Menyesal Pakai Baju Kurung Dari Minimalace !

*Please baca sampai habis, ada good news gegirl !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dalam seminggu berapa kali pakai baju kurung? Baju kurung yang macamana korang suka,jenis kain dan warna baju kurung. Mana satu ni korang. Fyi, baju kurung ini adalah pakaian tradisional untuk wanita melayu terakhir macam i ni gaissss (aishh,gurau..hahahahhahahhaha..perasan!) Macam-macam jenis baju kurung duk ada kat pasaran, ada yang design pelik ada yang tak pelik. Jadi semua-semua tu atas korang nak pakai rupa mana. Jenis baju kurung pulak memang banyaklah. Ada Baju Kurung Teluk Belanga, Cekak Musang, Kurung Kedah,Kurung Melaka,Kurung Pahang dan banyak lagi la...Sape yang cipta baju kurung tu aku tak pasti, korang bolehlah google sebabnya telah dipakai oleh pelbagai etnik di wilayah Nusantara. So,aku pun tak pasti siapa dulu yang mula-mula pakai dan cipta. Banyak andaian. 


Tapi jenis aku,aku memang selesa baju kurung yang jenis loose dan tak sepit tang paha,haha...Nama pun baju kurung gaisssss,mestilah yang potongan loose kan -..-" Bila pilih baju kurung, benda pertama aku pilih adalah jenis kain dia, kedua warna dan ketiga harga. Tapi tengok jugaklah.. Kalau harga murah, kain sedap bonus la tu.. tapi kalau kain mahal nak monopos ( kau guna term apa ni mek?haha ) pakai pun rasa miang tang badan adalah lebih baik ampa pergi melukut dicelahan pokok cengal ye?(kaitan?) haha


Haaaa,begitulah mukadimah aku yang tak seberapa itu. Semoga ampa paham la kan? Tapi dah kenapa tajuk sebegitu wahai mek onie? Hmmmmmmmm,sakit je hati owner kalau tengok tajuk macam tu. Apa yang dimenyesalkan pun entahlah. Hahaha.. Maksud 'Menyesal Pakai Baju Kurung Dari Minimalace' ini bukanlah sesuatu negatif yang lahir dari pemikiran kolot sekalian alam. Tapi, ini adalah sesuatu yang positif dari aku sebab aku memang menyesal pakai Baju Kurung dari Minimalace ni.








Cantik je mek, apa yang kau menyesal pun aku tak tahulah. Tapi, yang aku yakin. Aku menyesal sebab  baju kurung ini memang selesa yang amat bila sarung. Alhamdulillah. Kena dengan citarasa. Macam perenggan sebelum-sebelum ni, benda pertama aku pilih adalah jenis kain dan yessss. Baju kurung ni guna kain jenis velvet satin dan paling penting time gosok tak menyusahkan kaki tangan nak guna,hahahha... Mudah la nak iron orang kata..Lepas tu, jenis kain macam ni memang susah sikit nak kedut. Satu aku suka dengan fabrik satin ni sebab dia buat si pemakai tampak mewah(cececey). Kalau korang nak tahu, fabrik jenis satin ni memang mahal dan tak salah la kalau peniaga luar sana jual mahal. Apapun, kalau aku keselesaan diutamakan dahulu,hehe...Oh lupa,  nama baju ni Luna Kurung Olive Green...Macam gambar yang aku pakai kat atas tu..Nama pun nak comel aje,hehe..




Shah Alam based muslimah fashion brand Minimalace was founded in 2013 by Fatin Liyana and Co. We here at minimalace are inspired by the youth culture, the simple minimalist concept and the elegance of lace. We only use high quality materials and the attention to detail to match it.

We intended to create a fashion line that are modern, chic, glamourous but yet affordable for everyone to own it. We are working 24/7 to provide u with the newest design, the most comfortable of materials and the best servive we can possibly gives u.




Luna Kurung Olive Green
RM179
Size: S
Velvet Satin, Wudu' Friendly & Machine Wash








Dia macam ala-ala kurung kedah jugaklah kan kalau korang tengok. Apapun, Luna Kurung ni memang selesa dan puas hati jugaklah nak pakai pergi kenduri ke, majlis pelancaran ke... Dannnnnnn satu lagi, shawl tu pun dari Minimalace juga. Pun selesa yang amattttttttt! Paling penting shawl dia besarrrrrrrrrrrrrr...









Disebabkan semua warna lawa, jadi haritu masa aku nak pilih jadi terus kelabu mata gaisssssss... Bila fikir balik, cek balik almari aku,rupanya baju kurung warna hijau takdelah banyak pun... Pink too mainstream bagi aku, warna gold emmmmmm...bagi diri aku maybe nampak lesu sikit dengan warna Gold tu...jadi !!!!!! Tanpa berfikir panjang,aku pilih warna hijau yang namanya Luna Kurung Olive tu.... Tengok dalam gambar biasa je..bila pakai pastu matching dengan shawl warna brown terus naik seri aiiiiiiiiii...aummmm..perasan lagi,hahahaha..... Okay la warna hijau, sebenarnya...nak je aku pilih semua kaler..tapi orang kata...tak boleh tamak sangat.... so,aku pilih satu warna...sebab tu aku menyesal pakai baju kurung dari Minimalace ni.. Lawa yang amat T_T


Okayyyyyyyyyyyyyy! Begitulah kisah Sepasang Baju Kurung yang bernama LUNA KURUNG. Dah ada yang beli ke? Cuba share sikit ,best ke idok LUNA KURUNG ni? Tapikan, aku rasa LUNA KURUNG ni pun sebenarnya sesuai buat tunang kan. Simple tapi lawa ! Okay,masuk dalam list la macam ni,hehe... Tak suka kembang-kembang pastu meleret ke lantai,alahai... huhu... Tapi, ni...terima kasih jugaklah pada yang mana baca sebiji-sebiji ayat terabur aku ni.. Korang nak dapat murah tak baju ni? Kalau nak, please redeem guna code: lunablog . Please eh. Terus jadi murah RM155. Aku rasa reasonable habis dah harga dengan material dia. So,ampa takkan rugi sikek habuk



JANGAN LUPA REDEEM GUNA 
CODE: LUNABLOG 
OK!

Selebihnya, korang boleh la menyinggah ke website,facebook atau instagram dorang. Nak datang butik dorang pun lagilah boleh. Sekian terima kasih awak semua sudi baca entri tak seberapa ini. 


WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM


Store:
B-9-1, Jalan Serai Wangi G,
16/G Alam Avenue Section 16,
40200 Shah Alam, Malaysia

Store Information:
Tue- Sun 
11am-7pm

Email:
info@minimalace.com

Tel:
03-5523 4408



Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com



7 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..