Buffet Ramadhan 2015: Bangi Golf Resort Menyediakan sajian sehingga 200 hidangan

Review tahun lepas: sini


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang. Aku rasa minggu ni berturut-turut share pasal makanan kan? hahaha..maafin guweeee..guwe keterlanjuran sudah.. maklumlah,aku punya misi untuk menaikkan berat badan ni korang,huwarrr.... Please memahami diri ini?hahahahaha.. Ikutkan entri tahun lepaslah aku terkantoi dengan sorang mamat yang kerja dengan tempat kerja aku..Patut ah aku perasan dah lama,mamat ni kenapalah usha aku pelik,rupanya baru aku tahu yang dia nak tegur aku ke blogger milik blog letopkeypad tu?hahahahahahahahahahahaha... Kantoiiiiii la oiiiii....Sebenarnya,okaylah..taknaklah panggil mamat..tak manis,hahaha..aku panggil abang ok? sebenarnya abang tu google pasal Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort,tup tup tup terjumpa blog aku....... Wahhhh abanggg...


So,perasaan abang lepas makan di Bangi Golf Resort macamana?best? *kalaulah abang baca entri saya yang ni pulak,mohon abang komen eh?pastu jangan la kabo ke orang,saya ni dalam blog memang watak cenggini..kah! malu banggg



Haaaaaa....sungguh la,tak rugi kongsi tempat menarik untuk berbuka puasa,tup tup tup...orang yang kenal kita secara tak sengaja baca blog kita,kahkahkah..segan tahu segan..tapi okay la.. rasa dah boleh tapau sikit perasaan segan nak ngaku diri ini blogger,lulz...



Okay! Aku kalau nak buat ayat mukadimah tak panjang memang tak sah! hahaha... dan kali ini Mek Onie bersiaran di Bangi Golf Resort... Ya rabbi,kali kedua di sini,terima kasih banyak-banyak pihak Bangi Golf Resort kerana memberi peluang kedua untuk saya mencuba buffet ramadhan bakal tiba ni.. 






sumber gambar: projektravel


Yessss,inilah tempat dimana aku akan bersiaran,hagituh kau... Kali kedua di sini dan aku merasa sesuatu yang baru... sebab sebelum ni aku makan di dewan sedia ada..tetapi kalini dewan baru telah siap dan boleh menampung seramai 800 orang..sebab sebelum ni memang agak crowded sampai tak cukup tempat nak makan berbuka puasa,sekali datang sekali lagi..haaa..siap dah dewan baru dimana masa kami datang tu baru 3 hari siap kalau tak silap. Tahniah Bangi Golf Resort !





Untuk pengetahuan korang,Bangi Golf Resort ini melancarkan buffet ramadhan bermula dari 21 Jun 2015 hingga 15 Julai 2015.

PENTING!
Bangi Golf Resort 
Salah satu daripada hanya beberapa resort golf di Malaysia yang menerima perakuan SIJIL HALAL daripada JAKIM.


Sajian istimewa sehingga 200 pilihan


HARGA
Dewasa-RM55
Kanak-kanak-RM27

HIDANGAN BUFFET
Masakan Melayu 
Sajian Barat
Masak Timur





Antara masakan melayu yang wajib korang cuba.




Mee Rebus



Pelbagai kuih-muih,agar-agar dan puding buatan sendiri.



Pasemboq dan rojak buah. Jadinya, rojak buah ni memang wajib try ! Pegilah memana restoran yang sediakan buffet ramdon,emangnya memang mesti ada rojak buah ni,haha





Western food memang pilihan aku,hikkkk! Antara gambar atas ni,dedua memang best dan korang wajib try !!!!!

Gambar atas: Grilled Boneless with Creamy Mushroon Sauce
Gambar bawah: Beef Lasagna


Serius memang tak hampa dengan menu atas ni,best !
Nasib ah meja makan aku dengan meja makanan jauh,kalau tak mahu berkali-kali aku tambah





Sate daging dan ayam bersama kuah kacang yang dibuat sendiri





Ohoiiiiiiiiiiiiiii,kambing panggang ni kalau korang tak reti makan memang hilang satu nikmat donia! haha... Yang bestnya,kambing bakar ni dipanggang secara perlahan di atas bara api.


 Kambing Bakar, iaitu kambing yang dipanggang secara perlahan di atas bara api dan Sup Kambing Mamak. Di stesen ini, chef BGR menghidangkan tetamu dengan hirisan daging kambing yang baru sahaja dipanggang dan menyediakan sup kambing panas yang akan menghangatkan seler





Sup Kambing Mamak





Beef Lasagna dan Grilled Boneless with Creamy Mushroon Sauce menjadi pilihan hati aku,hihihihi...ayam dia lembut! lasagna dia sedap! banyak cheese oiiii....





Yeahhhhhhh...sama tapi rasanya yang lain.

Gambar kiri: Telur separuh masak bersama kicap
Gambar kanan: Saus Vide Eggs with Mushroom Espuma

Kalau korang nak tahu,Saus Vide Eggs with Mushroom Espuma ni dari Singapore. Haaaa,kekalau nak rasa kelainan bolehlah mencuba hidangan ni...yang penting ambik dedua macam ni ok...baru boleh dapat beza rasa dia ;)


Lain-lain menu yang dihidangkan di Bangi Golf Resort (Buffet Ramadhan):-

  • Kuay Teow Goreng
  • Mee Goreng Mamak
  • Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang
  • Butter Prawns
  • Teriyaki Chicken
  • Black Pepper Beef
  • Fish Fillet dengan Sos Serai
  • Sambal Sotong Kembang
  • Ayam Masak Ros
  • Aiskrim Pacojet perisa Teh Tarik,Tembikai Susu dan Bunga Kantan
  • Pelbagai kek boleh didapati
  • dan banyak lagi!





sumber gambar: projektravel

Apapun terima kasih banyak-banyak pada pihak Bangi Golf Resort kerana sudi menjemput kami ke Majlis Berbuka Puasa ini. Tahniah juga atas pembukaan dewan baru :)


Hampir terlupa!

Tetamu juga akan dihiburkan dengan alunan muzik Melayu Tradisional yang didendangkan secara live oleh sebuah kumpulan kugiran dari pukul 6.30pm-9.30pm setiap hari.

Paling penting sekali,surau ada ok? jangan risau ;)







Okay,itu sahajalah dari saya, selamat menyambut bulan ramadhan dan sebarang tempahan boleh hubungi Puan Lully Shalwanidi di 016-267 8284 / 016-964 5544 atau email bgrrestaurant@gmail.com.

Bangi Golf Resort Restaurant Sdn.Bhd.
No.1 Persiaran Bandar,
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor

Tel: 
03-8925 3728 / 03-8210 0265

Fax:
03-8925 3727 / 03-8925 3726

Email:
bgb.bangigolf@gmail.com

Koordinat GPS:
2.95716N, 101.76518E


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com



Selamat menyambut bulan ramadhan ya sahabat semua :D



14 ulasan:

  1. tahun ni boleh cuba bukak puasa kat sini pulak...selalu tiap2 tahun asyik kat concorde kl je..boring dah...hehe

    BalasPadam
  2. sape ek menan dua hadiah? hahahaha. nak jugak! :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. komen berbaur nak bagi org jeles ah ni!!! cisss tau..*nangisssss tepi kerusi

      Padam
  3. Tumpang tanya. Kalau pergi makan dengan awak dekat sini boleh?

    BalasPadam
  4. meleleh air liur tgk..sedapnya nampak..

    BalasPadam
  5. tempat nampak cantik tu.. bersedialah untuk ke buffet ramadhan

    BalasPadam
  6. banyaknya senarai menu makanan,saya paling suka pencuci mulut seperti kek dan aiskrim,sedap :-)

    BalasPadam
  7. Telan air liur berkali kali. Hahahaha

    BalasPadam
  8. untuk tempahan buffet ramadhan dibangi golf resot boleh hubungi wani 016-9645544 atau 016-2678284
    juga melaui email . bgrrestaurant@gmail.com

    BalasPadam
  9. pagi pagi ni tengok pics makanan terus laparrrr

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..