popular di Go Shop ini antaranya adalah:
- Yogurberry Yogurt Maker
- Hurom Slow Juicer
- Steam Q Iron
- Original Raw 10 Cushion Foundation
Yogurberry Yogurt Maker - RM179
- Aku suka produk ni sebab kita boleh bawak kemana saja dan tak perlu guna elektrik pun. Lagi satu dah tentulah boleh buat yogurt dengan menggunakan bahan yang cukup mudah.
Hurom Slow Juicer - RM1499
- Pertama sekali aku tengok produk ni memang aku dah jatuh hati kerana produknya sangat mesra pengguna dan bunyi mesin ni pun tak bising pun. Sape yang suka buat jus buah-buahan aku rasa memang patut dapatkan Hurom Slow Juicer.
Steam Q Iron - RM199
- Steam Q Iron ni mempunyai dua fungsi- iron biasa da steam iron. Memang cepat dan berkesan untuk menghilangkan kedut di baju dan senang untuk dibawa kemana-mana sahaja kerana saiznya yang kecil dan ringan
- Korang akan dapat 2 pcs original raw cushion foundation , 2 pcs foundation refill. Foundation ni sangat senang digunakan dan kenapa original raw 10? Foundation ini mempunyai 10 kebaikan dan mampu bertahan sehingga 12 jam.
* Korang boleh klik pada nama produk dan boleh baca review dari pengguna yang telah mencuba produk tersebut. ;)
Seperti yang diceritakan di entry atas ini, kami telah diberi peluang untuk mengacarakan rancangan Go Shop ini yang telah diadili oleh judges yang berpengalaman dan keputusannya mereka telah menang dan aku suka cara mereka sampaikan. Bukan senang tau nak jadi pengacara ni. Tahniah korang!
Thanks Nuffnang dan Astro for having me .
Original Raw 10 Cushion Foundation yang aku cerita tadi. Best gak foundation dia.
Yogurberry Yogurt Maker yang mempunyai beberapa komponen yang mudah dibawa ke mana sahaja :)
Bersama Mira Cikcit :)
Salah seorang pengacara Go Shop yang sangat best iaitu Syakirin Husnal .
Masa dia bukak mulut tu haaaaa,perghhh...memang cair terus tengok dia acarakan program tersebut.
Good Luck akak..
Soooooo! Punyalah panjang aku cerita ni kan. Kalau korang nak purchase barang di Go Shop senang je ,cuma perlu ke Astro Channel 118 atau boleh ke website www.goshop.com.my .
Senangkan?
Yang penting setiap produk yang dijual tu ada demo dan korang tak perlu risau macamana ianya berfungsi,ok? Memang sangat sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk keluar shopping dan mahukan penjimatan dikala kos sara hidup semakin tinggi.
Ingat ! dengan Go Shop korang tak akan rugi kerana ..
- 24 jam bersiaran
- Demostrasi Produk
- Produk Eksklusif
- Cara pembelian sangatlah mudah
- Testimoni pelanggan
GO SHOP !
ADA TV BOLEH BELI !
ADA FON BOLEH BELI !
ADA TABLET BOLEH BELI !
ADA PC BOLEH BELI !
Untuk maklumat lanjut:-
Website: www.goshop.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/ShopatGOSHOP
Instagram: @shopatgoshop
Terima kasih banyak-banyak Nuffnang kerana memilih saya untuk merasai sendiri pengalaman ini di Studio Go Shop dan terima kasih juga Astro :)
untung nyaa mek :D
BalasPadamALHAMDULILLAH YANGGG
PadamSinggah pagi...
BalasPadamBest...kan...pengalaman...
YUPPP,PENGALAMAN,HEHE
Padammana gambar saya?? HAHAHA.
BalasPadamGAMBAR AWAK KAT FACEBOOK TU TAK CUKUP LAGI KE?HAHAHAHAHAHAHHAAHAHA...
Padamseronok nyeee terpilih utk join program tu...jelesss
BalasPadamTULAH,SERONOK AWAK... DAPAT TENGOK SENDIRI CARA DORANG ACARAKAN RANCANGAN TU
PadamWah bestnya dapat pergi studio! Btw, salam perkenalan. Jemput singgah blog mimi :D
BalasPadamSeronok betul. Dapat tengok live. Iday tengok tv pon dah melekat tengok diorang promote barang. hehehe
BalasPadamshows macam ni pernah tengok.. korea ade buat macam ni jugak kan.. memang meriah set diaa.. jepun pun ada cam ni jugak. btw, mek pergi event macam ni sorang aje ke? or bawak kawan? hehe
BalasPadamwalao! hehe
BalasPadamala.. gambar saya tak jelas.... :(
BalasPadamyeay seronoknya
BalasPadamBestnya awk :)
BalasPadamsetakat ni tak pernah terbuka lagi channel 118 ni.. takut nanti takleh berganjak pulak. hikhiik
BalasPadamseronoknya :-)
BalasPadam