Fesyen Terkini 2015 Dari Hijab Royale

Hai korang semua ! Yeayyyyyyyy! Rasa dah lama jugak tak sentuh bab fesyen ni. Sebenarnya mek onie ni seorang yang sangat simple dan kurang bergaya. Tapi,bila rasa nak bergaya mulalah mata melilau cari ig shop la,terjah butik la,terjah online shopping la, terjah fashionista la. Kadang seronok tengok dorang bergaya macam tu. Sejujurnya, aku bergaya pada majlis tertentu dan ikut mood aku jugak nak bergaya. Itu yang kadang orang tengok, '' wehhhhhhhh,mek onie ke ni?????Pasepa segak sangat ni? biasa pakai kemeja dengan seluar jeans je...." Haaaaaaaaa, charut tau kawan-kawan aku ni,hahaha...


Walaupun aku ni jenis sempoi-sempoi je,tapi aku still follow fesyen-fesyen terkini. Lelagi fesyen muslimah contohnya jubah dan dress. Haaaa, sebiasa-biasa aku ni pun, aku ada hati lagi tau nak follow fesyen terkini,hahahaahaha.....Please jangan gelakkan kita? 


Haritu,kebetulan aku nak pergi event.. dan event tu pun ekslusif untuk VIP dan Media,jadi aku mulalah gatal tangan nak terjah ig shop dan online shopping segala tu... Sekaliiiiii ! terjumpa Hijab Royale ! First time aku jumpa dan dengar tentang Hijab Royale ni. Memang ekslusif yang teramat sangat ! 


HIJAB ROYALE 


HIJAB ROYALE?????????
Merupakan salah satu platform yang membolehkan fashionista untuk bersuara di dalam dunia fesyen!


Undi,beli,berkongsi idea dan juga dapatkan inspirasi di dalam satu platform! Pelanggan di Hijab Royale juga dikenali sebagai " Kumpulan Pembeli " yang dapat menikmati rekaan EKSLUSIF terkini yang bukan sahaja EDISI TERHAD tetapi juga yang pertama di dunia.


Apabila anda menyokong dan telah membuat pra-pembelian kepada salah satu rekaan fesyen,anda akan dapat merealisasikan rekaan tersebut. Setelah jumlah minumun kumpulan pembeli tercapai,rekaan tersebut akan dihasilkan dan dihantar kepada pelanggan. Anda dapat membuat keputusan supaya suatu rekaan fesyen itu dapat dihasilkan. Ini menyebabkan anda senya terlibat dan juga dapat membantu supaya suatu rekaan itu dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan.


Jika satu kempen rekaan fesyen tersebut mendapat sambutan dan juga permintaan yang tinggi serta dibayar dengan sepenuhnya ( telah mencapai sasaran minimum ) , Pereka fesyen bukan sahaja dapat menikmati royalti daripada setiap helaian yang terjual. Setiap rekaan fesyen tersebut dibayar oleh sumber komuniti (crowdsource) yang terdiri daripada pereka-pereka fesyen di seluruh Malaysia dan juga dunia.



SEBUAH KELUARGA YANG RAPAT TELAH DAPAT DICIPTA MELALUI RASA CINTA KEPADA DUNIA FESYEN YANG MENARIK LAGI SOPAN INI



GROUP-BUYING


APA ITU GROUP-BUYING?

Group-Buying adalah apa yang dimaksudkan serta mempunyai kaitan dengan "Crowdfunding". Istilah ini memberi makna masyarakat harus membantu antara satu sama lain. " Group-Buying " di platform Hijab Royale ini dapat menunjukkan sokongan masyarakat terhadap pereka fesyen tempatan yang berharap agar hasil rekaan mereka dapat direalisasikan.


Apabila " Group-Buyers " (Kumpulan-Pembeli) telah membuat pra-pembelian terhadap suatu rekaan tersebut,satu tempahan telah dibuat di dalam kempen tersebut. Group-Buyers kemudian perlu membuat bayaran penuh untuk mengunci tempahan tersebut,ini bermakna terdapat peluang lebih cerah untuk rekaan tersebut dihasilkan.


Pelanggan perlu menunggu supaya kempen itu dapat mencapai sasarannya pada saat-saat akhir. Dengan keputusan yang telah ditentukan; samada -KEMPEN REKAAN TELAH BERJAYA- pakaian itu akan dibuat dan dihantar kepada pelanggan, atau SASARAN KEMPEN TIDAK DICAPAI - wang pelanggan akan dikembalikan dengan serta merta.


Ini bermakna, dengan menyokong dan membeli koleksi Edisi Terhad yang terdapat di dalam suatu kempen rekaan dan juga telah membuat pra-pembelian serta telah membayar jumlah keseluruhan harga tempahan tersebut,anda juga akan dapat menerima hasil rekaan tersebut hanya apabila sasaran minimum dicapai, jika tidak tercapai,rekaan tersebut tidak akan dihasilkan dan akan dikembalikan.


Masyarakat KINI BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN "FASHIONABLE".



The Sophie - Crop Winged Top
Dalam banyak design,aku pilih The Sophie ! Yeayyyyyyyy! Serius cantik dan aku pakai saiz s, tak ketat dan tak longgar ..ngam-ngam dengan aku,hehe...


The Sophie - Crop Winged Top
Materials & Detailing:-

  • Polyester Crepe in Dark Maroon (Matt)
  • Round neckline with notched detail
  • Detachable Beaded Embellishments for shoulder pads
  • Long sleeves with triangular edge cuff with finger loops
  • Concealed side zip fastening
  • Padded shoulder panels
  • Relaxed fit



The Sophie - Crop Winged Top
THE EDGE TWIST

The Sophie - Crop Winged Top
BY LADY ZAZA

MEK ONIE WEARING THE SOPHIE

Pin It and Work It !

PACKAGING BOX


Totally, aku suka dengan design dari fashion designer,Lady Zaza ni dan aku memilih untuk padankan dengan skirt labuh hitam tu, nampak ayu dan yessssss,nampak elegen ! So korang pun berminat? Kalau berminat boleh tengok link kat bawah. Yeayyyyyyyy! 



WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

8 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..