Aku dan Aiskrim !
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yeayyyyyy! Bahagia tak tengok tajuk pasal ais krim? Sebenarnya minggu lepas Magnum lancarkan perasa baru bagi ais krim Magnum dan tetiba aku teringat masa zaman kecik-kecik dulu which is, abah aku setiap bulan mesti bawak balik aiskrim berkotak-kotak. Maklumlah time tu abah aku kerja kat unilever, so bertuahlah kita. Meriah la jugak masa tu. Sekejap-sekejap bukak peti ais, selang 3.7 minit bukak peti ais, kau rasa selagi tak tertanggal pintu peti ais tu selagi tulah aku dengan adik-adik duk ganyang bukak peti ais,haha..
Tapi best gila la bila teringat zaman kekecik di mana zaman abah aku rajin bawak balik aiskrim berkotak-kotak dari tempat kerja dia weh. Lani kalau nak je mesti seret kereta pegi kedai semata-mata nak makan aiskrim.
Kali ni ,aku nak cerita pasal aiskrim je,haha... jejaga la tekak korang tu, jangan meleleh sudah.. Sebenarnya aiskrim ni memang kegemaran aku jugak. Lagi-lagi bila kat rumah pastu menghadap tv, memang aku nak mengunyah aiskrim jelah. Walaupun ais krim ni ada yang murah dan mahal,tapi bagi aku tu sebenarnya tak penting sebab dengan aiskrim ni jugak mood happy tu datang. Ibaratnya " Happiness is Ice Cream" Betul tak korang?
Betul ! Ais krim ni memang memberi seribu ketenangan jiwa dan keseronokan. Tak percaya meh baca lagi !
Mukadimah ke isi perenggan dah ni mek? krik krik ~ ~
Hari demi hari, Magnum makin dikenali dan makin banyak perasa yang sangat awesome untuk habuan tekak. Tapi minggu lepas, Magnum lancarkan satu lagi perasa baru iaitu Magnum White Almond. Ya Rabbi, aku dengar je perkataan white almond terus nak mengigau rasanya ! Perisa kegemaran aku kot, tak kisah la benda tu gula-gula ke apa, white almond ni memang kegemaran no.1 aku selain coklat gaisss!
Walaupun produk ini keluaran Unilever yang sangat dikenali oleh orang ramai, namun produk ini sesuai untuk semua golongan sebenarnya terutamanya masyarakat bandar (urban). Mesti nakkan sesuatu ketenangan jiwa dan keseronokan setelah satu hari suntuk sibuk dengan kerjaya dan kesesakan lalu lintas. Haaaaa, serius ni. Aku tak tipu sedetik pun ok !
Sebab tu aku kata,ais krim ni memang bagi kita ketenangan jiwa dan keseronokan . Kau pernah tengok orang makan ais krim lepas tu nangis? Aku tak percaya kecuali anak-anak yang berebut ais krim dengan mak bapaknya dan tak cukup dengan satu nak tambah lagi. Haaaaa....
Apapun, pelancaran Ais Krim Magnum White Almond pada 27 Ogos yang lalu sangat meriah apabila ramai yang turut meraikan dan merasa sendiri keseronokan ais krim perisa baru ini.
Unilever Malaysia's Chairman Rakesh Mohan (right) and Marketing Director Vincent Chong (left) are all smiles on stage. - Magnum |
Simply delectable offerings of the night. - Magnum |
Satu je, Ais Krim kegemaran aku tak lain tak bukan adalah Magnum ! Walaupun harga dia mahal tapi yang mahal tu sebenarnya worth it bagi kita, puas hati makan! Korang tahu tak Magnum ni wujud zaman bila? Okay, sebenarnya Magnum ni dah lama gila wujud ! Tahun 1989 Magnum ni wujud dimana pada ketika itu Magnum target kepada usia dewasa. Namun sekarang, kanak-kanak pun boleh makan ais krim Magnum ! yeayyyyyyyyyyy!!!
Apapun Magnum White Almond ni memang superb !!!!
About Magnum White Almond :-
Smooth and creamy Vanilla ice cream covered in a thick layer of cracking Belgian white chocolate with almond pieces
1. Made with Belgian Chocolate
2. With toasted almond pieces
3. Premium ice cream
Sampai rumah bukak goodies bag, adoi..ternampak satu bungkusan kotak hitam dengan kotak putih yang sangat eksklusif dari Magnum ! Kotak putih dapat la aiskrim banyak batang jugak.Sorry takde gambar,sebabnya sekelip mata je aiskrim tu habis ! tapi memang banyak la dalam kotak,dalam 10 batang ke 9 batang tah Magnum bagi,haha... Pastu dapat pulak aiskrim Magnum mini..Eh ada eh? Haaaaaaaa,macam ni ! comel tak aiskrim kecik tu? Actually bukanlah aiskrim gaisss...
Pendrive Magnum White Almond <3 |
Tapi seketul pendrive yang comel berbentuk aiskrim . Memang sebijik la dengan Magnum White Almond korang, kecur tak air liur memasing?hahahahahahahaha.... Thank you Magnum bagi hadiah yang sangat comel dari design pendrive yang comel!
Last sekaliiiiiiiiii, kat mana nak dapat ? Oh, korang dah boleh terjah pasaraya, hypermarkets,convenience stores dan petrol marts ya. Harga mampu milik! RM4.50/pc atau kalau beli multipack RM13.50. So nak tahu lebih lagi pasal Magnum White Almond ni? Jom terjah link bawah ni ya :D
Terima kasih Nuffnang atas jemputan ini dan juga Magnum,terima kasih ~
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
white2 ni memang peberet akak la sebab akak x minat coklat sangat. terliur menitik2 air liur atas kebot katanya hahahaa
BalasPadamwuwu sedap nie mek oiii... kalau siggah di mana-mana kedai ada jual Magnum nie memang nak cuba lah .
BalasPadamsiyes akak meroyan tgok semua ni...mekonie..sampai hati x hajak....
BalasPadamwah..best best..comey lote pendrive pon..hehehe
BalasPadamcomeinya pendrive tuu :)
BalasPadamCrazy! Memang gilerkan ais krim
BalasPadamPendrive Magnum White Almond tu keciknyerrr.. sekali suap habis hahha
BalasPadamhuiiihhh..nampak sedap je yang terbaru ni..harus mencuba..
BalasPadamhuhuhu..meroyan maak baca entry ni dik..harus kna pergi belo skrg jgak!
BalasPadamsinggah..
dah try dah magnum white almond ni. Suka bahagian dalam je sebab sedap. luar.. pening mak nak makan. manis boleh potong kaki.. bestnye dapat gi event mcm tu...
BalasPadamala comelnye pendrive tu
BalasPadamAmboi sdpnyA... Bila onie nk blnja gk makan aiskrim ni hehe
BalasPadamPetang kang Uncle Paddle Pop datang nak beli. Hahaha :p
BalasPadam