Kelantan: Tok Janggut Pejuang Jihad , Pasar Besar Siti Khadijah
Assalamualaikum dan salam sejahtera korang. Ya Rabbi,rasanya macam tak puas nak cerita pasal Negeri Kelantan ni, rupanya banyak lagi aku tak tahu kisah di negeri ini. Kenapa la aku tak belajar sejarah sesungguh masa zaman sekolah dulu? Baru aku tahu, sejarah ni sebenarnya best jugak kalau kita tahu jalan cerita, tahu kisah permulaannya... Emmmmm,takpelah..masih ada masa lagi nak fahami sejarah dahulu kala..
Entri kalini aku rasa macam tak sanggup nak cerita.. Satu bila mengenangkan perjuangannya dan satu lagi kisah kerinduan terhadap Pasar Besar Siti Khadijah ini... Sejujurnya la, aku kalau balik ke kampung memang wajib akan masuk dalam Pasar Besar...Okay, kita stop dulu kisah Pasar Besar dan entri ini adalah entri terakhir kisah aku di Kelantan. InshaAllah dalam masa terdekat ni aku akan kongsikan lagi apa yang ada kat Kelantan ok?
TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD
sumber google
Bersempana 100 tahun di mana Tok Janggut atau nama penuhnya adalah Haji Mat Hassan Bin Panglima Munah telah pergi selama-lamanya selepas perjuangannya menentang musuh,mempertahankan agama dan pengikutnya. Dengan perjuangan tersebutlah pihak British semakin bertindak ganas sehingga Tok Janggut dihukum mati dimana kaki diikat ke atas dan kepala dibawah. Sesungguhnya aku sendiri pun tak dapat bayangkan keadaan dan perasaan Tok Janggut serta pengikutnya ketika itu.
Sungguh kejam!
Tok Janggut dikenali kerana beliau pernah menyimpan janggut sehingga ke paras dada. Wow! Masih ada lelaki yang simpan janggut sebegini rupa? Tok Janggut telah meninggal dunia pada 25 Mei 1915 dimana genaplah 100 tahun usia pemergiannya. Selain itu,Tok Janggut ni rupanya kelahiran Pasir Puteh.Jangan tak tahu ye, beliau juga mahir dalam ilmu persilatan.
Ingat lagi tak korang, Tok Janggut ni jugak sebenarnya berhubung rapat dengan Pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman. Apapun, semasa kedatangan pihak British di Negeri Kelantan ini membuatkan ramai orang melayu yang tidak restu serta Tok Janggut pulang ke Kelantan semula untuk menubuhkan barisan menentang penjajah.
Satu persatu isu bangkit seperti cukai, perjanjian dan sebagainya.. Maka satu persatu berlaku persengketaan sesama bangsa.
Apapun,jangan dilupakan atas perjuangan jihad ini.. Sedekahkan Al-fatihah buat Haji Mat Hassan Bin Panglima Munah :)
PASAR BESAR SITI KHADIJAH
Sampai punnnnnnnn kisah Pasar Besar Siti Khadijah ni, rugi kalau ke Kelantan pastu tak nyinggah ke sini.. Lagi rugi ke sini tapi tak tangkap gambar suasana dalam Pasar Besar ni,hahaha.....Pertama kalinya aku jejak kaki ke sini iaitu pada bulan lepas, rasanya diri ini sedikit ketinggalan bila mana first time masuk Pasar Besar ni,haiyaaa mek mek...
Pasar Besar Siti Khadijah ini juga merupakan simbol pelancongan negeri kelantan dan yang istimewanya di sini... Untuk pengetahuan korang semua la kan, nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ini ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Namun, nama tersebut telah ditukar kepada nama Pasar Besar Siti Khadijah oleh Bekas Menteri Besar Kelantan iaitu Allahyarham Mursyidul AM Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum hawa kerana majoriti peniaganya di sini adalah daripada golongan wanita.
Pasar Besar ini mempunyai 2 tingkat di mana tingkat bawah menjual barangan basah,keropok-keropok,jeruk asam, buah-buahan dan keperluan asas dapur. Di tingkat 1 pula ada menjual kuih-muih, dodol, serunding daging, kerepek dan pelbagai lagi. Manakala tingkat 2 pula ada menjual pakaian kanak-kanak dan dewasa.
Barang yang wajib beli bila ke Pasar Besar Siti Khadijah ini adalah serunding, kepok leko,beras siam cap serindit tu haaaa... Walaupun mak aku selalu beli beras serindit di Tanah Merah nuh, apa yang aku perhati di sini,harga tak jauh beza dan bila korang di sini wajib la pandai tawar menawar dan lagi baik bawak orang yang fasih cakap kelate... haaaa.....
Tu kalau korang perasan kat bawah serunding tu ada asam,haaaaa asam tu memang feberet aku dan wajib beli bila ke mana-mana pasar besar di Kelate,hikk... Beli banyok dapatlah muroh,hok petingggg panda tawa-menawar nge panda kecek desss awoppppp...Tapi jange la tawar terlalu muroh berdoosssss, peniaga kat sana pun nak cari rezeki korang T_T
Tips lagi satu, bawaklah duit bebanyak dan kalau check in hotel,korang wajib ke Pasar Besar Siti Khadijah ini pada hari akhir di hotel which is hari check out hotel. Oh ! Pasar Besar Siti Khadijah ni pun termasuk dalam senarai tempat akan korang melawat jika booking pakej Perdana Trail di Hotel Perdana Kota Bharu. Apapun, selama aku berada di kelantan aku sangat puas dan sangat happy.
Selepas selesai memborong di Pasar Besar Siti Khadijah kami pulang ke hotel untuk makan tengahari sebelum pulang ke negeri asal kemudian terus siap-siap tinggalkan Hotel Perdana Kota Bharu.Sungguh, perasaan time tu biarlah Allah sahaja tahu. Hati rasa berat untuk meninggalkan staf hotel perdana kota bharu yang baik-baik tu. Terima kasih semua yang terlibat. :)
sumber gambar: hotel perdana kota bharu
gambar atas ni,takkan terpadam dalam blog dan juga memori,haaaaaa...gituh!hiihi....dapat kawan yg sporting memang best :)
Alhamdulillah, selama 3 hari 2 malam aku di kelantan .. aku sangat happy (wajib) dan dapat menjelajah ke negeri sendiri,pekena makanan yang super awesome sedakkkk tok tekatooooo, jupo ore kelate, dapat balik negeri kelahiran sendiri dan dapat belajar sesuatu yang aku masih tak tahu iaitu sejarah kelantan.... Haihhhh! dulu masa belajar tak pulak aku nak gigih belajar pasal sejarahkan ( HAHA), bila jadi blogger ni... aku rasa bukan jadi blogger semata-mata dan aku rasa menulis tu kadang-kadang biarlah ada isinya (walaupun susah nak create satu cerita) . Semoga pembaca blog aku terus tak jemu.
Sebelum aku akhiri entri ini, Mek Onie nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Hotel Perdana Kota Bharu kerana menaja penginapan dan segala servis yang kami dapat. Paling penting masa di Perdana Trail, Fuhhhhhh! Paling tak sangka Pengurus Besar Hotel Perdana Kota Bharu turut turun padang bersama kami semasa program ini dijalankan. Tak lupa juga, Program ini dijalankan oleh Hotel Perdana Kota Bharu bagi bertujuan untuk memperkenalkan lebih lagi tempat dan sejarah di Negeri Kelantan :D
Bukan itu sahaja, kepada Destination Malaysia, terima kasih banyak-banyak kerana mempercayai diri ini untuk ke program sebegini hebat. Selama blogging, aku rasa ini adalah peluang paling best aku dapat. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan.
Highly Recommended !!!!!!!!!!!!!!!
Alamat:
Hotel Perdana Kota Bharu
Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu,Kelantan
Untuk sebarang tempahan boleh hubungi:
Tel: 09-745 8888
Fax: 09- 748 8855
Email: sales@hotelperdanakotabharu.com
Facebook | Website | Instagram
Alamat:
Hotel Perdana Kota Bharu
Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu,Kelantan
Untuk sebarang tempahan boleh hubungi:
Tel: 09-745 8888
Fax: 09- 748 8855
Email: sales@hotelperdanakotabharu.com
Facebook | Website | Instagram
Terima Kasih Destination Malaysia kerana bawa saya ke Kelantan ! Best gila ;)
Facebook | Website | Instagram
Facebook | Website | Instagram
Kisah Kelantan:
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
Sama la kita. Emi dalam kelas sejarah mmg ngantuk aje keje. Sejak dah dewasa ni baru la nyesal sbb rupa2nya best blaja sejarah ni. Skrg hasil carian google jela sbg rujukan utama.
BalasPadamwahhh best jalan..nanti nak tour pantai timur smula..hihih best..nak gi terengganu lak..
BalasPadamIndeed, Tok Janggut was more than what we've learn from textbook. ^^ Trusrasa teringin nak ke Kelantan. hehe.
BalasPadampejuang yang makin di lupakan
BalasPadambestnyaa jalan jalan :D
BalasPadamkannnn dulu klu baca sejarah je mesti buku terlangkup atas muka hahahaha. sekarang seronok pulak haaa bila nk baca atau dengar pasal sejarah. dasarrrr betoi haaaaaa
BalasPadamNah selama ni kenal Tok Janggut dalam textbook je..habis sekolah habis lah bacaan pasal beliau..
BalasPadamyou are so lucky dapat join aktiviti dan kawan2 best onie..