Kisah Ke Klinik Pergigian Qisya,Puncak Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Selamat berpuasa ye semua. Alhamdulillah! itu hari aku pergi klinik gigi. Hoiii, dulu aku ngeri betul dengar pasal klinik gigi ni. Sebelum aku buat gigi crowning lagi memang aku ada perasaan cuak yang menebal bergunung-ganang haa.. Tapi bila keadaan memaksa aku pasrahkan diri ke klinik gigi untuk buat gigi crowning aku tuu haaaaa....Sebelum aku nak pegi buat gigi crowning tu puas aku google,puas aku youtube procedure dia tu...Agak ngeri bila tengok di youtube dan aku sendiri pun tatau macamana aku boleh mem-pasrahkan diri ke klinik gigi masa tu ! haha

Berani katako!

Then sejak dari tu, perasaan gelabah,seram sejuk,nak pengsan tu dah berkurangan..tapi aku tatau la kalau pesen penyakit pengsan aku tu duk ada dalam diri aku ni lagi,haha... 



Crowning teeth before & after

Benarkan aku throwback sikit eh gambar ni?hehe... Cara senyum pun lain sebab masa takde crowning tu aku habis cover dah haaaa! haha..Actually lepas aku cerita kisah crowning ni, memang ramai pembaca yang email,facebook dan siap jadi friend lagi kat fb.. kekalau kalau ada kisah gigi mesti share sama! haha... 

yang gambar before tu masa tahun 2010, yang after 2013 ..



Haaaa, 3 tahun jugak aku peram gigi ompong aku macam tu, memang kat kelas pun kena ejek dengan budak kelas,kau ghase? tak malu lagi ke aku ni? sebab tu la aku pasrahkan diri untuk jumpa doktor!hehe



Yelah, kisah crowning ni memang kisah 2 tahun lepas,tapi aku happy..sebab aku banyak bantu memberi pendapat serta semangat pada mereka yang memerlukan. Boleh refer menu bar atas yang ada tulis 'CROWNING' 






Bilik Surgery



dan minggu lepas aku pergi klinik gigi lagi sebab aku nak buat rawatan cuci gigi (scalling). Lagipun klinik tu baru je bukak,so aku nak try la servis dorang macamanakan. Bagi aku rawatan cuci gigi ni memang wajib bagi kita semua sebenarnya.Atas alasan, supaya gigi berada dalam keadaan sihat dan tidak berkarang dicelahan gusi. Jadinya, pengalaman aku cuci gigi ni sebenarnya barulah ada 3 kali dan yang terbaru ni la yang ke-3. Susah sebenarnya nak cari klinik gigi yang kena dengan jiwa kita. hagituh! Tapi bila ada satu klinik gigi di puncak alam yang baru bukak ni,terus aku pegi sana dengan harapan doktor dan servis dia adalah yang terbaik. Saja je haritu nak try okey ke takkan. Rupanya sangatlah puas hati even aku segan dengan doktor gigi laki tu,haha! Malu hokay doktor laki tengok gigi anak gadis macam i ni :P




Pengalaman buat scalling:

Tak sakit! Serius tak sakit. Cuma ngilu je,haha..

Satu lagi, bunyi mesin dia tu haaaa...

Yang tak biasa memang takut..

Masa tengah buat rawatan tu kita akan rasa banyak air keluar dari mata pencuci tu dan ada rasa getaran. Getaran tu datangnya dari mata pencuci tu. 

Mata pencuci tu akan terasa menyucuk di gusi kita kerana masa tulah doktor akan membersihkan gigi iaitu membuang karang di celahan gusi.

Lepas dah siap rawatan scalling tu, terasa gigi licin dari kewujudan karang di celahan gusi bila lidah menyentuh permukaan gigi tu. Aku sarankan pada korang untuk bersihkan gigi setahun 2 kali iaitu selang 6 bulan sekali untuk buat rawatan ini supaya gigi anda sihat dan kos rawatan pun berkurangan. Sebenarnya harga untuk membuat scalling ni depend on gigi kita jugak.Kalau teruk maka mahal sikitlah kosnya,tapi takdelah sampai riban haaaaa...Aku buat ritu pun RM50 time ada promosi.

Bukan tu sahaja, aku macam ada kena buat rawatan akar dan rawatan ni dah lama aku ngeriiiiiiiiii,hahahahahhaa... tengoklah,kalau ada keberanian aku pergi klinik gigi. 






 En.Ashraf


Yeahhhhhhh! Sebelum aku nak ke Bangkok minggu lepas,aku menyinggah ke Klinik Pergigian Qisya,Puncak Alam yang baru je bukak tak sampai sebulan ke dah lebih sebulan (lupa jap,haha) untuk buat scalling.  Bagi penduduk Puncak Alam highly recommended dari aku untuk korang buat rawatan di sini. Walaupun ada doktor laki, jangan risau! Doktor dia sangatlah friendly ! Itu yang aku suka,hik!





Dari kiri: Dr.Rudy, Mek Onie, Dr Erni dan En.Ashraf 


Minggu lepas hari ahad, Klinik Pergigian Qisya telah mengadakan Majlis Doa Selamat sempena pembukaan Klinik Pergigian Qisya Di Puncak Alam. Terima kasih doktor kerana sudi menjemput diri ini yang serba kerdil ini, sempat juga minta tips pasal gigi crowning aku ni haaaaa...Alhamdulillah, terima kasih doktor. Semoga Klinik Pergigian Qisya terus maju. Paling penting tak sampai 1 km pun dari rumah aku,haha... Senang sangat kalau nak buat rawatan pun nanti. 


Promosi Whitening


Klinik Pergigian Qisya,Puncak Alam menyediakan pakej rawatan dan kecantikan gigi yang sangat menarik dari segi harga. Sempena Bulan Ramadhan  dan Syawal ni,mereka mengadakan promosi pemutihan gigi  (whitening) dengan harga yang termurah dan menggunakan kepakaran dan tenologi terkini . Selain itu,mereka juga menyediakan perkhidmatan pemasangan pendakap gigi bagi mereka yang mahukan gigi teratur dan cantik. Doktor di Klinik Gigi Qisya sememangnya adalah pakar dalam bidang ini dan menggunakan teknologi terkini.


Apa-apa boleh hubungi nombor telefon di atas ye. Banyak lagi rawatan yang boleh korang buat kat sana antaranya braces,crowning dan lain-lain lagi. Tahniah buat Klinik Pergigian Qisya,Puncak Alam... Senang dah pasni aku nak buat rawatan gigi aku ni haaaa...Ingat!!!! Senyum yang manis datangnya dari gigi yang cantik,putih, menawan dan sihat !!!!!! 


Jangan risau kekalau korang nak buat rawatan gigi pada bulan puasa, kerana kebanyakan rawatan pergigian ini tidak membatalkan puasa dan dibolehkan oleh syarak. Maka, jomlah beramai-ramai cantikkan gigi sebelum nak hari raya ni,haaaaa ^____^

LIFE IS SHORT, 
SMILE WHILE U STILL HAVE TEETH!
Dan, pernah tak korang ni buat scalling iaitu cuci gigi? 



Untuk maklumat lanjut :


KLINIK PERGIGIAN QISYA
017-910 5944
18A JALAN ASTANA ALAM A13/E,
SEKSYEN 13,
42300 PUNCAK ALAM
Facebook | Fanpage




Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

14 ulasan:

  1. ala jauh ke puncak alam la pulak.. nak jugak cuci gigi

    BalasPadam
  2. Kalau duduk dekat memang nak pi dah, ena prob dengan gigi bongsu je ni. Suka buat masalah. Yang lain okay

    BalasPadam
  3. mcm best je kalau buat scalling kt sini...huhuh
    http://nuruleimanhikmah.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. awesome mekonie! i just whatsapp the clinic no! hehe. ingatkan whitening rm50, rupanya tu scaling :') Thank you fro the info! feel awesome dapat singgah blog ni. keep it up!

    here's my link:
    http://sachinosekai.blogspot.com

    jemput singgah! :D

    BalasPadam
  5. Jauh benorlah mek, kita buat kat TPG jerlah.. hehe..

    BalasPadam
  6. Hurm Cadang nak buat braces pon ade .. Thanks for the info

    BalasPadam
  7. aku takut betul bab bab jumpa doc gigi ni. mengeletar kaki

    BalasPadam
  8. Info yang baik. Sangat detail

    BalasPadam
  9. memang kene jaga gigi..masa tu p bersihkan gigi habis semua disentalnya sebab dah berkarak semua..hahaa

    BalasPadam
  10. salam ramadhan. hee pengalaman yg menarik, gigi putih dan sehat ;p

    BalasPadam
  11. Double caj disini better g klinik gigi lain. bdk yg promote sbnrnya pkerja situ jgk hhuuu. g kaunter tgok muka bdk ni hhuu

    BalasPadam
  12. Buat crowning haritu berapa cost die ye

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..