Tinggalkan Diet,Hello Makanan best Hotel Perdana Kota Bharu,Kelantan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku rasa minggu ni memang nak share kisah makanan saja. Semoga diri ini terus membesar dengan lebih cepat,hahahaha...Stress tahu bila makan berat tak naik, makan masuk toilet,makan masuk toilet.. agaknya tulah punca aku makin kurus! Stress tahu jadi kurus! Hmmmm,eloklah tu...yang kurus nak gemuk,yang gemuk nak kurus, adakah dunia masih tidak adil?hahahahahaha....
Kalau korang nak tahu, berat badan aku ni dalam 39kg-41kg cenggitu la, korang rasa?????gepeng takkkkkk???? haha...Oleh sebab itu, masa aku pergi kelantan.. 3 minggu lepas macam tu,memang aku nekad gila nak makan! Emmmmm...sebenarnya aku ni agak memilih pasal bab makan ni dan kalau korang nak tahu, aku memang tak berapa gemar nasi sangat, aku lebih suka western food..okay ! hilir keyyyyyyyy terrrr...kahkahkah...tapi serius la,aku memang takde selera dengan nasi T_T
Tapi bila aku sampai Hotel Perdana Kota Bharu tuariiii,memang say hi lerrr ke makanan...Aku berani cakap,hotel ni memang kaya dengan makanan yang sedap-sedap..lagi-lagi makanan tempatan Negeri Kelantan. Pegi Kelantan semata-mata berjalan tak payah la awoppppp.. Kalu-kalu sep awop kelik kelate, mohon belako-belako tu teraaa la makaney tempatan di Hotel Perdana Kota Bharu tu... Sungguh tok rugi ambo kabo ke awop-awop semo...
Erghhh, kan kan kan tetiba terkencek kelate,hahahaha... Sengoti (sungguh), makanan di Hotel Perdana Kota Bharu memang puas hati. Kau bayangkan, masa aku sampai hotel tu terus capai mesin timbang berat badan yang ada pada setiap bilik... mula-mula aku timbang, berat aku 39.2kg..kau bayangkan berat aku betapa Ya Rabbiiiiii,kau manusia ke tengkorak mekkk?hahhahahahaha... Sebab tu aku stress,sebab kurus sangat,emmmm....
Nak tahu keputusan dia? meh baca sampai habis...Sebelum cerita panjang lagi, izinkan aku senarai restoran yang ada kat Hotel Perdana Kota Bharu ni..
- Restoran Eleven
- Cerana Coffee House
- Restoran Jade
- Kafe Rebab
Kesemua restoran ni menghidangkan pelbagai makanan yang mempunyai citarasa yang berbeza dan aku yakin bila korang tengok pun rasa tak jadi diet dah,hehehhe....Jommmmmmmmm baca pengalaman aku semasa makan di restoran Hotel Perdana Kota Bharu ni ;)
Restoran Eleven.
Restoran ni menghidangkan pelbagai menu. Hari pertama aku sampai Hotel Perdana ni, memang kami dijamu dengan pelbagai menu yang bila tengok 'Okay wehhhhh! aku malas nak diet.... sekarang adalah hari menipu sebagai seorang kaki diet'....haaaaaaaaaa! Bayangkan, ada laksam,ada nasi kapit,nasi berlauk,bihun goreng,rojak,kekacang dan banyak lagiiiiii ! Tapi paling best sekali adalah menu laksam, dia punya kuah bukan macam orang pemalas buat kuah tu,cukup rasa !!!! Oh, bila ingat balik, first time jugaklah aku makan laksam dengan belacan,hahahaha...adakah keretapi sedang meninggalkan aku?hahahahaha..
Ubi keling pun ada weh.... Ubi keling ni memang makanan ruji aku ketika balik kampung kelantan. Sambil layan tv sambil ngapppp ubi keling. Oh satu lagi, aku memang suka makan ubi keling dengan air sejuk...Sebab? akan ada rasa manis-manis,hehe..tak percaya cubalah!
Yang bestnya, kat restoran eleven ni ada steamboat hokayyyyyyy...Pakej steamboat ini dikenali sebagai Yeolhana Steam & Grill,dimana pakej ini setiap hari dan dihidangkan bermula jam 6pm hinggalah 12am. Makan?haaaaaa..makanlah sampai puas hati..Memang banyak pilihan yang boleh dipilih... Part paling best adalah bahagian pencuci mulut, Ya Rabbiiiii...nak menangis rasanya bila tengok pelbagai jenis pencuci mulut ketika kami disajikan dengan pakej Yeolhana Steam & Grill ni... Sebelum terlupa, harga bagi pakej Yeolhana Steam & Grill bagi seorang adalah RM68 . So,selamat bersteamboat korangggggggg!!! Tomyam dia memang mabelessssss kabo ke awop... Sape yang suka pedas tu memang wajib try steamboat dia :D
Aku cukup gemar kalau pegi mana-mana restoran steamboat mesti usha Bamboo Clam ni ada ke tak.... Aku rasa malam tu aku makan berapa puluh batang entah..memang bestttttt Bamboo Clam ni.... rasa dia sedappppp dan lebih kurang macam lala la kalau tak silap.... Terpulanglah nak steam ke nak grill,tapi aku lebih suka steam kalau bamboo clam ni..hehe
Suasana di Restoran Eleven.. Sangat selesa dan luas.
Okayyyyyyyyy!!!! bagi yang tak tahu,sebenarnya restoran eleven ni berada di roof top okayyy... Dah kalau ada di roof top tu mestilah dapat tengok pemandangan dari atas. Sesungguhnya, saat beginilah paling best nak merakam detik di Kota Bharu,hagituhh... Boleh nampak bandar Kota Bharu dan kalau cuaca baik boleh nampak Negara Thailand koranggggggggg!!!!
Masa kami sampai di Hotel Perdana Kota Bharu ni, benda paling tak sabar sebenarnya sesi demostrasi dari chef-chef yang hebat di Hotel Perdana Kota Bharu. Haritu kita orang diajar bagaimana nak buat Jala Emas dan langkah membuatnya sangatlah mudah sebenarnya.... Selain dari Jala Emas, kami pun diajar bagaimana nak membuat kuah laksam. Banyak jugak dapat tips dari chef-chef ni...Thanks chef!
Cerana Coffee House.
Cerana Coffee House? First impression,aku ingat restoran ni menyajikan pelbagai coffee,kihkihkihkihkih.....Untuk pengetahuan korang, nama restoran ini sangatlah unik dan simbolik kerana restoran ini menggunakan nama yang klasik dan cerana ini sebenarnya bermaksud talam. Sesuai sangatlah diberi nama Cerana,hihi....Pengalaman aku makan di Cerana Coffee House ni memang sangat mengujakan sebab menunya terdiri dari barat hinggalah tempatan. Paling best sekali yang tempatan punya.
Korang kalau ke sini, tolonglahhhhhhhhhhh cuba menu ni. Nasi Kerabu la apa lagi kan? Segala rasa memang cukup dan aku rasa paling best nak makan nasi kerabu di kelantan. Kat KL payah nau nak dapat yang rasa dia macam kat Hotel Perdana Kota Bharu ni,kat KL rasa dia semua light-light je..... nak bagi 5 bintang terus kat Nasi Kerabu Hotel Perdana Kota Bharu ni......terbaik chef!
Satu lagi, yang bestnya...dapat breakfast tepi kolam renang, walaupun tak dapat berenang sambil makan,hahahaha...dapat makan tepi kolam renang pun jadilah...segar sikit minda ni,kihkih...
Nasi berlauk dan ikan tongkol.
Satu lagi nasi dagang kat Hotel Perdana Kota Bharu ni memang sedap gila. Jujur aku cakap,aku ni sebenarnya tak suka sangat dengan nasi dagang, sebab bila makan akan ada rasa muak....tapi bila aku makan nasi dagang kat Hotel Perdana ni,rasa dia lain....tak muak sikek habukkkk!!
Selain tu, banyak lagi menu yang boleh dapat di Cerana Coffee House. Restoran ini dibuka pada 6am-12pm... So,orang luar tu,kalau teringin nak makan Nasi Kerabu kat sini,dipersilakan...korang try dan takkan menyesal. :)
Sampai makanan lain pun lupa nak jamah,sebab perut aku ni memang nampak ke nasi kerabu,nasi dagang dan nasi berlauk,hahahahhaha...oh satu lagi,nasi tumpangggggg! First time aku makan nasi tumpang ni...dan sampai sekarang aku pelik kenapa nama tumpang? kenapa cara dia susun isi dalam tu macam tu,hihi.... ada sape tahu tak?
Restoran Jade.
Restoran ini sangatlah elegen dan bila masuk umphhhhhh,wangi betul!!!!! hihi...bertemakan ala-ala cina restoran ini menyajikan menu masakan cina dan thai. Pengalaman aku makan di sini ye? Dah tentu aku akan cuba tomyamnya dahulu... Seriussss, rasa dia memang susah nak dapat di kedai luar sana. First time aku makan tomyam yang sedappppppp sangat... Di restoran ini kita akan disajikan dengan menu yang seperti:-
- Boneless Chicken Ban Suan Style
- Fried Prawn Curry Leave
- Fried Sea Bass Siamese Style
- Fried Squid with Ginger Onion
- Oyster Pancake
- Siew Pak Choy with Garlic
- White Rice
- Mixed fruits
- Chinese Tea.
Yeahhhh,nama menu pun ala-ala chinese dan thaikan... Rasanya dah tentu la sedap dan sesapa yang penggemar tomyam,aku sarankan korang kesini untuk mencuba sendiri menu tersebut. Kami hirup tomyam sampai berebutttt haritu,sedap sangat!hik
Semua sedap !
Lagi satu, restoran jade ni berdekatan dengan kolam renang jugak. ^_^
Eh wajiblahhhhhh kamera yang makan dulu,hahahaha.. :P
Yeahhhhhhhhhhhhhhh! Air Batu Campur ni paling win paling power abad ini,first time aku tengok ABC sebesar gini haaaaa...nak angkat pun beratttttt (gigih)... ABC ni sesuai dimakan oleh 10 orang,tapiiiiiiii...harituuuu,aku ingat taknak try...tapi gila la taknak try kan? Sekaliiiiiiiii sejam lebih gak aku melanguk kat Cerana Coffee House makan ABC ni... actually makan 3 ke 4 orang pun dekat nak habis... Apapun ABC Giant ni memang paling win lah! hahaha... Elok sangat, balik dari Perdana Trail terus pekena ABC, nasiblah gigi aku tak meragam,hahahahahahaha..oh lupa, harga ABC ni adalah RM18/pinggan ni haaaaaaaaa..... :D
Kafe Rebab.
Rating: 5/5 bintang mek onie bagi!
Highly Recommended !!!!!!!!!!!!!!!
Highly Recommended !!!!!!!!!!!!!!!
Alamat:
Hotel Perdana Kota Bharu
Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu,Kelantan
Untuk sebarang tempahan boleh hubungi:
Tel: 09-745 8888
Fax: 09- 748 8855
Email: sales@hotelperdanakotabharu.com
Facebook | Website | Instagram
Alamat:
Hotel Perdana Kota Bharu
Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu,Kelantan
Untuk sebarang tempahan boleh hubungi:
Tel: 09-745 8888
Fax: 09- 748 8855
Email: sales@hotelperdanakotabharu.com
Facebook | Website | Instagram
Terima Kasih Destination Malaysia kerana bawa saya ke Kelantan ! Best gila ;)
Takut nak share peningkatan berat badan.. nak share berat bag masa balik boleh? hehehe
BalasPadamelehhh,takut konon rawlins :P
PadamBkk entry terus scroll gambaq... Haha mek da kurus tayah diet >.<
BalasPadamAku naik 2kg weh!!!
BalasPadamntuk 1 mlm dan makan family kna stanby brapa ni,lama dah duk simpan saja duit ni
BalasPadam