Taman Warisan Pertanian Putrajaya | Lokasi Perkahwinan Felda D'Saji
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama sangat tak terjah Putrajaya. Rupanya ada lagi tempat yang aku tak terjah. Nak je satu hari nanti jalan-jalan Putrajaya pastu share dalam ni. Aummmmm sangat. Tempat yang aku pergi haritu adalah Taman Warisan Pertanian. Allah. Ingat tempat apa la. Semata-mata jual sayur ke. Jual pokok-pokok ke. Rupanya, ada tempat santai-santai. Siap ada padi haaaaa dalam tu. Haaaaa tak percaya la tu. Aku pun mula tak percaya. Sekali bila masuk. Haaaaaaaaa,surpriseeeeeeeeee :D
Lokasi Perkahwinan | Felda D'Saji |
Bersempena kedatangan aku haritu, adalah untuk menjayakan Majlis Perasmian Bazar Warisan di Taman Warisan Pertanian,Presint 16 sekaligus mewar-warkan lokasi perkahwinan Taman Warisan Pertanian Putrajaya antara Putrajaya Floria Sdn Bhd bersama FELDA D'SAJI. Haaaaaaaa, kisah kahwin lagikan. Ni yang tak sabar nak kahwin ni. #tetibeh
Lokasi perkahwinan ini sebenarnya sangatlah strategik buat warga Putrajaya serta penduduk berdekatan dan lokasi tempatnya sangatlah mendamaikan. Sape pernah rasa makanan dari Felda D'Saji dan menggunakan khidmat katering Felda D'Saji tahulah bagaimana tahap kesedapan dia dan sangat berpuas hati.
Kenapa Felda D'Saji memilih Taman Warisan Pertanian,Putrajaya?
Selaras dengan saranan kerajaan untuk bekerjasama dengan pihak korporat untuk leverage yang maksimum sama ada dalam bidang perniagaan atau pemasaran,PFSB kini menjalinkan kerjasama dengan pihak Felda D'Saji untuk memasarkan Taman Warisan Pertanian Putrajaya sebagai lokasi terpilih untuk majlis perkahwinan.
Untuk pengetahuan korang semua, Felda D'Saji telah bertapak di Taman Warisan Pertanian (TWP) dengan menawarkan pusat setempat atau one-stop-centre bagi majlis perkahwinan yang lengkap dengan opsyen perkhidmatan wedding planner, katering, hiasan, pelamin dan sebagainya.
Memang serba lengkap dan aku rasa tak perlu nak pening kepala nak pilih pelamin apa, hiasan macamana, wedding planner dari mana dan akhir sekali katering apa. Tak rugi kalau korang beli pakej katering daripada Felda D'Saji sebab...
- Sedap.
- Mana tahu satu hari nanti korang layak dapat free gift iaitu kambing golek,haaaa..
- Staf-staf Felda D'Saji sangat menekankan servis samada baik atau tidak.
- Lokasi berdekatan dengan tempat-tempat pelancongan.
- Jadi, lepas tengok pengantin boleh la terjah Taman Warisan Pertanian.
Pakej katering bermula dari RM28/pax dan inshaAllah harga bakal menjunam murah suatu hari nanti. Oh bila mek ? Okay. Next entry. Mana tahu ada bakal pengantin yang nakkan harga murah ini dan berbaloi-baloi? Haaaaaa,kenalah alert dengan blog saya ni,hehe..
Kemudahan disini sangatlah lengkap.
- Surau
- Tandas
- Siap ada medan selera yang menawarkan pelbagai juadah di sekitar Medan Tani.
- Ada Bazar Warisan yang menonjolkan warisan pertanian dan produk-produk yang berbeza setiap bulan demi pelanggan tidak bosan untuk datang ke TWP
- Tema perkahwinan di sini adalah WARISAN. Haaaaaaaa, mana tahu ada satu kelainan di hari bahagia korang :D
Tawaran Pakej Perkahwinan Di Taman Warisan Pertanian ( Felda D'Saji )
- Jenis hidangan - Makanan dan minuman dihidang secara buffet atau dome
- Tambahan menu hidangan pengantin - Tambahan 3 hidangan di meja hi-table (meja pengantin) yang akan ditentukan oleh Chef D'Saji
- Meja hi-table & hiasan - Meja utama disediakan untuk tetamu VVIP dengan bilangan maksima 10 pax. Hiasan dan gubahan bunga segar turut disediakan.
- Meja khas - Penyediaan 4 set meja berhidang heated dome untuk tetamu VVIP lengkap dengan sarung kerusi, riben kerusi, alas meja bulat dan overlay serta set crockeries dan kutleri jamuan secukupnya.
- Kek Kahwin - 3 tingkat Dummy Cake perkahwinan disediakan untuk upacara memotong kek.
- Pelamin Asas - Penyediaan pelamin asas oleh kontraktor yang telah dilantik oleh Felda D'Saji.
- Sesi Food Discussion - Bagi mendapatkan kepercayaan dan kepuasan dari setiap pelanggan, satu sesi food discussion untuk 10 orang akan dijalankan.
- Standard PA Sistem - Sistem PA atau rostrum untuk kegunaan juruacara majlis perkahwinan bersama lagu-lagu pengantin baru dimainkan melalui CD
- Parking - Percuma dengan kawalan keselamatan oleh pengawal keselamatan di bawah seliaan PTSB
- Pramusaji - Setiap majlis akan diuruskan oleh Pramusaji D'Saji yang lengkap beruniform
Harga Pakej yang ditawarkan adalah:-
- Buffet ( minimum 700 pax ) - RM28
- Dome ( Maksima 400 pax ) - RM55
Pentas yang disediakan untuk pengantin bersanding pun luas jugak. So,jangan risau kalau nak ambik gambar dengan pengantin pun kira boleh bergambar berjemaah haaaaaaa... Tak payah nak sempit-sempit. Lokasi perkahwinan ini sebenarnya cantik. Lagi cantik kalau korang tempah awal-awal pakej katering dari Felda D'Saji,kekekekekekekke...
Sedikit info untuk sesiapa yang ingin menempah katering dari Felda D'Saji :-
- Bayaran tambahan untuk setiap tambahan unit Heated Dome sebanyak RM150/unit. Maksima penggunaan Dome ialah sebanyak 6 unit sahaja.
- Bagi setiap pelanggan yang membuat tempahan minimum seramai 1000pax, pihak Felda D'Saji akan menyediakan Set Teh Tarik Corner sebanyak 300pax.
- Harga pakej yang tertera tidak termasuk 6% GST ( GST ID : 00018366460 )
- Kemudahan surau dan bilik air yang selesa dan bersih turut disediakan.
- Jamuan makan tengahari : 11.30 pagi - 3.30 petang
- Jamuan makan malam : 7.30 malam - 10.30 malam
Taman Warisan Pertanian, Putrajaya |
Haaaaaaaaa, ini lah pintu masuk Taman Warisan Pertanian. Nak jalan kaki boleh nak naik buggy pun boleh. Kalau aku, aku nak jalan kaki. Baru boleh menikmati betul-betul apa yang ada dalam tu. Tapi agak jauh gak ,kekekekekekeke..... Tapi kalau nak naik buggy pun boleh. Nak bergambar dengan pokok pun boleh. Cakap je nak stop situ nak ambik gambar. Haaaaaaaa....
Tapi tempat ni orang luar negara ramai la datang. Korang-korang taknak datang ke? Serius menarik Taman Warisan Pertanian ni. Haaaaaa,lepas ni cikgu-cikgu boleh la bawak anak murid datang sini,hihi... Cadangan aku kalau nak pergi tempat ni better pergi pepetang sikit. Redup je,hehe... Okay, bab Taman Warisan Pertanian ni aku cerita lain entry okay.
Pintu Masuk Taman Warisan Pertanian |
Macamana nak datang tempat ni senang je. Waze je Taman Warisan Pertanian. InshaAllah ampa di jalan yang benar. Memang kalau tengok dari depan takde apa-apa. Tapi kalau korang masuk memang puas hati, sebab utama yang aku nak cerita adalah ada lokasi perkahwinan, ada medan selera yang boleh santai-santai, ada pokok-pokok. Haaaaaaaa kalau korang nak tahu, TWP adalah taman yang melambangkan pertanian Malaysia dengan nilai komersial seperti buah-buahan, kelapa sawit, koko, lada, getah, padi dan banyak lagi. Taman ini sebenarnya dah beroperasi sejak 2003 dan taman ini telah dibangunkan oleh PPj,menerusi Master Plan Putrajaya. Haaaaaaaaa,apapun...... Jangan lupa buat tempahan katering dengan Felda D'Saji ye awak semua.
Sebarang pertanyaan, sebut harga dan tempahan, sila hubungi
Nor Syaiful Nazlan Norsham : 013-386 0453
Nurul Nadia Bt Abd Ghafar : 019-295 6232
Jabatan Juala Kuala Lumpur : 03-2698 8302
Jabatan Jualan Putrajaya : 03-8881 1311
Email:
salesdsaji@felda.net.my
Alamat:
Kompleks Pelawat,
Taman Warisan Pertanian,
Presint 16,
62100 Putrajaya.
senang sangat kan semua kemudahan ada...
BalasPadamHmm. Lain daripada yg lain
BalasPadamhebat tempat ni. macam2 ada
BalasPadamMenarik. Banyak pula kegunaan dan majlis yang boleh diadakan
BalasPadam