Buffet Ramadhan 2015: Asmara Penchala by Felda D'Saji
Assalamualaikum dan salam sejahhtera semua. Kita semua dah masuk Ramadhan yang ke-11 hari. Persiapan raya aku? Opkos la belum setel lagi, ikutkan setiap tahun jodoh aku dengan oven. Tahun ni tak pasti sempat ke idok nak buat kuih raya bagai. 100% persiapan raya aku masih belum lengkap...Takpelah, awal lagi,LOL. Sementara masih berada dalam bulan ramadhan ni, aku nak tuju khas kepada ampa semua kisah Buffet Ramdhan yang tak habis-habis ni haaa,haha..
Sape yang kaki pencari buffet ramadhan tu bolehlah baca sini. Kot ada yang terbekenan dihati ke apa kan. Setengah orang dia tak kisah sangat kisah Buffet Ramadhan ni, tapi bila aku sendiri dapat mencari tempat buffet ramadhan tambahan pulak tempat cantik,makanan marvelous idoknya nak rugikan.
Asmara Penchala By Felda D'Saji |
Buffet Ramadhan
Asmara Penchala By Felda D'Saji
Kampung Sg.Penchala
Harga: RM59 Dewasa / RM35 Kanak-kanak
Gazebo yang direka khas. Lakonan semata-mata. |
Dengan berkonsepkan ala-ala bali, restoran ini telah membuatkan hati aku tertarik untuk datang lagi di masa akan datang,kot nak ber-candle light dinner kan,kekekekeke... Sewa? ya. Setiap gazebo yang direka khas ini hanya perlu menambah RM50 sahaja.
Lokasi Asmara Penchala ini sebenarnya berdekatan juga dengan One Utama dan The Curve cumanya seberang jalan sahaja. Aku haritu dari Puncak Alam dan melalui Sungai Buloh dan apabila korang dah lepas Tol Litrak Penchala tu ampa boleh exit jugak di Bukit Lanjan atau jalan kedepan sedikit sehingga nampak tempat jual kereta Porsche (kalau tak silap) atau nampak petronas ampa ambik kiri melalui petronas tu, mudah ..Restoran ini berdekatan dengan perumahan dan bahagian depan restoran ini tertutup , kalau ikut waze pun inshaAllah jumpa,no worries :)
Photo by penaberkala.com |
Dan ini adalah Gazebo bagi mereka yang inginkan santapan beramai-ramai dan mengadakan aktiviti bersama rakan anda dan perlu menambah RM50 sahaja. Dengan suasana yang romantik dan tenang, dapat juga kita merehatkan minda. Sempat juga berbuka puasa dengan rakan blogger yang sempoi dan best .. Terima kasih Nuar ( penaberkala.com ) sebab bawak onie ke sini. At least tahu jugaklah aku restoran yang awesome sekitar Damansara tu haaaa,hihi
Gazebo : Candle Light Dinner |
Selain daripada Buffet Ramadhan, Asmara Penchala ni pun sebenarnya ada menawarkan servis bagi mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan,pertunangan,pernikahan, event dan sebagainya yang mampu menampung seramai 700 orang. Dengan konsep ala bali serta privasi, majlis tampak lebih ekslusif . Masih ingat lagi drama Teman Lelaki Upahan? dan masih ingat dimana event bersama peminat last episod Teman Lelaki Upahan? Mana lagi kalau tak di Asmara Penchala sebagai tempat pilihan mereka bagi meraikan peminat drama tersebut. Ramai juga yang mengadakan birthday party di Asmara Penchala ini. Itulah, setiap majlis yang dilakukan di sini ada privasi tersendiri dan suasana di sini pun sangatlah cantik dan tenang :)
Sambal Hitam Pahang |
Sempena Ramadhan,Asmara Penchala turut menghidangkan lebih 70 hidangan yang berkonsepkan Buffet Warisan Nusantara dimana masakan tradisi dan barat pun ada. Bagi aku, aku lebih tertarik dengan masakan tradisi seperti masak lomak telur itik, first pegi tempat buffet ramadhan yang ada masak lomak telur itik,hihi... Satu lagi sambal hitam pahang! Sedap gila !
Suasana di Asmara Penchala |
Tempat yang luas mampu memberi keselesaan pada sesiapa sahaja yang datang kesini |
Pilihan makanan |
Masakan Tradisi |
Pilihan air |
Siap ada aiskrim lagi haaa |
Selain daripada nasi dan lauk, pelbagai jenis mee pun ada..antaranya kuey teow dan mee goreng.
Noodles Station |
Italian Station |
Satu lagi tekak aku ni pun sebenarnya tekak omputih (kbai). First sekali masa berbuka haritu,aku terkam spagheti deme. Kihkihkih.. Sedap dan banyak pilihan !!!!
Roasted Lamb dan Ikan Bakar panas-panas sape tak try rugi la ampa... Di masak oleh Chef-chef yang power
Pilihan Jeruk |
Manisan Kek |
Pencuci mulut ke-2 yang wajib try.. Anak-anak mesti suka ni kalau diberi kek ni. Sah-sah menambah.
Ais Batu Campur |
Yeahhhhhhhhhh! Sape peminat ABC,ampa semua janganlah lepaskan peluang ini! ampa nak buh aiskrim ampa buh la, yang penting ABC ni dapat segarkan perut. :)
Antara kemudahan yang ada di Asmara Penchala
Surau yang besar |
Sebenarnya aku agak pantang dan malaihhhhhhhh nak bukak puasa kat luar kalau surau dia sekangkang kera. Dah la restoran besar gabak, surau sekangkang kera,kau ghase? Lagi best bukak kat rumah. Tapi bila aku pegi Asmara Penchala ni, alhamdulillah..soalan pertama aku tanya surau! Nasib baik surau dia besar dan untuk pengetahuan korang, surau di Asmara Penchala ni luas,bersih dan selesa serta baru sahaja siap :) Bukan tempat makan sahaja yang besar tapi surau pun besar. Serius, bagi restoran yang ada sediakan buffet ramadhan, please adakan juga surau yang besar supaya senang kaum muslimin dan muslimat untuk solat. Tahniah Asmara Penchala kerana anda sangat tekankan pada bab ini ;)
Tandas di Asmara Penchala |
Tandas bersih dan selesa. Alhamdulillah.
Apapun, makanan di Asmara Penchala sangatlah memuaskan hati aku dan sedap. Semoga Asmara Penchala by Felda D'Saji ini kekalkan kesedapan ini. InshaAllah ada masa saya akan sampai sana lagi. Terima kasih juga Asmara Penchala kerana memperkenalkan kami tempat ini kepada orang ramai dan memberi servis yang baik pada kami ketika kami datang berbuka puasa di sini. Ampa semua, mai try sini nah, aku yakin ampa suka dengan tempat dan makanan kat sini ! Oh,sebelum terlupa, ada jugak Band dari ASWARA,THE GLANZ yang menghiburkan anda. Seronok muzik depa.
Apapun, semoga kita bertemu lagi. Bagi yang nak tempah Gazebo tu, korang kena la book awal nah, sebab ada 2 Gazebo je. Makanan dari Felda D'Saji sangatlah tidak menghampakan aku dan sahabat yang turut serta berbuka pada haritu. :) Apa-apa tempahan atau pertanyaan korang boleh hubungi:
| WEBSITE | FACEBOOK | GOOGLE MAP |
ALAMAT:
LOT 2933,
JALAN SG.PENCHALA,
KAMPUNG SUNGAI PENCHALA,
60000 KUALA LUMPUR
EMAIL:
info@asmarapenchala.com
TEL:
03-2698 8302
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
terbaik..:)
BalasPadamwah boleh buat aiskrim sendiri.. nice environment tuk dinner
BalasPadam