5 Tips Terbaik Memakai Lipstik

Mek Onie | 5 Tips Terbaik Memakai Lipstik



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Okay, teruja tak dengar tajuk '5 Tips Terbaik Memakai Lipstik' tu? Ni gara-gara lepas usha web ZALORA kau tahu, terus idea nak share tips ni keluar -..-" Sejujurnya aku taklah pandai sangat pakai lipstick. Bukak tudung lipstik pastu tonyoh je kat lips aku,hahaha... Asal cantik sudah! Tapi sebenarnya 5 tips ini berguna sangat buat kita yang suka pakai lipstik ni. Terima kasih someone yang sudi mengajar aku. Antara tips kecantikan (ye saya tahu saya tak cantik,tapi izinkan saya kongsi eh?hehe) yang saya praktikkan adalah untuk pilih my own best best feature then play it up. Contohnya la kan, kalau korang dapat pujian tentang bibir korang tu maka korang perlu rasa happy sebab ada bibir yang lawa. Actually aku redha dengan bentuk bibir aku yang besar sebelah tu sebab tersembam masa pengsan. Sebab tu aku pakai gigi crowning,haha... Gigi aku patah masa pengsan tu,choi betullah.



Okay, bibir yang lawa ni sebenarnya beruntung tau sebab bila senyum nampak manis je. Pastu bila pakai lipstick nampak lawalah orang kata. Tu pun kalau kena dengan cara la kan,hihi... Okay, so macamana nak kena dengan cara tu? Okay, meh aku senaraikan 5 best lipstick tips untuk kaum hawa di luar sana dan aku yakin sangat berguna untuk korang nanti..nah baca bawah ni tau :D






5 Tips Terbaik Memakai Lipstik:-


  • First sekali,jangan overdo solekan pada bahagian bibir dan mata. Actually,bila terlalu banyak solekan pada kedua bahagian ini sebenarnya tend to look clownish u know. Betul tak kaki mekap luar sana? Benda ni wajid dielakkan. Lagi-lagi,kalau guna lipstik merah. Make sure, keep the rest of ur makeup light ya! Kalau rasa nak serlahkan bahagian mata tu,pilihlah warna yang lebih ringan untuk bibir ampa tu.

  • Kalau rasa nak bibir tu nampak mungil, kenakan liner pada bahagian luar garisan bibir dan dab a bit of gloss pada bahagian tengah bibir bawah then smack lips together. Pesen aku, aku takut nak pakai lip gloss. Takut nampak seksi,haha

  • Cara memilih warna lipstik atau lip gloss pun ada caranya jugak tau korang. Dapatkan lisptik shade yang satu atau dua kali lebih gelap daripada warna natural bibir korang tu. Oh, aku pun bila diajar macam ni barulah tahu,haha... MUA Bobbi Brown sendiri setuju dengan tips ni.

  • Memang betul pakai lipstik ni takde panduan dia. Ikut kita la nak pakai macamanakan. Ada yang pakai berus lipstik,guna jari tengah untuk ratakan gincu dan kebanyakkannya sekadar apply right from the tube ,hahahaha..aku la tu kan.. Pilih la cara macamana korang selesa. Asalkan helok,hihi...

  • Last sekali, gunakan liner pada bibir sebagai asas. Ini kerana lipstik korang akan tahan lama. Kalau aku biasanya lajakkan sikit foundation ke bibir. InshaAllah tahan lama ^_____^


Haaaaaaaa, cukup tak tips yang aku bagi? Sebenarnya, aku pakai lipstik pun kadang comot,hahahaha....last-last aku tanya la kawan aku macamana nak pakai lipstik dengan cara yang betul. Cara memakai tu atas kita tau....cumanya, apa cara yang terbaik untuk memakai lipstikkan.



Atau korang ada tips lagi?Share la, maaf kalau tips atas ni terkurang,hehe...Saya budak baru belajar,hagituh ...Eh jappppp, share la lipstik kegemaran korang jugakkkkkkkkk.....Aku tengok lipstik kat ZALORA semua mengancam, jenis matte adalah kegemaran aku, sebab matte ni lagi tahan lama,hehe :D




Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


1 ulasan:

  1. Terima kasih untuk tips di atas! :)
    Atul pun suka pakai lipstick tapi ikut mood jugak lah. And memang main pakai je takde lah ikut tips ni. Hehe. :)
    Tapi kalau tak pakai lipstick kan, muka tak berseri! :D

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..