Pelbagai Cara Membayar Zakat - PPZ-MAIWP

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Izinkan aku berkongsi sedikit ilmu Allah untuk tujuan memudahkan kita semua nanti. Google punya google,aku terjumpa satu info dari laman web Pusat Pungutan Zakat ( PPZ - MAIWP) tentang cara bayar zakat dan kemanakah wang zakat ini diagihkan.  Jom baca :)

Kenapa la zakat ni wajib bayarkan? Sebenarnya zakat adalah salah satu daripada rukun islam yang ke-4. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah mengucap dua kalimah syahadah, solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa di bulan ramadhan, menunaikan haji bagi yang mampu dan zakat. Zakat ni diwajibkan ke atas muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Kalau korang nak tahu,zakat ni diwajibkan pada tahun kedua hijrah :)


Antara syarat-syarat yang mewajibkan seseorang itu membayar zakat adalah:
  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Milik sempurna
  4. Cukup nisab
  5. Cukup Haul
  6. Niat untuk berniaga ( syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja)
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat" - Surah An-Nur (ayat 56)



Apa itu Pusat Pungutan Zakat?
Pusat Pungutan Zakat,Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah agensi yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). PPZ-MAIWP mula beroperasi pada 1 Januari 1991 bertujuan mengutip semua jenis zakat harta.


Tujuan penubuhan institusi ini?
Mewujudkan pengurusan berbentuk korporat untuk mengendalikan usaha pungutan zakat bagi pihak Baitulmal Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Dato' Haji Abdul Rahim Abu Bakar,manakala ahli-ahlinya Haji Omar Thean Abdullah ,Haji Mohd Zihin Hassan dan Haji Abdul Khalid Abdul Aziz. Pasukan petugas ini memulakan tugasan pada 20 Disember 1989.


Objektif penubuhan Pusat Pungutan Zakat ini adalah untuk meningkatkan pungutan zakat, memudahkan pembayaran zakat, mendidik masyarakat Islam tentang tanggungjawab berzakat,memperkenalkan sistem pungutan zakat berkomputer,memperkenalkan cara korporat dalam pengurusan memungut zakat.


Perkhidmatan PPZ-MAIWP:
  • PPZ-MAIWP diberi kuasa dan tanggungjawab untuk memungut zakat harta di Wilayah Persekutuan iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Putrajaya dan Labuan.
  • Pengagihan zakat atau program-program agihan kepada 8 asnaf yang layak menerima zakat adalah di bawah tanggungjawab Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Risau wang zakat diagihkan kemana? Haaaa, meh baca sini:
  • Wang zakat akan diagihkan kepada 8 asnaf (penerima zakat) sepertimana firman Allah di dalam surah At Taubah (ayat 60) melalui 28 skim bantuan yang bersifat jangka masa pendek dan jangkamasa panjang.




Kemudahan yang disediakan:
PPZ-MAIWP telah melakukan inisiatif bagi memudahkan masyarakat melaksanakan tanggungjawab berzakat melalui:

1. Portal - www.zakat.com.my
  • Kemudahan kepada orang ramai untuk menunaikan zakat (24 jam)
  • Boleh membuat TAKSIRAN, BAYARAN, SEMAKAN ZAKAT

2. Aplikasi i-zakat
  • Boleh dimuat turun dari Google Play dan Apps Store.
  • Menyediakan kemudahan TAKSIRAN, BAYARAN, SEMAKAN ZAKAT



3. Kaunter-kaunter PPZ-MAIWP
  • Wisma PPZ,Taman Shamelin
  • Bangunan Daruzzakah,Lorong Haji Hussein 2 Kg Bharu
  • Masjid Negara,Jalan Perdana KL
  • Wangsa Maju,Wangsa Delima 6
  • Presint 9.Putrajaya
  • Presint Diplomatik,Putrajaya
  • Masjid At Taqwa,TTDI
  • Masjid Abd Raman B Auf,Jalan Puchong
  • Masjid Imam Al Ghazali,Kepong
  • UTC Pudu Sentral
  • Labuan Times Square

Waktu Operasi Kaunter
Isnin - Khamis (8:15am-4:45pm)
Jumaat (8:15am-12.30pm) (2.30pm-2:45pm)
Ditutup pada Sabtu minggu pertama dan ketiga
UTC Sentral Pudu - 8:15am-10pm
Dibuka 7 hari seminggu pada Ramadhan dan Disember


4. Perbankan Internet
Boleh membuat bayaran melalui perbankan internet di 13 buah bank yang dilantik

5. Skim Thohir
  • Boleh memotong zakat secara bulanan dan diselaraskan dengan Potongan Cukai Berjadual (PCB)
  • Potongan akan tertera di slip gaji bulanan

6. Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP
  • Terdapat 2 buah van bergerak iaitu bergerak sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya serta boleh membuat bayaran,taksiran dan semakan zakat.


-PERHATIAN-

Ramai orang ingat PPZ-MAIWP dan BAITULMAL-MAIWP ni sebagai badan yang hanya tahu kutip dana zakat tapi tak tahu menyalurkan dana zakat kepada asnaf yang memerlukan. SALAAHHHHHHHHHHHHH TANGAPAN KORANGGGGG. 


PPZ-MAIWP dan juga BAITULMAL-MAIWP sedaya upaya menggalas amanah yang berat ini dalam menerima WANG ZAKAT dan mengagihkan wang zakat kepada pihak yang layak menerimanya mengikut prosedur yang sistematik dalam memastikan ia tidak disalahgunakan.




Selain itu, masyarakat juga selalu melihat PPZ-MAIWP melakukan perana KUTIP dan AGIH seluruh Malaysia. Sedangkan PPZ-MAIWP hanya bertanggungjawab melakukan kutipan hanya di Wilayah Persekutuan. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,tanggapan ni pun perlu diperbetulkan balik :)

So,dah kenal apa itu PPZ-MAIWP??????? jangan risau kalau tak berkesempatan untuk membayar zakat. Semuakan dihujung jari :)

Sebelum terlupa la kan, banyak kelebihan bila kita membayar zakat ni..antaranya adalah mendapat rahmat daripada Allah SWT, mengeratkan kasih sayang, mendapat ganjaran syurga firdausi dan membersihkan hati dan harta daripada perkara yang merosakkan. 



Untuk maklumat lanjut :

Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan : http://www.zakat.com.my
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Agihan Zakat) : klik sini
Facebook Fanpage PPZ-MAIWP: https://www.facebook.com/myzakat
Youtube.com/ppztv
Pusat Panggilan PPZ-MAIWP : 1-300-88-5757
Facebook Fanpage Baitulmal MAIWP: https://www.facebook.com/baitulmal.wp
Pusat Pangilan Baitulmal MAIWP : 1-800-88-5222 / 012-518 3614 / 012-512 7614


Terima kasih sudi baca.
Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

3 ulasan:

  1. Nice sharing
    Ramai yang tahu pasal zakat fitrah, tapi tak ramai yang tahu pasal zakat pendapatan

    BalasPadam
  2. Terbaik. Semoga perkongsian ni memberi seribu rahmat pd awak :)

    BalasPadam
  3. Bagus kongsi pasal zakat. Harapnya pengagihan juga dipermudahkan.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..