Hafiz Hamidun Turut Berada Di Malam Kalimah Cinta,Istana Budaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menghadiri Malam Kalimah Cinta untuk malam kedua bersempena menyambut Hari Maulidur Rasul. Untuk pengetahuan korang semua,Malam Kalimah Cinta yang diadakan di Istana Budaya ini berlangsung selama 3 hari bermula dari 23,24 dan 25 Disember 2015. Dengan kerjasama Mask Team dan Indigital Music,Malam Kalimah Cinta berlangsung dengan baik dan mendapat sambutan orang ramai. Untuk malam kedua ini, Timbalan Perdana Menteri dan isteri turut hadir bagi menjayakan majlis ini.



Mek Onie x Pojie x Dikbee

Kami dari projektravel.com mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput kami sebagai wakil media. Untuk malam kedua Malam Kalimah Cinta,Hafiz Hamidun mempersembahkan 20 buah lagu termasuk 2 buah lagu duet bersama artis jemputannya. Menurut Hafiz Hamidun juga,dia memilih Lah Ahmad sebagai artis jemputan bersama kerana Lah Ahmad mempunyai ciri-ciri untuk membawa lagu islamik.

Mek Onie x Angah (adik)

Untuk malam kedua,Malam Kalimah Cinta ini aku bawa adik aku untuk merasai sendiri pengalaman di Istana Budaya dan dia sangat puas hati dan teruja terutama persembahan dari Hafiz Hamidun. Selain daripada persembahan penuh multimedia beserta efek khas,persembahan ini juga diisi dengan zikir,selawat dan alunan nasyid. 

Konsert Terapi Hati : Malam Kalimah Cinta Hafiz Hamidun

Hafiz Hamidun

Lah Ahmad

Beramah mesra bersama Hafiz Hamidun.

Hafiz Hamidun juga sangat teruja untuk membuat persembahan di Istana Budaya kerana ini adalah pertama kali beliau mempersembahkan lagu nasyidnya. Selain itu, bersempena menyambut tahun baru 2016 ini, Hafiz Hamidun turut berada di Karnival Kita Geng Masjid di Masjid Puncak Alam pada 31 Disember 2015. Ramai lagi artis jemputan turut hadir antaranya kumpulan nasyid lejen iaitu Saujana dan Rabbani, Diana Amir, Encik Mimpi,Siti Nordiana dan Imam Muda Musim 1,2 dan 3.


Tahniah Istana Budaya, Mask Team dan Indigital Music kerana berjaya mengadakan konsert islamik begini. Semoga dapat adakan lagi konsert begini. Satu langkah membentuk rohani yang baik! Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan Malam Kalimah Cinta :)

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


3 ulasan:

  1. Alhamdulillah!!
    Seronok dpt hadirkan diri dalam program gini..
    Salam maulidur rasul dr ibu mek oni.. ;)

    BalasPadam
  2. perlu perbanyakkn konsert islamik utk anak2 muda kita sertai..

    BalasPadam
  3. Tahniah bagus acara majlis seperti ini. All the best onie

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..