Jom tengok Teater Maduku Kalut Returns !!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera korang! So syawal ada lagikan? Dah habis open house ke memasing? Okay, kalini aku taknak bermukadimah yang panjang lebar tu. Dengan ini aku nak mengajak korang beramai-ramai menonton teater yang dahulunya pernah menjadi kegilaan penonton teater.
Honestly,aku tak pernah tengok teater depan-depan dan tak tahu macamana perasaan bila tengok teater dedepan ni haaa.. tetambah pelakon yang dikenali ramai. Memang tak pernah aku nak rasa perasaan tu, haaa kan! selalu nak over aku ni! haha..
Tapi kali ni aku terdetik nak tengok sendiri macamana suasana teater lelagi kat Istana Budaya, memang tak penah la aku masuk dalam tu. So, sabtu ni kita jumpa jam 3 okay? Yang lain nak join gak? okay jom dapatkan tiket secara online di www.AirAsiaRedTix.com dengan harga RM35, RM45,RM65,RM85,RM105 dan RM155 untuk tiket platinum. So, kalau nak merasai sendiri macamana suasana dan jalan cerita Maduku Kalut Returns ni jom jumpa sabtu ni jam 3 petang di Istana Budaya, aku pun akan tengok teater ni,tazabar la hoi ! First time uols..
Maduku Kalut Returns ni dibintangi oleh Remy Ishak, Jihan Muse,Nad Zainal,Dafi,Sherry Alhadad,Atoi Tohet,Nasz Sally dan ramai lagi ! Maduku Kalut Returns ni kembali lagi kerana atas permintaan orang ramai. Haaaa..tu yang buat aku nak tengok. Maduku Kalut Returns bakal dipentaskan semula di Istana Budaya dimana sebuah naskah teater yang berjaya mencipta fenomena tersendiri sekitar 2 tahun lalu :)
Kalau korang nak tahu, Maduku Kalut Returns merupakan satu naskah komedi yang diadaptasi oleh Mazli Abdul Rahman daripada satu karya 'farce' yang ditulis oleh Ray Cooner iaitu Run For Your Wife.
Sedikit sinopsis tentang Maduku Kalut Returns:-
Maduku Kalut Returns mengisahkan tentang seorang pemandu teksi,Selamat yang berusaha untuk melarikan diri daripada menemukan kedua-dua orang isterinya dalam satu masa. Masalah bermula apabila kedua-dua isterinya melaporkan kehilangan Selamat kepada pihak polis dan Selamat mencuba untuk mengelakkan diri daripada menemukan kedua-dua isterinya.
Mamaparkan nilai-nilai komersial yang tinggi,MKR bakal membawa penonton,untuk mengupas mengenai isu-isu semasa, dengan secara lebih santai dan bersahaja. Biarpun bergenre komedi,MKR berharap mampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penonton yang hadir.
Dah jom! korang tak excited ke tengok poster atas ni? Apapun jumpa sabtu ni jam 3 petang di Panggung Sari, Istana Budaya ye ! Remy Ishak hoiiiii !! :P
Takpe,tak sempat sabtu ni pun takpe.. sebab teater ni berlangsung selama 3 hari iaitu pada 7-9 Ogos 2015 pada jam 8.30 malam dan aku sendiri nak pergi tengok sabtu ni ( 8 ogos 2015 ) jam 3 petang dan merasai pengalaman tengok teater ,jumpa nanti ! :D
TEATER WAJIB TONTON 2015
DAH ADA TIKET? KALAU BELUM JOM ORDER SEKARANG SEBELUM KEKECAWAAN!!!
LAYARI :
ATAU
walk in je kat kaunter box office di Istana Budaya nanti.
Untuk pertanyaan boleh hubungi:
012- 535 6312 (Taqi)
016- 327 0612 (Fazz)
Jangan lupa! sape yang pergi teater nanti, sila gunakan hashtag:
#MadukuKalutReturns
#MaskTeamTheatre
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
Tiada ulasan:
Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..