Kambing Bakar Ayam Penyek Sahara - Meru,Klang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Haaaaa kau nampak tak mood blogging aku makin lama dah nak sampai? Actually tadi aku menyinggah setia alam, konon nak bank in duit kereta.. Jadinya bank Ambank tu buat tenat. Dah la kelmarin pegi satu mesin deposit je boleh pakai. Pastu lembab pulak tu. Kau rasa nak carut macamana lagi? Aku yang dari PUNCAKKKKK alam datang setia alam semata-mata nak bank in duit tetiba sampai sana bank tenat. Lagi taknak carutkan? Dah la tempat deposit duit kat Setia Alam tu je. Menyampah.


*Mukadimah yang penuh ayat negatif,kahkahkahkah



Lepas kengkonon nak pergi bank in duit kereta yang tak jadi tu,terus aku menghadap Setia City Mall.. Kalau dulu kesana nak layan movie tapi sekarang tak lagi.. Kesana sebab Kaison dah bukak! Allah, sape yang tahu Kaison tu apa. Memang teruja sampai nak termenangislah jawabnya.


*Aishhhhhh! Apa ni mukadimah yang tak berinfo ni mek?











Point dia kat sini,lepas aku ke Setia City Mall aku menyinggah pulak kat Warung Kambing Bakar Ayam Penyek Sahara ni. Kenapa Sahara?Entah la,aku pun tak tahu.. yang aku tahu.. Ada kambing bakar sedap kat sini. Walaupun banyak menu lain tapi selera aku ke kambing bakar sahaja. Even,kalau family aku pun. Dorang akan pilih Kambing Bakar set dimana tak termasuk air.. Fuh! 


Macamana aku kenal warung ni? Haaaa,adik aku nombor dua la yang bawak aku dan family makan sini. First time makan kat warung dia.. Bapak ah! Ramai gila manusia. Lambat gak makanan. Sempat la beratkan memori fon aku ambik gambar muka rabak ni. Pastu kali kedua makan. Masa puasa. Well! Berbuka dah kat rumah,pastu malam tu gigih pergi makan situ lagi,LOL.


Kelmarin je aku pergi. Kiranya,kali ketiga aku datang,konon nak bungkus. Sekali kambing bakarnya tinggal sikit dan kena tunggu. Eh gila kau. Dah la tunggu sejam dah,pastu nak tunggu lagi? Kau mampu? 


Kali keempat aku pergi selepas kali ketiga telah kehampaan, jadinya TADIIIII lepas balik dari Setia City Mall terus la aku nyinggah warung Sahara tu haaa... Pun hampir-hampir nak penuh meja dah. Gila ah! Memasing macam dah kena rasuk tahu.







So,sampai rumah. Akibat kemurungan aku teruk sebab tak dapat makan kambing bakar tempoh hari,namun harini aku berjaya conquer 2 polistrin kambing bakar. Kahkahkah! Mengidam punya pasal. 


Oh! mek panjang kau ceritakan?kau excited la ni dapat makan kambing bakar? Excited?Haha.. Dengan itu, aku persembahkan beberapa keping gambar yang tak seberapa dari saya ni. Semoga tak mengembek la memasing.






Rasa dia memang mabeles sampai tatau nak cakap macamana. Semua rasa dan yang penting puas hati bila makan!


Alhamdulillah, sekarang aku dah tak murung dah. So, macamana nak pergi kedai dia ni? Okay. Kalau korang lalu dari Setia City Mall menghala ke pekan meru, korang akan lalu klang sentral kemudian simpang empat di mana sebelah kiri korang adalah pam minyak Shell. Haaa..kau masuk kiri kemudian straight sampai nampak simpang Jalan Kasim. Dan !!! Kalau korang dari puncak alam nak menghala Pekan Meru akan nampak traffic light pertama kemudian masuk kanan dan straight sehingga nampak lorong jalan kasim. Kau tak jumpa jugak?


psstt,nasib baik sempat layan Syurga Nur. Oh ya! sila spot OPEN HOUSE!haha :P


Silalah on Waze, Sekian Terima Kasih! 
Tahniah Kambing Bakar Ayam Penyek Sahara. Kalau bukan sebab rasa dia yang sedap tu, takdela pulak aku nak mengidam sampai macam ni sekalikan? Yang mana duduk sekitar puncak alam,meru atau klang yang tak try lagi memang ampa rugi habis !


Entri aku ni bukan sponsor post kebenda hokay! Tapi ini sebagai perkongsian bagi yang penggemar daging kambing to the max kebabom! Cadangan aku,kalau korang nak kesana silalah datang awal..kalau malam biasanya full house sampai bukak meja tempat parking kereta dan satu lagi cadangan aku ni, adalah lebih baik belanja aku sekali. Kbai

Harga 1 set : RM9 sahaja tak termasuk air.


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com



11 ulasan:

  1. pehhh, terliur tengok kambing bakar. ishhh, makan dgn sos bbq pehhh. hehe

    BalasPadam
  2. eh jap. tu 2 polistrin ke tiga? hahaha. btw hai mek! jom baca entri terbaru

    BalasPadam
  3. nyesal daku masuk blog ni , buat rasa lapar je haha ..

    BalasPadam
  4. eh nanti mulan balik lanje tawwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww hahaha

    BalasPadam
  5. btw aku mmg hantu daging kambing :/

    BalasPadam
  6. bro, org meru pun tak batak nak mkn kat situ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Knp org meru xbatak makan kat situ? Sebab kedai tu maju sgt smpai org meru boikot.. Mcm tu ke..cecite..cecite..

      Padam
  7. Perghhhh!!! Terliurr ena tengok daging tuuuu! Ishhhh!! Kalau dekat, jap ni gak ena pergi

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..