Fashion Show: Miss & Mister Charming 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. So macamana puasa ke-4 ni? Dah ada yang ponteng ke chuolsssss? ahak! Nak diceritakan sebelum puasa tuari, aku dan mar menyempat pegi tengok fashion show. Terima kasih mar mengajak kita yang sendu ni,haha.. First time pegi fashion show grand cenggini dimana kesemua yang dijemput ni ada diantara dari media, wedding planner, model-model, MUA, artis, designer dan ramai lagi. Sejujurnya, aku tak berapa kenal sangat antara mereka ni. Maklumlah jarang ke event sebegini,hiks. Apapun thanks Mar sebab bagi peluang dan satu pengalaman yang beronok-ronok(seronok) sehingga ralit tengok baju yang diperagakan oleh para model.



Event: Miss & Mister Charming 2015 Fashion Show
Tempat: Ndah Katering




Hai,sayalah orang yang sendu itu,haha... Tibeh sangat jadi ayu cenggitu!haha.
First time masuk Ndah Katering ni aku sangat terpesona dengan hiasan dalam tu. Pada yang berminat nak mengadakan majlis perkahwinan atau show bolehlah hubungi Ndah Katering. 




Paling penting,makanan kat Ndah Katering ni memang sedap gila !!! 



Gambar sekitar event:-


Antara fesyen yang menarik perhatian aku.


Untuk pengetahuan korang semua. Banyak kategori yang dipertandingkan antaranya adalah best catwalk, best dress dan juara miss & mister charming. 


Tahniah buat semua pemenang dan dress putih atas ni saya sangat berkenan. Lawa!



Oh ni la mar yang saya kabo atas tadi,hik..



Tak lupa juga, orang sendu ni pun nak gak bergambar dengan wawa zainal,Haha....Apapun tahniah wawa,sedang hamil anak keduan :D


Oh! Nama pun event fashion show Miss & Mister Charming 2015? dan inilah pemenangnya. Tahniah!kerana korang layak mendapat gelaran Miss & Mister Charming 2015. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan. Kekalkan Miss & Mister Charming dan juga kekalkan kebijaksanaan dalam menjawab soalan. Mula tu aku pun agak terkejut jugak, sebelum nak umumkan pemenang, ada pulak soalan untuk kesemua short list pemenang. Rupanya, kecantikan bukan sahaja terletak pada pakaian,kecantikan dan kehenseman seseorang,tetapi kecantikan juga terletak pada kebijaksanaan seseorang.


Sebelum aku terlupa juga, terima kasih kak Fiona dari ewana fm kerana menjemput diri ini :D
Seronok pulak pergi fashion show macam ni, lelagi malam tu model-model ada peragakan pakaian tradisional. Ada jugak ilham aku untuk bawak ke Bangkok!hahha.... haaa tu jela,hik..


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

3 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..