Steamboat Sedap Di Melaka : Api-Api Steamboat & Grill
Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua ! Yeayyyyyyyy entri makan-makan lagi,kahkahkahkah....kali ni aku try steamboat kat area Melaka lak wei. Aku try kat Api-Api Steamboat & Grill . Haaaaa,jauh jugak la aku cari steamboat ni,hehe...Sebab area Selangor dah beberapa tempat aku try.. Jadi aku teringin jugak nak try steamboat kat negeri lain jugak.Okay la, jom cekidautttttttt ...
API-API STEAMBOAT & GRILL,MELAKA |
Masa ni aku edit gambar still guna link lama iaitu letopkeypad.blogspot.my . Kira aku edit gambar ni sebelum pakai domain mekonie.com . (kisah?) . Takpe la kan,halal jela... So, tempat wajib bergambar adalah di signboard deme,hehehehe...Agak ke dalam sikit signboard dia dan hampir tak perasan jugak sebenarnya, nasib baik kaki ni tak dibedung maka sampai la ke belakang-belakang kedai tu,hahahaha...
BLOGGER ACAH-ACAH RAJIN MASAK,EH :P |
Team malam tu, yeayyyyyyy! Thanks korang jadi tukang masak aku, aku ni kalau makan steamboat memang malas betul nak masak-masak, kau ingat aku rajin? ahahahahha...rajin makan adalah ! (menantu pilihan tak?lol) So,thanks korang memeriahkan tempat kejadian malam tu ! First time aku lepak-lepak makan steamboat dengan dorang ni.
Antara yang ada adalah yaya natsumi,kaio,halim,acul dan dayang nurfaizah (aku letew) kbaiiiiiiiii...So,masa kita orang tengah menyeteamboat, muncullah segerombolan artis yang naik moto Harley Davidson beserta siren-siren kat kereta dan moto... Berlari la aku ingat ada kes jenayah apa...Sekali artis datang wehhhhhh! Awiehhhhhhhhhhhhhhh and the geng kau !
Terus berselera aku lepas tu nak menyeteamboat lagi,bhahahahaha...first time jugak ah jumpa awiehhh tu haaa...Boleh la,hensem jugak,kahkahkah...
Okay ! tutup cerita pasal awie. Sambung balik pasal steamboat eh.
PILIHAN MAKANAN YANG BANYAK |
So, Apa yang ada kat Api-Api Steamboat & Grill ni mestilah ada steamboat dan grill ! Aku yakin, ada antara korang tak best kalau pergi tempat macam ni takde grill-grill.... Macam aku sendiri, kalau takde grill pun aku tak lalu mana nak makan,haha... tapi kat Api-Api Steamboat & Grill ni ada semuanya! so no worries ye gaissss...
Dont Waste It ! |
Kat mana-mana tempat steamboat & grill ni kalau korang perasan akan ada notis macam ni. Bagus,sebab kadang-kadang kita manusia ada nafsu terlebih. So,makan dan ambiklah berpada-pada ikut kemampuan perut masing-masing. Kalau rasa nak bayar RM30 silalah makan tak habis.. Hamboiiiiiiiihhhh,amalan syaitonnnnn sangattttt tau macam tu,not good!
Suasana Api-Api Steamboat & Grill |
Pinggan mangkuk disediakan dengan rapi. Oh,cakap bab pinggan mangkuk ni, aku kalau pergi mana-mana tempat steamboat & grill mesti aku usha tempat pinggan mangkuk gelas dia dulu. Adakah satu tempat yang mudah untuk pelanggan ambil?Adakah senang dicapai? Haaaaaaa.... Di Api-Api Steamboat & Grill ni, okay la...cuma masa nak cari cawan-cawan isi air tercari-cari gak aku masa tu...
Antara sos-sos pilihan hati ampa semua ada kat sini. Ampa pilih ja nak hat mana...
Nak makan telur,telur ada...Nak makan mee,mee pun ada...semua ada gaisss...
Oh ni aku ambil gambar masa siang hari. Ada la lauk-lauk untuk tengahari.
Yang bestnya, kat sini ada promosi setiap hari wehhhhhhhhhh! Kalau takde promosi harga waktu weekday adalah RM24.99 untuk dewasa dan RM9.99 untuk kanak-kanak. Reasonable jugaklah weh.. Nak compare dengan kat kl wapakkkkkk mahal gila satu kepala,hahaha..
Untuk weekend harga untuk dewasa RM29.99 dan aku rasa harga ni sangat reasonable ! Lagi reasonable dan lagi nak murah korang boleh tengok harga bawah ni,kompommmmmmmmm berbaloi-baloi !
Haaaaa,lupa nak bagitau..ritu kita orang mintak kuah tomyam ! wapakkkkkkk laaaaa .. memang sedap,pedas dan meleleh hingus,hahahahaha... Yang suka tomyam pedas tu ampa memang wajib try sini...confirm tak menyesal ! Pastu kalau korang dah singgah Api-Api Steamboat & Grill jangan lupa jugaklah singgah restoran hipster ni ( Billionaire's Concept Cuisine ) . Sebelah-sebelah dan yesssssss owner yang sama,owner muslim,owner yang terbaikkkkkkkkkkkk dan yang penting halal yawwwwww ! Memalam mesti penuh ! tak penah tak penuh.... So,nak datang tu,datang la awal-awal dan kat sini cash only ye,hik...
Waktu operasi :
12pm-12am
Bersempena Hari Raya Aidiladha ni pada 24 sept , Api-Api Steamboat & Grill beroperasi pada pukul 6pm-12am sahaja. So,sesambil cuti raya haji teringin nak steamboat & Grill boleh la singgah sini eh....Okay la, itu sahaja dari saya ! Semoga bertemu di entri steamboat yang lain,hahahahahha... Terima kasih banyak-banyak kepada owner restoran ini iaitu En.Zaba dan staf-staf kerana perkenalkan restoran ini dan restoran Billionaire's Concept Cuisine. Nanti bebila pergi melaka jangan lupa ye korang singgah ! hehe...memang tak menyesal..Puas hati !
Alamat:
Api-Api Steamboat & Grill
No.8, Jalan Lagenda 6,
Taman 1 Lagenda,
Melaka Tengah,75400 Melaka.
API-API STEAMBOAT & GRILL
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
wah wah murah murah nie... boleh la singgah sini bila datang Malacca .. yehaa =D
BalasPadamtiba-tiba perut jadi lapar... ha ha ha... onie ni memang marvellous bila post tentang makan...
BalasPadamTeringinnya nak pergi tapi jauhh sangaaat ke Melaka. Huhuhu :(
BalasPadamsodap nya!!
BalasPadammah ai, sedapnya.
BalasPadamAssalamualaikum, sorry nak bagi ferdback sendiri . semalam aku makan kat api api melaka ni , aku buat lah research steamboat best kat sini , so aku try . dgn perut kosong dri tgh hari aku dan kawan2 masuk ,, bayar dan pilih meja , dia bagi pilihan nak kuah tomyam atau dup aku pilih tomyam , dah siap pilih semua , g tempat lauk sekali tenguk sangag menghampakan , daging takde , kambing takde , tapi ayam je yg ade , 4 jenis ayam berderet kat situ , pastu seafood tu okaylah ade lah jugak , dgn hati yg hampa amik jela ayam sikit sorang ,pastu tenguk ade nasi lemak dgn beberap jenis lauk , tak aku amik lah nasi lemak sebab takde daging kann, so g lah pilih lauk2 yg dah dimasak maybe lauk lebihan tgh hari kot . bila aku nak amik lauk telur dadar , sekali aku tenguk ade telur lalat ,ya ampun betul selera aku hilang ,dalam ayam masak blck paper pun sama siap ade lalat .serious aku rase kecewa betul ,persoalan nya kenapa takde sorang pun yg ckp kat staff dia makan tu dah ade telur lalat , and sepatytnya staff kena alert lah sebab anda jual makanan, dipendekkan cerita tak jadi amik nasi lemak , pastu g lah mengril dgn hati yg hampa ,dah siap grill aku dn kawan2 makan sekali lagi dia cut selera makan kita org , kau tahu ayam dia masam . bau pun mcm ayam dah lame , sos pulak dicampur dgn air😂 , rase mcm nak terbalikkan meja tu tapi apekan daya meja batu 😄 so terpaksa lah habiskan juga , kalau tak habis kena cas sepinggan rm30 , nasib lah kita org amik sikit je , betul2 mengecewakan , datang bercuti kat melaka , so tak tahu sgt makanan yg elok kat sini . habis cerita balik dengan perasaan hampa . last2 tapau burger tepi jalan 😂😂 tamat
BalasPadamHi azim, so sad for you tapi awak ada tegur tak staf dia ckp makanan tu ada telur lalat then ayam bau gitu? Masa onie pergi alhamdulillah everything okay. Kalau onie jadi awak pun, onie hampa. Yela,kita bayar kot. Takpe. Kita as a pengguna ada hak untuk bersuara. Anyway, tq for leaving ur comment here. Appreciate it. :)
Padam