Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebut hal KTM ni, sebenarnya ramai pengguna tegar kepada kenderaan tersebut selalu menggunakannya dan mengambil langkah berjimat serta mengurangkan pencemaran udara serta kesesakan lalu lintas. Namun,apabila tindakan kenaikan harga KTM naik bermula 2 disember 2015 ini. Masihkah ramai yang akan menggunakan KTM dan bagaimanakah kos perbelanjaan bagi pengguna KTM serta mampukah mereka berhadapan dengan risiko sebegini?
Harga tiket naik dari RM0.11 sen ke RM0.15 sen bagi setiap satu kilometer dan kenaikan itu sebenarnya membabitkan perjalanan KTM dari Lembah Klang di laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.
Istimewanya kepada kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun, pelajar sekolah rendah, menengah dan IPT,warga emas dan OKU akan diberi diksaun potongan sehingga 50 peratus dengan menunjukkan kad pelajar yang sah. Selain itu, kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah tambangnya adalah percuma.
*Perhatian
Jadual tambang baru perkhidmatan KTM Komuter
- Tunai (cash)
- Tanpa Tunai ( Touch n Go)
- Mingguan (weekly)
- Bulanan (monthly)
- Konsesi ( Kanak-kanak,warga emas,OKU,Pelajar,Kanak-kanak (2-6 tahun)
Adakah dengan kenaikan harga tiket KTM Komuter ini mampu memberi kepuasan kepada pengguna atau semata-mata memberi kelebihan kepada pihak KTM sendiri? Maklumat lanjut jom singgah ke www.ktmb.com.my , laman twitter @ktmkomuter atau hubungi 1-300-88-5862 .
Salam Sayang
Mek Onie
letopink@yahoo.com
Harga Tiket KTM Komuter Naik Dah !
Reviewed by
Mek Onie
on
Disember 01, 2015
Rating:
5
Makaihhhhh mahalnyaaa.. Semua nak naikkk hargaaa.. Huargggggghhh
BalasPadammahalnya naikkkkk. aduiiii
BalasPadamok lah nak jadi kanak2 2 tahun kebawah la ,bye
BalasPadamnaik sgt... byk la belanja nak balik rumah nanti... Huaaaa....
BalasPadamSemua benda nak naik. Hmm.
BalasPadamnanti sama je ktm macam dulu, tak bagi kepuasan pun. tetap lambat.
BalasPadam