Hotel Murah Di Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yeah!!!! Sesungguhnya berbulan-bulan aku peram kisah Terengganu dan aku rasa memang patut aku share di blog yang sendu ini,haha.. First masa aku nak bercuti lepak-lepak kat kuala terengganu aku serahkan pada member aku je untuk book hotel,ingat nak ambik hotel dekat dengan airport kuala terengganu tu. Sekali kalau fikir balik,nak gerak ke tempat-tempat wajib di Kuala Terengganu sebenarnya memerlukan masa dan duit jugak. Apapun we decided untuk booking hotel di tetengah bandar kuala terengganu. Jimat masa dan duit. Lagipun muda lagi,jalan jela kaki selagi ada kudrat ni haaaa...


Bila member aku book hotel tu,terus aku google dan wah! hotel tu sangat strategik..sebabnya tujuan aku ke Kuala Terengganu tu adalah nak merayau satu  Kuala Terengganu dengan harapan ada la secebis cerita yang boleh dikongsi diblog,kihkih. So,memang okay sangatlah hotel tu kan. 





cey,saja nak letak gambar ni,rindu perhentian la weh,inshaAllah next year after audit akan ke sana lagi,haha
Kisah perhentian baca sini






so,inilah bilik yang kita orang tempah tu... selesa la sikit untuk 3 orang tidur.
Hotel: DJ Citi Point Hotel,Kuala Terengganu

Pun sudah share di projek travel





haha,sorry..gambar tak lawo..tapi kenapa entah time ni lupa bebeno nak ambik gambar bilik bebanyak..so,ini jelah aku mampu persembahkan. Atas tu ada tv...astro weh! sampai bilik layan movie,haha






Entah,aku rasa hotel ni sangatlah berbaloi kalau kita nak menginap ke apa,sebab hotel ini semurah rm69/night..okay la kan?sesuai gak untuk kaki backpacker tu haaaaa....






Nampak tak betapa strategiknya hotel ni dengan tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu?
Sungguh bersyukur diri ini. 






Haaaaaa,nampak tak Hotel Citi Point tu? bawah hotel tu ada kedai kain.






haaaaa...ni view dari bilik aku..pasar payang,jeti kuala terengganu ,pappa rich,kedai kain dan depan hotel ni gak ada kedai makan....kau ghase? sangatlah strategik hotel ni... lagi satu dengan dengan stesen bas.






Antara jenis bilik.






Alamat:

No.16,Pusat Niaga Paya Keladi,
Jalan Kampung Daik,
20000 Kuala Terengganu,Malaysia.

Email: djcitipoint@gmail.com

Tel: 09-630 9909
Fax: 09-630 9908


Rating keseluruhan : 3.8/5 
Lokasi: strategik dengan kebanyakan tempat menarik
Bilik: bahagian toilet wash basin tu aku rasa sangatlah tak okay sebab jenis aku ni suka letak pembersih muka di bahagian wash basin, tapi disebabkan susun aturnya tak berapa nak okay .. aku tak berapa nak ok. 
Kebersihan: okay la,puas hati untuk 2 malam tidur.



Apapun, inshaAllah... ada masa aku akan menginap di sana lagi kerana lokasi hotel tu sangatlah strategik. 


Salam sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


18 ulasan:

  1. ari tu pernah sekali night escape dgn hasben duk hotel ni smlm ni
    murah dan okay la kan
    heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Slmt ptg,blh pkenalk tempat pginapn dkt kampus kota? Tq

      Padam
  2. oo terima kasih onie sebab share pasal hotel ni. mieza ada terasa nak backpacking ke KT, boleh la menginap kat hotel citi point ni, senang nak berjalan :D as you said, selagi masih muda ni, berjalan kaki la kita me-round bandar, hehe!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes,mieza sangat okay di sini,sebab lokasi strategik yang amat ,hehe

      Padam
  3. harga murah ek..
    ok la kan kalau setakat nak gi jalan2 tu duk hotel ni..
    reasonable price and tempat pon ok

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup...next time maybe onie stay sini lagi,hehe

      Padam
  4. Setakat nak berehat saja memang elok sangat pilih hotel bajet macam ni..boleh juga cuba bila ke KT nanti

    BalasPadam
  5. Bila pulak entah nak sampai Ganu T_T

    BalasPadam
  6. Ah! Rindu pula kat Terengganu ni. Sigh

    BalasPadam
  7. nanti boleh la stay hotel ni kalu ke KT.

    BalasPadam
  8. aku selalu jeles tengok orang travel. so pasni setiap 3 bulan aku pun nak travel haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun baru nak dekat2 dengan dunia travel ni,cececey

      Padam
  9. hotel baru ni. betul2 area bandar. mmg strategik. :)

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..