Festival Ramadhan Klang di GM Klang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jyeahhhh! Sabtu baru ni aku menghadap GM Klang kali kedua. Sebenarnya sebelum sebelum ni berapa puluh kali dah aku lalu GM Klang tapi masih tak berkesempatan nak menyinggah. Bila kali pertama aku singgah GM Klang, harapan aku nak memborong tetapi disebabkan terlalu banyak pilihan aku jadi terkelu sekejap mana satu aku nak borong dulu. 


Bagi yang tak tahu lagi, lokasi GM Klang ni betul-betul berdekatan dengan Aeon Jusco Bukit Tinggi nak menghala ke Banting tu, lokasi yang sangat strategik dan senang dicari. Parking pun banyak, kecuali kalau ada musim perayaan ke aku sarankan ampa semua turun awal pagi supaya takde kesesakan. Masa aku pegi GM Klang yang first time tu, memang aku dah menapak awal sikit, kalau ampa nak mai sini ,better mai awai. Masuk tengahari sikit confirm sesak. Maklumlah, GM Klang ni ramai peminat dia, lagi-lagi kaki pemborong ;)


Minggu lepas aku turun GM Klang lagi untuk pelancaran Festival Ramadhan Klang, satu program yang sangat menarik dan paling penting banyak aktiviti yang disediakan untuk korang semua. Untunglah sape yang duduk dekat dengan GM Klang ni, i is jeles hokay!





Im here !!!!! Laluan Budaya yang penuh dengan nostalgia. Banyak aktiviti sepanjang laluan tersebut sekaligus membuat aku teringat zaman kanak-kanak. Tercapai dengan matlamat Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn.Bhd, Dato Lim Seng Kok dimana aktiviti yang disediakan merangkumi aspek kerohanian,kebudayaan dan kekeluargaan.  Sebelum aku sembang panjang lagi, Festival Ramadan Klang ini telah dirasmikan pada 27 jun 2015 oleh Dato Lim Seng Kok.






Ucapan tahniah kepada UiTM dan Women International Network (WIN) yang telah bekerjasama di atas penglibatan usahawan mereka di Festival Ramadhan Klang ini. Hal ini juga, dapat melahirkan bakal usahawan yang mampu mencorakkan lagi industri dunia perniagaan ini. 



Jadual Festival Ramadan Klang ini bermula dari 26 Jun 2015 - 12 Julai 2015
 Isnin - Jumaat : 3pm - 11pm
Sabtu - Ahad : 11am - 11pm




Untuk pengetahuan korang, Projek Iqra pun turut hadir bagi menjayakan majlis ini dengan bacaan al-quran dan tak lupa juga pelajar Maahad Tahfiz Al-Munirah pun turut diraikan.






Pelbagai aktiviti pada hari tersebut,salah satunya penampilan maskot 'Upin dan Ipin',demonstrasi batik,dekorasi cupcake, bacaan Al-quran,pemberian bubur lambuk percuma dan banyak lagi aktiviti yang menarik





SESI PENDAFTARAN




PENAMPILAN MASKOT UPIN IPIN



PEMBERIAN BUBUR LAMBUK PERCUMA




Pihak Infaq Bridger memberi sumbangan sejadah sembahyang di 2 buah surau di Pusat Pemborong GM Klang.





Antara mereka yang menjayakan Festival Ramadhan Klang. Bertepatan dengan objektif penganjuran festival ini, pihak GM Klang berharap dengan setiap penglibatan orang luar/pengunjung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita bersempena berada dalam bulan ramadhan yang mulia .





PELANCARAN FESTIVAL RAMADAN KLANG OLEH DATO LIM SENG KOK. TAHNIAH DATO. :)


SAYA SAYANG GM KLANG,HAAA


Selama 17 hari festival ini berlangsung, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti bacaan Al-quran, bengkel wau, penampilan maskot 'Awang Kenit, Dunia Eicak & Cingkus '. Tak lupa juga, ceramah agama dari ustaz pun ada. Selain itu, kita dapat mendengar persembahan akustik & nasyid serta bermoreh bersama artis kesayangan ampa semua. Masa aku pergi Festival ni pun memang banyak aktiviti yang disediakan. InshaAllah akan datang kesini sambil shopping :)



GM KLANG, BLOCK C


Lokasi Festival Ramadan Klang berada di Block C ye anak-anak,bukan di Block A. Jangan salah menjengah pula,hihi...sambil menjengah di Festival ampa pun boleh membeli-belah di Pusat Pemborong GM Klang dengan jayanya. Memang banyak pilihan di sana dan harga pun sangat berpatutan. So, ampa semua p dah ka???? Jangan lupa menyinggah GM Klang nah ! adik-adik atau anak-anak mesti suka ! sebab banyak aktiviti untuk anak ampa jugak ;)


Selamat berfestival semua.
Ingat GM Klang,Ingat Mek Onie,Kbai :P


ALAMAT
BANDAR BOTANIC, 
GM KLANG WHOLESALE CITY,
JALAN KASUARINA 1,
41200 KLANG, SELANGOR


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

6 ulasan:

  1. meriahnyaaaa...seronok ye jenjalannn

    BalasPadam
  2. kite pergi segelum puasa haritu je... :)

    BalasPadam
  3. Kalau mak datang KL, memang selalu singgah GM Klang. Dari bangunan asal dulu sampai bangunan bertingkat2 ni. Hehehehe Banyak betul barang kat sini. Ida dulu beli cadar kahwin kat sini. Hahaha

    BalasPadam
  4. bestnya kalau dapat gi sini ni...

    BalasPadam
  5. Ni dekat dengan Meru ke cane? kalau dekat boleh la pergi nie nanti nak pegi berbuka dekat Meru rumah abg itew

    BalasPadam
  6. tunggu balik klang ler baru singgah

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..