Sidang Media Karnival Usahawan Belia 2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Okayyyyyy! Get ready usahawan-usahawan yang budiman belaka. Nak promote produk korang tak? Nak jual produk korang sendiri tak nanti? Kalau nak sila baca sampai habis ! Baru-baru ni aku ada pergi Sidang Media Karnival Usahawan Belia 2015 dan aku yakin lebih kurang 400 usahawan bakal berkampung di Shah Alam untuk memperkenalkan serta mempromosi produk keluaran masing-masing kepada masyrakat umum.
Selama 3 hari ye wahai usahawan semua. Please mark calender masing-masing pada tarikh 27hb November 2015 sehingga 29 November 2015 bertempat di perkarangan pintu gerbang utama Stadium Shah Alam bermula pukul 10 pagi hingga jam 12 malam.
Karnival Usahawan Belia 2015 |
Karnival Usahawan Belia 2015 adalah satu usaha untuk membuka ruang kepada usahawan tempatan khasnya usahawan belia mempamerkan,mempromosi dan memperkenalkan mutu dan kualiti produk masing-masing berdasarkan keperluan semasa di pasaran dan masyarakat umum. Melalui penganjuran karnival usahawan ini juga,maklumat tentang peranan kementerian atau agensi dan badan-badan yang terlibat dalam pembangunan usahawan dapat disebarkan dengan meluas sejajar dengan matlamat kerajaan yang ingin merealisasikan pembangunan modal insan.
Turut ketika sidang media adalah Puan Hajah Azilah Bt Arshad, Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS, Encik Mohd Afdzal Zainuddin selaku Pengarah Trigger Resources Sdn.Bhd, Encik Farhan dari Aman Palestin Berhad cawangan Shah Alam selaku rakan strategik, Puan Halimahtun Saadiah daripada Rafflesia Butik selaku penaja, Encik Fahmy wakil dari IKBN dan Encik Elfian wakil dari PeaceYallFM merupakan rakan media rasmi bagi Karnival Usahawan Belia 2015 dan 2 orang usahawan kategori Top Brand dari Rania Hijab Ekslusif dan Fana Kamil Clothing.
Sebanyak 300 tapak dan ruang niaga akan ditawarkan kepada usahawan yang berminat untuk menyertai karnival ini.
Antara kategori produk atau jualan yang dibenarkan adalah seperti :-
- Jualan makanan dan minuman
- Pakaian aksesori
- Produk kecantikan dan kesihatan
- Perkhidmatan dan hijab
Antara usahawan selebriti yang turut serta:-
- Anne Abdullah
- Dilla Ahmad
- Fizz Fairuz
- Liza Abdullah
- Aliza Rafar
- Sheila Mambo
- Khaty Azian
- Rozie Rashid
- Encik Mimpi
- Nodi Ax Rock
- dan ramai lagi gaisssss
Karnival Usahawan Belia 2015 adalah bertujuan untuk menjadikan ianya tersenarai sebagai salah satu acara dalam Calender of Event di Negeri Selangor. Diantaranya aktiviti-aktiviti yang telah dirancang adalah seperti :-
- Mini Konsert
- Pertandingan mewarna kanak-kanak
- Permainan Tradisional
- Petting zoo
- Persembahan artis jemputan
- Busking
- Pertandingan fesyen,MUA dan model
- Forum santai
- Iron Man
- Persembahan permainan api
- Persembahan tarian kebudayaan
- Zumba
- Pertunjukan silap mata
- Kutipan amal
- Futsal
- Persembahan 'Flash Mob'
Okayyyyyyyyyyy ! Jika ada sebarang pertanyaan atau info lanjut berkenaan Karnival Usahawan Belia 2015 ini awak semua boleh hubungi:-
Cik Tina : 011-2662 7963
Encik Afdzal : 011-1076 8170
atau
Email : karnivalusahawanbelia@gmail.com
Kepada semua usahawan, masa ni lah nak promote produk korangggggggggg! Apalagi cepat hubungi Cik Tina atau Encik Afdzal atau korang pun boleh tengok instagram mereka iaitu ; @karnivalusahawanbelia2015
Jangan lupa book tempat sesiap ye ! See u there !!!!!!!
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
Photo by feeqsays.com
ok je ni.. Why?
BalasPadamWahh best2... Teringin nam joinn
BalasPadam