Best Sangat Ke Hotel Bangi - Putrajaya Ni ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sape duduk area Bangi kat sini? Pernah dengar Hotel Bangi-Putrajaya tak? Sebenarnya nama hotel ni dulu Hotel Equatorial Bangi. Andai kata korang tak pernah dengar Hotel Bangi-Putrajaya ni tapi pernah dengar Hotel Equatorial Bangi yesss... Ini merupakan hotel yang sama dan masih tersergam indah di atas puncak tertinggi Bandar Baru Bangi yang terletak di pertengahan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan pusat bandar Kuala Lumpur. Menariknya tentang hotel ini adalah dikelilingi oleh 27 lubang padang golf kejohanan,sayur-sayuran tropika dan menawarkan vitas dan persekitaran tenang.
Yang bestnya pasal hotel ni adalah lokasi dia sangatlah strategik. Nak ke Putrajaya 20 minit, nak ke cyberjaya 25 minit, nak ke bandar Kolumpo 35 minit, nak ke KLIA 35 minit, nak ke KLIA 2 35 minit, nak ke Sepang International Circuit 35 minit dan ke Subang Jaya/Damansara/Bangsar pun 35 minit. Kira sangatlah strategik kalau nak bergerak.
Banyak-banyak hotel, tak sah kalau korang as a customer akan tengok kemudahan di hotel yang nak menginap tu. Di hotel ini semuanya lengkap dengan 256 spacious and well furnished room with private balconies (except Premier Family Rooms) yang aku duduk ni. Non-smoking floor and special facilities for physically-impaired available. Antara fasiliti yang disediakan adalah electronic key card system, in-room digital safe, air cond (wajibbbbb), digital alarm clock, complimentary coffee/tea making facility, tv, broadband/wifi, IDD telefon, Hair Dryer, Iron/Ironing Board and complimentary newspaper.
Jenis dan jumlah bilik yang ada di Hotel Bangi-Putrajaya:-
- Standard Rooms - 4 bilik
- Deluxe - 147 bilik
- Premier - 78 bilik
- Premier Family - 18 bilik
- Palm Suite - 5 bilik
- Pool Suite - 4 bilik
Restoran yang disediakan:-
- Cafe Lavista
- Restoran Harmoni
- Restoran Kazumi Japanese
- Lavista Xpress
- Tea Off Lounge
- Poolside Bar
- 24-hour Room Service
Servis dan Fasiliti:-
- Same day laundry/Dry Cleaning
- Shuttle bas PERCUMA ke Kuala Lumpur,IOI City Mall,Bangi Utama dan Bangi Gateway (mengikut jadual yang ditetapkan)
- Hotel Taxi
- Travel Desk
- Beauty & Hair Salon
- Kiosk
- Valet Parking
- Baby Sitting Service & Baby Cots
Rekreasi & Fasiliti:-
- Gymnasium
- Jacuzzi,Sauna dan Steambath
- Outdoor Swimming Pool
- Outdoor Tennis Court
- Indoor Squash Court
- Aromaterapi & Urutan Tradisional
Equipments/Fasiliti:-
- Broadband Internet untuk semua bilik
- Wifi pun ada untuk public areas and function rooms
- 70"x70" / 84" x 84" Skrin
- Microphones: Collar/ Cordless/ Standard/ Conference
- CD/DVD Player
- Multi-system LCD TV
- LCD Projector
- Other AV equipment available upon request
Alhamdulillah,bulan lepas aku berpeluang menginap di hotel bertaraf 5 bintang ini dan aku berterima kasih sangat-sangat pada projektravel.com kerana memberi peluang kepada saya untuk merasai sendiri keseronokan menginap di hotel ini. Alhamdulillah. Masa aku nak pegi hotel ni hari jumaat melalui highway elite dan memang aku dah jangka awal-awal. Time tu memang jem gila,around 5.30pm aku nak menuju ke hotel ni dan jangkaan masa untuk aku sampai sana 1 jam dari puncak alam tapi lebih dari 1 jam,huwarrrrrrrrrr..... Nasib baik aku ke sana memang untuk rehat. So,takpelah penat masa drive pun,huhu..Oh yaaaa, hotel ini telah diakui 5 bintang oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ye. Jangan ingat saya mereka-reka cerita,aummmmm!
Bilik Premier Family |
So, aku pilih bilik premier family. Laluan nak ke bilik ini sangatlah secure dan jangan risau sebab bilik ini di tingkat 1 je. Kalau bawak anak ramai ke jangan risau, tak susahkan anak jugak untuk pergerakan dorang,hehe...
Katil yang selesa menjamin kualiti tidur anda. |
Menariknya tentang hotel ini, ada 5 bilik dan harga bermula dari rm185/nett hingga rm440/nett. Haritu aku stay di bilik premier family.
Premier Family
Accommodations
- Size: 38 square meters
- Bedding option: 2 queen size beds
- Amenities: Standard amenities
Standard Amenities and facilities
- Wifi
- International direct dial (IDD)
- Tv
- Electronic Keycard lock system
- Voice mail system
- mini refrigerator
- Tea and coffee making facilities
- Mineral water
- Electronic in room safe
- Bathroom amenities
- Bedroom slippers
- Hairdryer
- Iron and ironing board
- Complimentary car park
- 24 hours room service
Acah-acah la tu. |
Asal hotel je ni lah roomate aku,wakakakakaka... Baik roomate aku ni... So, harapan untuk nak takut tu takdelah,hahahahhahaa (sempat lagi). Roomate aku ni jenis tak kedekut ilmu, happy sebab dia sudi share pasal ilmu kamera,macamana nak ambik gambar segala tu. Kalau gambar tak cantik terus aku cakap kat dia,'weh,kenapa gambar aku tak cantik..gambar kau cantik,macamana ni?' hahahhaahhaa... dah kau tak tengok ke kau pakai kamera apa mek....roomate pakai kamera apa gambar di gebum,hahaha.. so,aku pasrah disitu.... Tq roomate atas tunjuk ajar...
Roomate: Dikbee
Nak nescafe? Buatlah sendiri,haha |
Haaaaaaa,lengkap gais lengkap... Pesen berjaga malam nak buat kerja kadang aku bedal je minum nescafe. Nasiblah hotel ni ada sediakan minuman macam ni dan heater.
Kemudahan yang disediakan. |
Benda paling wajib aku cek bila pegi hotel adalah iron board dengan mag safe !!!!!!!!!!! Wajib sangat dah ni... sebab kadang aku ni jenis rajin nak iron baju,huhuhu.... pun nasib baiklah sebab iron board dalam bilik je,kehkehkeh....tayah la gigih nak keluar bilik cari iron board,bhahahahahha...
Haaaaa,inilah bilik aku dengan dikbee ritu....tido 2 orang tapi bilik sebesar alam, Ya Rabbi seronoknya...paling seronok katil dia empuk..bantal dia lagilah empuk sampai taknak bangun,hamboiiiiiiii....hahahahaha...Tapi bantal dia jugak best wei.... pergilah memana hotel pun,mesti bantal dengan katil dulu aku test..Empuk ke idok?haha....Tapi kat sini memang dedua empuklah baq hianggg...So,puas hati puas hati :D
Photo : www.hotelbangi-putrajaya.com |
Dah cek bantal dengan katil, wajiblah cek toilet dia jugak.... romantik tak?aummmmmmmmmmm...... besar dan rapi je.... towel semua ada.....berus gigi je takde letak kat situ,ampa boleh request haaaaa....
Ada seketul sofa pastu depan tu ada buah-buahan..Bolehlah sesambil chill kat sofa tu relaks la ampa sambil makan buah tu..... Sorry for the bad lighting gaisssss -..-"
Antara kemudahan yang ada di Hotel Bangi-Putrajaya adalah....
Spa |
Sauna |
Jacuzzi |
Toilet di bilik deluxe |
Ni contoh bilik deluxe tau korang, ritu pun ada sorang member aku join menginap kat sini sekali. So, agak jeles disitu sebab ada bath tab gaissssssss,huwarghhhhhh......sempoi gila bilik dia....
Yang bestnyakan, bilik ni menghadap satu bandar Bangi dan nampak swimming pool dari balkoni tu, best gila ! Meja kerja pun ada tu haaa....
Pemandangan dari bilik deluxe |
Haaaaaaaa, pemandangan macam ni la aku cakap kat gambar atas tadi. Cantikkkkkkkkkkkk yang amat !
Haaaaaaa,sekali lagi bersama roomate tersayang,Dikbee. Btw, hotel ni memang selalu adakan majlis perkahwinan. Kat luar boleh buat. Kat dalam pun boleh buat majlis uolsssss...Kat luar ni lawa kalau buat,tema garden gituh ..tayah sesusah nak pakai walk way dah haaaa:D
Mek Onie : Luna Kurung dan Shawl from minimalace |
Kesimpulan dia, sesapa yang nak cari hotel yang berdekatan dengan KLIA ke KL ke pastu nak rasa kehijauan tu. Aku suggest ampa stay sini,serius tak bosan. Pulak tu ada padang golf,haaaa sesuai la untuk korang nak fefeeling Tiger Wood,ekekekekekekkekekeke... Jangan tak tahu eh, hotel ni jugak berdekatan dengan Bangi Golf Resort. Pastu,akhir kata saya...terima kasih banyak-banyak untuk servis dan hospitaliti yang kebabom puas hati,alhamdulillah takde pun nak kecewa-kecewa bila lepas check out. Rasa taknak balik hadooo la,haha.... Sebabnya haritu stay 2 hari 1 malam je. Jadi rasa macam tak sempat nak explore satu hotel tu,huwarghhhhhhh....takpelah,next time inshaAllah aku pilih Hotel Bangi-Putrajaya ni. Terima kasih sekali lagi Projek Travel kerana terus memberi peluang kepada saya untuk merasai pengalaman yang sangatlah bermakna ini. Last but not least, a big thanks to Hotel Bangi-Putrajaya again. So,sape pernah stay sini? Best sangat ke hotel ini? Jawapan saya adalah best,puas hati dan berbaloiiiiiiiii yang amat sangat! Servis dorang tu yang penting. Best gila :D
Untuk maklumat lanjut atau sebarang tempahan boleh rujuk link bawah ini :)
HOTEL BANGI - PUTRAJAYAOff Persiaran Bandar,43650 Bandar Baru Bangi,Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8210 2222
Fax : 03-8210 2888
Email : info@hotelbangi-putrajaya.com
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com
pergh, mmg superb la. kalau mhal pon puas hati. segala klengkapan ada.
BalasPadamye,kalau mahal tak sedap duduk memang nak kena carut la jawab dia,haha....tapi hotel ni alhamdulillah,puas hati sangat :)
PadamLuas molek bilik pon..meme berbaloi la mek make jem pon..hehe
BalasPadamtau takpo,stress betul nok g alah putrajaya ikut highway elite tu,muahahahaha..tapi mujo stay hotel hok puas hati..
PadamNot bad hotel ni. Nampak comfy!
BalasPadamyuppppppppp..... best :D
Padamdapat menikmati lepak hotel kat sini best jugak kan..semua kemudahan ada...bilik pun banyak
BalasPadamI baru booking tadi dapat room only harga RM276....tq mek onie for the awesome info...nani share lagi tau
Padamsenorita: tq very much...jangan lupa makan makanan kat sana,puas hati yang amat...try dimsum dia sekali tau :D
Padam