Tahun Pertama Beraya Mungkin Ada Beza.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Walaupun baru puasa ke19, tapi aku yakin korang kat luar sana dah start fikir nak masak apa la pagi raya nanti. Aku sememangnya sebelum fikir masak-memasak ni,sebenarnya aku tak sabar nak balik kampung ni,hahaha... Setiap tahun aku mesti balik kampung beraya bersama atuk nenek serta sanak saudara. Sesungguhnya perasaan berada di kampung adalah sangat seronok tak terkata. Sebelum aku cerita panjang, meh sini aku nak cerita sikit pasal kampung aku ni,hehe...
Kampung aku kat kelantan,belah umi aku kat kelantan dan belah abah aku kat kelantan dan satu jalan je korang,wakakakaka... umi aku hilir,abah aku alik hulu..jadinya tahun ni kami beraya di alik hilir kampung mak aku dulu,ceh ! tu pun nak berkira,haha... walaupun satu jalan, selalu gak rebut nak balik kampung mana dulu,bhhahahahaha... jarak kampung umi dan abah aku lebih kurang 2km je,hahaha..
Disebabkan beberapa bulan lepas, kejadian banjir yang agak teruk melanda dikampung aku, kemungkinan besar kami tidak beraya seperti dahulu kala,tak tidur dengan selesa,tak rebut bantal golek empuk tapi !!!! Semua tu bukanlah alasan untuk taknak beraya dikampung, itu semua bagi kami tak penting pun! yang penting ikatan persaudaraan kami ! (sambil menaip,sambil tahan sebak)
Mek Onie bersama Adik |
Walaupun ini adalah tahun pertama aku merasai suasana yang berbeza terutama dalam rumah nenek atuk aku, susun atur perabot dan kenangan lepas, namun kami sekeluarga dan saudara mara bantu setakat yang mampu. Tetiba teringat kisah banjir haritu, 1.1.2015 kami sekeluarga balik kampung,kelantan dan kerah tenaga untuk membersihkan rumah mereka. Seperkara,walaupun penat gila bersihkan persekitaran tapi kita orang mampu tersenyum dan ketawa lagi walaupun dalam diri aku ni penuh dengan kesedihan (mungkin anda yang baca ni tak dapat rasa apa yang saya rasa, please jangan cakap aku ni over emosi) .
Semoga keadaan bertambah baik samada rumah nenek atuk dan juga saudara-mara aku. Semoga warga Kelantan yang mengalami musibah ini terus kuat! Aku tak dapat bayang macamana la warga kelantan yang rumahnya dah hanyut air deras tu,macamana persiapan raya dorang untuk menyambut raya tahun ni. Aku tak dapat bayang!
Sebut pasal raya ni jugak,ada sekali tu.. entah macamana la.. nak pegi sembahyang raya, sekali jemaah semua dah bagi salam,hahahahahahahaha... bukan aku sorang je..habis family aku dan sanak-saudara... wakkakakakaaka...Entah macamana la boleh jadi macam ni,nak kata bangun lewat,idokla pulak.
Saudara sebelah Abah. |
Jejaga, duit raya tahun ni takde ye sepupuku sekalian. Nak duit raya boleh,dengan syarat berjalan raya,jalan dengan kaklong!kahkahkah..barulah boleh dapat duit raya dan kalau korang nak tahukan, tahun lepas aku still dapat duit raya lagi,wakakakaka... Ada la dalam RM100 cenggitu,tak percaya jap aku! Kita tengok tahun ni muka aku,muka kanak-kanak atau dewasa,wakakaka... Siot punya perangai ! Haha...
Dicedok dari Google |
Ok!!!! bab makanan lak.. Sebenarnya kampung aku ni memang susah gila nak terserempak dengan lontong!(tetiba pasal lontong) Stress jiwaaaaaaa...dah la aku ni peminat setia kat lontong.. dengan masak lodeh dia tu,aduh! Sedap betul ! Tapi tulah,kat kampung aku ni payah sikit nak jumpa lontong ni,emmmmm... Kalau nak pun kena tunggu beraya kat Selangor,kau ghase? Berjanggut jugaklah..... Sebut pasal lontong ni kan...ni kisah banjir atas tadi la eh,haha.... dengan takde mangkuk gelas tu.. kita orang gigih masak mi segera dalam satu periuk kecik kacau guna garfu pastu makan ramai-ramai dengan sepupu sepapat dalam periuk tu, mengimbau gila kisah tu ! Tapi dalam masa yang sama aku terfikir jugak,macam ni la kot rasa orang susah T_T
Dari bab banjir,bab nak pergi sembahyang tapi orang dah bagi salam tu dan bab lontong tu.. sebenarnya itu bukanlah pengakhiran bagi kisah 'Tahun Pertama Beraya Mungkin Ada Beza' aku.. ada lagiiiiiiiiii ! Cuma, korang rasa la kan ! Best tak kalau ada lontong yang senang,enak dan mudah gilaaaaaa nak buat? Aku rasa tahun ni aku nak bawak balik satu resepi iaitu resepi ni tersangatlah mudah dan ringkas iaitu Resepi #MameeChefLontong Sambal Sotong dan #MameeChefLontong Kuah Kacang !!!!!!!
" Eh? Mana nak dapat #MameeChefLontong ni? Mamee dah keluar perisa baru ke? " kata jijah kepada Mek.
"Iaaaaaaaaaaaaa jahhhhh! #MameeChefLontong baru je tembus kat pasaran nun. Sebab tula aku beria nak bawak balik kampung resepi ni oiiiiiiii!!!!! Kalau tak, jenuh jugak la,mana nak borak dengan sepupu mana nak masak,wakakakakaka..nasib baik ada #MameeChefLontong! "
Okayyy, beredar tinggalkan jijah,haha...
#mameecheflontong |
Produk: #MameeChefLontong
Keistimewaan #MameeChefLontong:
- Enak
- Resepi turun temurun dari Chef Ismail
- Mudah disediakan
- Mamee yang unik kerana dihasilkan menggunakan Mi Tarik
Yeahhhhhhhhhhhh! inilah yang aku nak cerita ! Cerita ni bukan berakhir kat lontong bebiasa tu je ! Tapi cerita ni ada lagi sambungan di mana aku nak perkenalkan kat korang semua #MameeChefLontong yang menggunakan teknologi Mi Tarik ! habislah! Havoc la raya kalau aku bawak balik #MameeChefLontong ni ! hehe..
#MameeChefLontong ini dihasilkan bersama Dato' Chef Ismail dimana setiap kombinasi ramuan terpilih yang menyamai resepi turun temurun dengan teknologi mi tarik serta mudah disediakan !
#mameecheflontong |
Nampak kalender tu?Aku tak sabar nak balik kampung,nak bawak balik #MameeChefLontong untuk santapan hari raya nanti ! Tak sabar sangat, walaupun kisah lepas macam banjir yang aku cerita atas tadi tu, itu bukanlah penghalang untuk kami menyambut hari raya bersama. Aku pun yakin, sepupu sepapat,adik beradik, makcik pakcik aku mesti suka dengan resepi baru ni ! Ahhhhhh.....tak sabar beno nak balik kampung beraya kat sana dengan #MameeChefLontong ! Nasib baik jugaklah Mamee Chef ni baru keluarkan perisa Lontong ni,kalau tak kempunan la aku nak makan lontong dipagi raya! Baru la suasana raya tu datang,cewahhhhh! Jejaga,dalam buku tu ada resepi dari Chef Ismail.. Aku pun dah lama beno dah tak masak ni,hehehe...
#MameeChefLontong |
Bayangkan pagi raya cenggini!!!!! Ah tazabarrrrr nak ber- #MameeChefLontong dengan sanak saudara !!!! So,apa menu hari raya korang nanti????
Untuk maklumat lanjut ampa boleh p klik facebook atau twitter di bawah ini,mana tahu resepi power-power boleh dapat?Haaaaaa..Okaylah,nak masak #MameeChefLontong sekejap, tergugat sekejap tengok makanan ni,haha...Apapun, semoga tahun ini ada perbezaan dari segi makanan. Jejaga semua,nanti kaklong bawak balik Mamee Chef 15 plastik, hadap la kita semua ye ...Sekian sahaja kisah raya dan lontong :D
yummy ..sdapnya..:)
BalasPadamMenu raya saya? kena tanya mak dulu hahaha.. tp biasa tiap tahun ketupat n tapai wajib ada.. kehkeh..
BalasPadamWehh mek. Terliur orang tengok lontong. Hahaha. Ehh dah beli jugak mamee cheff lontong tapi tak try lagi :D
BalasPadamsedapnya lahai.. :)
BalasPadam