Majlis Berbuka Puasa Bersama Klang Parade dan Kelab Lions

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah,tak sangka rezeki berbuka puasa bersama sahabat masih ada dan kalini memberi kelainan pada saya kerana berbuka ditengah-tengah bahagian shopping mall Klang Parade dan saya amatlah berbangga dengan pihak Klang Parade kerana masih peka pada mereka yang berada dalam kesakitan dan keperitan. 


Kalini aku berbuka dengan National Kidney Foundation dan The Lions dimana aku baru first time dengar dengan persatuan ini. Mereka pun turut bersama dalam memeriahkan majlis di Klang Parade pada minggu lepas. Selain itu, pesakit buah pinggang serta keluarga pesakit pun turut serta. Jelas terpancar sekali pesakit buah pinggang gembira dengan majlis ini. Tahniah saya ucapkan pada Klang Parade. Sekurang-kurangnya, ada yang masih mengambil berat pada mereka (pesakit)






Gegar pulok gambar

Majlis Berbuka Puasa Bersama The Lions dan National Kidney Foundation.
Klang Parade


Alhamdulillah,Klang Parade dengan rumah aku ni lebih kurang 45 min jugaklah. Nasib baik takde jem apa. So,haritu aku sampai lebih awal dari yang dijangka, takut jugak..sebab laluan nak menghala ke Klang Parade ni kalau jem dia, haihhhhh... tayar kereta jelah yang tau.. So, haritu..majlis diadakan di tingkat LG . Actually, tahun ni aku baru sampai 2 kali di Klang Parade dan pertama kali aku sampai ke sini untuk tahun ini aku sangat terkejut kerana Klang Parade ni jauh lebih cantik dari dahulu. Tahniah pada pengurusan Klang Parade. Lepas ni, diri ini akan merajinkan ke Klang Parade plak ah. Kedai-kedai dalam tu pun boleh tahan banyak. 





Iftar Bersama Klang Parade & Kelab Lions

Mereka yang turut serta dalam menjayakan majlis amal ini. Artis undangan pada hari tersebut adalah Dina Nadzir,Baki Zainal dan Aesar Mustafa. First time jumpa depa semua.






Team Projek Travel pun turut serta.




Media yang turut serta.






Antara makanan yang dijamu oleh Klang Parade,terima kasih banyak-banyak Klang Parade kerana menyediakan sajian yang enak ini :D




Okay,masing-masing..sila fokus pada makhluk kanan sekali,bhahahahahha
Banyak hidangan sampai penuh meja haaaaaaa.... 





Mek Onie bersama reporter dari Harian Metro, aku rasa macam familiar muka dia ni kat Puncak Alam,emmmm





Selain berbuka puasa juga, pesakit buah pinggang ini diraikan oleh Klang Parade yang turut bekerjasama iaitu Kelab Lions dan National Kidney Foundation.Mereka juga diberi sumbangan berupa duit raya, hamper dan kelengkapan raya. Semoga pesakit buah pinggang gembira semasa dihari raya nanti. 





Antara blogger yang havoc turut serta semasa majlis amal ini. Terima kasih kepada Klang Parade kerana sudi menjemput diri ini dan sahabar yang lain dalam memeriahkan majlis berbuka puasa dan majlis amal ini. Semoga pesakit buah pinggang terus gembira dan saya ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog ini dan sesiapa yang mengenali diri ini. 


Alamat:
Klang Parade
2112,KM2 Jalan Meru, 
41050 Klang,
Selangor,Malaysia

Waze: Klang Parade
Telefon: 03-3343 7889
Facebook: Klang Parade
Instagram: @MyKlangParade


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

7 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..